ALKUNDANGI
"Katakanlah yang benar walaupun pahit."Maksud hadith.
ads
emel kepada (pendapat,komen, artikel)
Monday, April 29, 2024
Adakalanya hidup ini
Tuesday, April 2, 2024
Selebriti Sastetawan 4
Selebriti Sasterawan Medsos -4.
Lama saya berfikir hendak menulis tentang siapa kali ini. Saya tidak menetapkan sebarang kriteria. Cuma mereka yang selalu muncul dengan karya di medsos, yang saya kira punya bakat dan kesungguhan. Tidak pula bermakna yang lain tidak berbakat. Kalau tiada bakat, mereka tidak menulis.
Saya teringat seorang kawan yang selalu bersilang pendapat dengan saya, ya, Hamizun namanya. Saya tidak begitu mengenali beliau, kecuali selepas saya kembali ke esastera, kendalian mantan Prof. Dr lrwan Abu Bakar, Yang kini laman itu dikenali sebagai esasteravaganza. Macam bunyi rancangan TV pula. Ia sebenarnya salah satu media sastera yang keahliannya terbuka kepada penulis Malaysia, lndonesia, Singapura dan Brunei. Itu setakat yang saya tahu.
Hamizun Syah berusia lima puluhan, tergolong dalam kelompok penulis selepas era merdeka yang visinya mungkin sedikit berbeza dengan yang sebelumnya, termasuk saya sendiri.
Saya sebenarnya tidak begitu meneliti sajak-sajak beliau kecuali sesekali saya temui di esasteravaganza atau di FB. Dengan begitu saya sedikit sukar untuk menilainya melalui karya yang dihasilkan. Namun satu kesimpulan yang dapat saya buat, beliau sedikit berbeza dari angkatan sebelum 70an, dan turut terpengaruh dengan puisi-puisi Jepun dan Indonesia sebagaimana lazimnya ahli-ahli esasteravaganza. Puisi-puisinya juga menekankan ekonomi kata-kata. Cuma temanya barangkali tidak begitu berat seperti penyair-penyair penting negara. Dalam hal ini Hamizun perlu meneroka tema yang lebih alamiah atau seperti kata Rahman Shaari, puisi berimpak tinggi.
Bagaimana pun beliau telah memenangi banyak hadiah sastera Dan menerbitkan banyak buku puisi, selain novel, dan merupakan seorang aktivis Asasi. Pada saya beliau mempunyai masa depan yang cerah, asalkan sedia berusaha mengekalkan dan memajukan diri dalam bidang ini.
Ibnulazim,
31.3.2023.
Wednesday, March 20, 2024
Ketika Kau Datang
Kau Datang
Ketika kau mampir
laman rumahku
aku terkedu
rasanya telah setahun
tak bertemu,
tentu kau rindu teramat
pada diriku,
bukankah begitu?
kauhampiri
tangga rumahku
aku jadi bisu
lama teramat
tak bertemu
kata kata terkunci
antara lidah
dan bibir,
sejak kautiada
aku terlalu rindu sehingga terlupa
raut wajah
rupa paras
seolah bertahun
kita berpisah
tanpa sebarang temu.
Aku tersentak
bila kau tiba
di tangga rumah, dan telah kuduga
datangmu
menghilangkan resah
rindu membara
namun kaujuga tiba
membawa bahagia kerana bersamamu
ada berkat yang tak terduga
bersama lapar dan dahaga serta bau syurga takterduga.
Ibnulazim
@zainallasim,
4.3.2024
22 Syakban 1445.
#ibnulazim
Friday, March 15, 2024
Ulangkaji Istilah Puisi
Ulangkaji istilah Puisi
Asonansi - persamaan bunyi vokal
Aliterasi
Persamaan bunyi konsonan
Ambiguiti
Mempunyai dua maksud atau lebih atau k kepelbagaian makna.
Bait
Sepasang baris berirama hampir stama panjang.
Hiperbola
Membesarkan
sesuatu secara berlebihan umpamanya suaranya kuat bak bom.
Metafora
Perbandingan langsung atau tidak langsung yang menunjukkan persamaan tanpa perkataan seperti, bak, bagai dll.
Parodi
Definisi : karya sastera, seni, dsb yg meniru gaya pengarang atau pencipta lain dgn cara yg melucukan atau menyindir; memparodikan menghasilkan parodi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Personafikasi
Menggambarkan sesuatu objek dengan sifat manusia. Contoh: Daun nyior melambai-lambai.
Rima
Bunyi yg sama pd huruf akhir atau kata akhir dlm sesuatu rangkap (spt dlm gurindam).rima II (Ast) rekahan yg kelihatan di permukaan planet atau satelit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Simile
Definisi : (similé) perumpamaan yg secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu (orang, benda, dsb) dan yg lain, misal: bodoh macam lembu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Analogi
Persamaan dua kata yang menjadi dasar
terbentuknya kata lain.
Misal gergaji = kayu.
senduk = makan.
sepatu = kaki, dll.
Alusi
Perbandingan dengan masa lampau seperti menggunakan tokoh sejarah.
Antonim
Perlawanan atau kebalikan dari sebuah kata misalnya besar = kecil
bagus = jelek
Sinonim
Persamaan dari satu suku kata
misal: besar= luas.
bagus= lndah.
Anafora
Pengulangan kata di awal kalimah pada satu bait atau paragraf.
Epifora
Pengulangan kata di akhir kalimah.
Semoga bermanfaat.
Terima kasih.
Ibnulazim,
13.8.2023.
Wednesday, March 13, 2024
Maaf kerana.
MAAF KERANA MENYENTAP KEMBALI SEBUAH CINTA
(buat seseorang)
barangkali akulah yang gagal mentafsir
mimpi-mimpi kita yang panjang berjela
dari kolej hingga kita menjadi siswi siswa
tak dapat kutebak gerak rasa yang membadai di dada
mungkin aku terlalu muda untuk membaca segala
atas perlakuan yang lebih banyak dari kata-kata
sehingga aku gagal memahami; mentafsir realiti
mungkin aku belum cukup matang untuk meneka
apa benar gelombang di dadamu
menaburkan benih-benih kasih
lewat hubungan seperti saudara mara
tanpa disedari cinta menjengah jua
walau puluhan tahun sudah berlalu
kupohon maaf atas kegagalan itu
kerana tidak mampu menyintaimu.
memang gagal, tidak kunafikan kegagalan itu
sementara engkau terlalu banyak memendam rasa
bertindak lebih dari kata-kata tak terucap
apalagi di usia muda aku tak mampu membaca
rentak jiwa yang membadai di jiwa
sehingga pertemuan ini berakhir begitu saja
sementara teman-teman ramai di kampus sepi ini
sepi hati kerana kering rasa dan jiwa
menjadikan aku merentap kembali
cinta yang belum kuberi.
Ilah, kalau suatu waktu kita bertemu
di saat usia sebegini; walau hari telah senja
akan kuucapkan juga; kata yang belum terkota
seusai mimpi-mimpi yang telah lewat
kukira kita tidak akan menyesal
kerana gagal mengucapkannya
lantaran malu atau menjaga kesopanan
menjadi pegangan generasi kita
yang telah pun melangkah ke usia emas ini
maaf Ilah; kerana teralpa mengucapkan cinta untukmu.
zainallasim,
24.2.2016
Satu Perjalanan Kesarjsnaan
Dari Universiti Hasanuddin Ke Bukit Minden: Satu Perjalanan Kesarjanaan.
Tentu tidak semudah itu untuk mencari erti dan status Kesarjanaan kerana ramai Yang memiliki ijazah yang berbagai- bagai tetapi tidak mencapai tahap Kesarjanaan sebenar. Saya masih berpegang kepada pendapat Subagio Sastrowardojo bahawa Kesarjanaan bukan hanya memiliki ijazah MA atau PhD , namun yang lebih penting apakah pemilik ijazah itu memberi sumbangan pemikiran dalam memajukan masyarakat dan negaranya ( Subagio Sastrowardojo, Bakat Alam Dan Intelektualisme).
Begitulah apabila kita menyorot perjalanan Kesarjanaan individu yang bernama Faridah Jaafar ini kita akan menemui sejarah tidak kurang bengkang-bengkoknnya. Namun dalam waktu yang sama buah fikirannya akan terloontar melalui kritikannya terhadap Pemerintah, juga golongan rakyat biasa atau rakyat marhaen melalui catatan catatan sinis dalam. bentuk coretan biasa atau pun puisinya.
Sesuai ijazah pertama dari Universitas Hasanuddin, beliau kembali ke tanahair dan memberikan khidmatnya kepada Adun Hulu Kelang waktu itu Dato' Fuad Hassan Azhari, anak seorang guru tajwid negara yang terkenal.
Atas biaya sendiri Faridah melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di UIAM. Namun kerana simpananya habis, dia menyambung studi di Universiti Malaya di bawah biaya pengajian siswazah ,Univ. Malaya. Namun ia tidak juga selesai. Akhirnya Faridah ke USM dan USM membiayai pengajian sarjana dan PhD di bawah Skim Pengajian Siswazah, USM,dan dihantar ke Universiti Malaya sekali lagi bagi menyelesaikan studinya di peringkat sarjana dan doktor falsafah. Begitulah dugaan-dugaan kecil yang terpaksa ditempunnya dalam mencari status Kesarjanaan di bidang Sains Politik.
Atas biaya sendiri Faridah melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di UIAM. Namun kerana simpananya habis, dia menyambung studi di Universiti Malaya di bawah biaya pengajian siswazah ,Univ. Malaya. Namun ia tidak juga selesai. Akhirnya Faridah ke USM dan USM membiayai pengajian sarjana dan PhD di bawah Skim Pengajian Siswazah, USM,dan dihantar ke Universiti Malaya sekali lagi bagi menyelesaikan studinya di peringkat sarjana dan doktor falsafah. Begitulah dugaan-dugaan kecil yang terpaksa ditempunnya dalam mencari status Kesarjanaan di bidang Sains Politik.
Kaljian yang dilakukan ketika menyelesaikan pengajian di peringkat sarjana berjudul Pengaruh Peribadi Dalam Dasar Luar': Peranan Perdana Menteri Dalam Hungan Antarabangsa -1957 hingga 1995 diselesaikannya pada tahun 2004.
Manakala thesis PhDnya berjudul Dasar Luar Tunku Abd Rahman Dan Dasar Luar Mahathir: Satu Kajian Kompaaratif diselesaikan pada tahun 2012.
Selain thesis ini beliau Ada juga menerbitkan buku berjudul Perdana Menteri Dan Dasar Luar Malaysia 1957-2008 Dan Menteri-Menteri Kabinet Malaysia, 1955-2008.
Banyak juga tulisan-tulisannya dalam berbagai journal yang tidak dapat disabutkan di sini.
Untuk mengemukakan gagasan Dan pemikiran beliau, ia cuba berjinak-jinak dengan penulisan puisi mulai tahun 2012 Dan kemudian menerbitkan Kumpulan Puisinya sendiri 'Jawaban kepada Tuhan' pada tahun 2012 diterbitkan oleh ITBNM. Selain itu Ada juga juga catatan catan pemikiran beliau di media sosial terutama Facebook. Kritikannya terhadap pihak berkuasa dan masyarakat massa juga banyak ditulis dalam media sosial. Adakakanya dalam bentuk sajak, ada juga kritikan terus Yang berupa catatan pemikiran ketika memperbahrui status di medsos.
Kita lupakan buat sementara tentang kesarjanaan.Sebagai seorang manusia normal, Dr. Faridah juga inginkan pasangan yang ideal untuk mengharungi hidup pada dekad-dekad seterusnya. Untuk memperkatakan kisah cinta beliau, barangkali itu terlalu peribadi dan saya pun tidak mempunyai fakta yang jelas dalam soal ini. Untuk itu beliau sebenarnya telah menulis Surat Cinta Untuk Babah 1 dan Cinta Untuk Babah 2 yang menjelaskan kedudukan beliau dan pasangannya. Penulisan surat cinta itu menurut tanggapan seorang penyair mapan, iaitu Leo AWS. Beliau melihat penulisan yang diketengahkan itu adalah satu bentuk penulisan autobiografi yang puitis yang berbeza dari penulisan autobiografi konvensional. Saya sedikit sebanyak menyetujui pandangan itu, dan dari situ kita mendapat maklumat bahawa perkenalan sebenar berlaku di lpoh buat pertama kalinya kerana sang pria mengambil kursus kejuruteraan dan belajar di kampus USM Tronoh, manakala Dr Faridah menuntut di Universiti Hasanuddin di lndonesia. Pertemuan di lpoh, di rumah kakak Faridah adalah pertemuan pertama. Segala-galanya yang pertama dalam satu pertemuan berlaku di situ. Pasangan itu akhirnya berkahwin pada 12 Februari 1999. Hasil dari perkahwinan itu meraka dikurniakan dengan tiga orang anak hidup penuh bahagia sehinggalah satu catatan duka dite
rima sebagai takdir dari Tuhan.
Dari Universitas Hasanuddin Ke Bukit Minden: Satu Perjalanan Kesarjanaan - Bhgn 2.
Tulisan ini tidaklah menyentuh secara detail tentang si suami atau Dr.Fj memenggilnya Babah , kerana fokus utama ialah Dr.Fj sendiri. Babah kemudian disyakki menghidap penyakit Limfoma tahap empat dan memerlukan rawatan kimoterapi serta berulang alik ke hospital. Dari situ bermulalah perjalanan dan perjuangan yang panjang dan memenatkan yang terpaksa ditempuh oleh tokoh kita ini.
Dr Faridah dengan sabar dan tanah menempuh dugaan yang dibrerikan Tuhan untuknya. Sejak Babah sakit beliau terpaksa mengambil alih tuga mengurus keluarga di samping meneruskan kerjaya di USM. Bermulalah saat-saat- sukar dan pilu dalam perjalanan hidupnya. Saat- saat ini dirakamkan dalam kumpulan puisinya ' Jawaban Kepada Tuhan' yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara.
Tulisnya antara lain pada awal bahagian buku itu pada bahagian Proksi, ketika Babah disahkan menghidap penyakit ini, dunia seolah- olah bertukar ,360 darjah , segala tanggungjawab harus digalas selain dari tugas hakiki di USM serta menguruskan anak-anak.Pelbagai perasaan bergaul pada tahap ini, air m ata menjadi terlalu murah mengalir terus. Begitulah perasaan seorang Isteri bilamana suaminya menghidap penyakit itu yang memang diketahui sukar untuk diubati.
Dalam sebuah sajaknya berjudul KAU antara lain beliau menulis:
Tanpamu bicaraku bisu
tanpamu bicaraku semu
tanpamu episod cinta kita
tidak punya hala tuju.
Tanpamu konklusi cinta kita
pasti melulu
aku jamin itu
siapalah aku
tanpamu.
(Jawaban Kepada Tuhan, hlm. 136-137).
PUISI MASIH DI SITU
Biarpun kamu tiada lagi puisi terus mengalir bersama senyuman masih basah mengingat ketika kita saling berpegangan menapaki denai-denai pada getir kehidupan sudah tidak lagi ramah di hujung-hujung hayat kamu
(Dr. FJ, PPPJJ, USM, PP, 5 Jun 2021)
Puisi di atas ditulis oleh Dr.Faridah lebih sebulan yang lalu. Jelas, beliau tidak dapat melupakan Babah, dan sehingga ini tidak ada niatnya pada pengamatan saya untuk mencari pengganti Babah، walaupun usianya masih boleh berbuat demikian. Kelihatan Dalam banyak catatan dan puisinya di FB seperti tidak mungkin ada pengganti tempat Babah.
Babah bersama tiga anak kesayangannya.
zainal lasim@
Ibnu Lazim.
13.7.2021
Saturday, March 2, 2024
Ulasan Puisi Selebriti Sastetawan 15 (2)
Selebriti Sasterawan Di Medsos- 15 (2).
Sebelum ini saya telah pun membuat sedikit sorotan terhadap A.Aziz Ali tentang kepenyairannya dan sekelumit riwayat dirinya. Saya tidak dapat meneruskannya untuk sementara kerana menghadapi berbagai masalah. Kali ini saya rasa ingin menyiapkannya. Maaf Aziz kerana keterlambatan itu.
Kita sudah pun melihat Aziz dari suatu dimensi. Hari ini saya mengajak pembaca melihat sebuah karyanya 'Airmata Palestin.'
AIR MATA PALESTIN
Air mata Palestin tumpah di mana- mana
seluruh negara, menyelami jiwa raga pejuang
darah merah membungkus derita,
menyelimut duka
siapa yang kisah?
Air mata Palestin
tumpah di cawan kopi
dihirup, pahitnya terasa
tiada yang merasa sakitnya
Air mata Palestin
membasuh luka
runtuhan demi runtuhan
siapa yang hiba?
Air mata Palestin
bedilan demi bedilan
mayat syahid bergelimpangan
raungan demi raungan
siapa yang peduli?
Air mata Palestin
murni, tangisan demi tangisan
mengisi hari- hari mendatang
berkurun, siapa yang menyapu pipimu?
Air mata Palestin
hanya doa dari kami
semoga Allah makbulkan demi anak-anakmu tanpa ayah tanpa ibu
mengemis kasih sayang
pada siapa ?
Abdul aziz ali
Ipoh Perak
1.11.2023
Sajak berkenaan menyorot kejadian yang menimpa umat Palestin dan amnya melihat keseluruhan umat lslam itu sendiri.
Pada rangkap pertama beliau melihat tumpahnya air airmata umat Palestin di mana-mana. Dan beliau mengakhirinya dengan pertanyaan ' Ada siapa yang kisah'?
Pada para selanjutnya Penyair menyebutkan air Mata Palestin itu tumpah ke secawan kopi,dan merasakan pahitnya, tetapi tiada yang merasakan sakitnya. Ini adalah majaz ang diketengahkan oleh Aziz, pahitnya terasa, tetapi tidak seorang merasa sakitnya. Seolah-olah Aziz melihat bahawa keprihatinan umat lslam kepada saudaranya kian meluntur, Dan sikap tidak peduli itu terlihat di kebanyakan negara umat lslam. Barangkali umat ini Akan terus menderita hingga ke akhir zaman.
Pada rangkap berikutnya Aziz melontarkan pertanyaan ' Ada siapa hiba'?
Palestin terus dibedil, ribuan menjadi Syuhada, kedengaran raungan demi raungan, namun siapa Yang peduli?
Abdul Aziz, seorang pesara PDRM telah pun menerbitkan dua kumpulan Puisi persendirian berjudul ILHAM Dl MUARA & SUARA HATI, melanjutkan pembicaraannya tentang ketidakpedulian masyarakat lslam tentang isu Palestin, sehinggalah kemunculan lmam Mahdi dan Isa alaihissalam. Saya sendiri pun turut terkejut bila membaca Wang Aman Palestin lesap 29 juta. Di manakah keprihatinan umat lslam kini? Setakat manakah iman umat ini, sedangkan Sheikh Yusof alQardhawi pernah menulis tentang 'Palestin;Masalah Bersama.'
Demikianlah sedikit sebanyak tentang karya Abdul Aziz ini. Beliau aktif menulis. Tema sajak di atas adalah universal,iaitu isu Palestin. Abdul Aziz menerapkann unsur-unsur personafikasi dalam sajak serta persamaan bunyi seperti asonansi dan aliterasi. Namun begitu sajaknya agak longgar, dengan kata lain tidak cukup untuk memenuhi kriteria ekonomi kata-kata. Keseluruhannya sajak ini berhasil menyampaikan tema yang bersifat universal. Tahniah diucapkan kepada beliau.
zainallazim,
28.2.2024.
#ibnulazim
#pemuisiberkarya
#pemusinasional
Sunday, February 25, 2024
Ulasan Puisi Wangikah Anggerik
Ulasan puisi، ulasan ini tidak termasuk dalam siri Selebriti Sasterawan..
Sekuntum kemboja secawan kopi
dihulur secawan kopi
di hiasi sekuntum kemboja
sebuah puisi
atas meja
siapa pengirimnya
kemboja itu bunga kuburan
putih bersih
wangi
aduh bagaimana ini
mau dihirup kopinya dulu
atau
dicium kembojanya
atau
dibaca puisinya
atau
serentak itu ketiganya
aku ke pejabat dulu
kopi , puisi dan bunga kemboja
snap saja photonya
lalu kusimpan di dada
jadi kenangan sepanjang usia
Wangikah Anggerik
15.06.23
Ulasan Puisi;
Sekuntum Kemboja Secawan Kopi
Saya pun kurang ingat bagaimana boleh terbaca sajak ini di tengah-tengah kesibukan media sosial yang selalu saja
melahirkan pemuisi-pemuisi baru. Namun bila dibaca saya melihat ada bakat yang boleh diketengahkan dari sajak ini.
Tema sajak ini ringan sahaja, iaitu sekuntum bunga kemboja dan secawan kopi. Saya cuba mencari maksud lain dari ke dua-dua imej ini. Saya tidak menemui sebarang maksud lain kecuali ia mungkin lakaran emosi penulisnya, Wangikah Anggerik, atau nama sebenarnya Rahilah Adam. Ada lagi sekumpulan sajak yang ditulisnya, namun saya tidak sempat menelaahnya kerana kesuntukan masa.
Pada bait pertama beliau menulis:
'dihulur secawan kopi
dihiasi sekuntum kemboja
sebuah puisi
atas meja'.
Apa yang dapat difaham ialah ada seseorang memberinya secawan kopi bersama sekuntum bunga kemboja. Kopi adalah air penghilang dahaga, sementara kemboja adalah sekuntum bunga, di mana bunga sering dikaitkan dengan wanita, atau pemberian bunga boleh juga dilihat sebagai lambang cinta yang disogokkan oleh seseorang kepadanya. Namun kopi dan bunga itu menjadi puisi di atas meja, atau menjadi satu harapan dalam hubungan sesama insan. Dengan kata lain, kopi dan bunga melambangkan harapan yang diberikan seseorang kepadanya.
Pada rangkap ke dua dan ketiga, penulis tidak berkesempatan meminum kopi, atau mencium bau kemboja, mungkin kerana hambatan waktu, dia hanya mempotret imej-imej tersebut, tanpa menyatakan apakah ia menerima atau menolaknya. Ia hanya menyatakan menyimpan imej-imej tersebut di dadanya dan menjadi kenangan dalam hidupnya. Majaz-majaz yang digunakan, adalah majaz yang lazim digunapakai dalam masyarakat kita. Cuma men'snap' imej berkaitan dan menyimpannya sebagai kenangan adalah agak baharu dalam dunia perpuisian kita. Harapan kita, penyair ini terus menulis dan meneroka tema-tema yang lebih bermakna untuk sastera kita dan generasi mendatang.
Ibnulazim,
1.7.2023.
Selebriti Sasterawan Di Medsos- 15
Selebriti Sasterawan Di Medsos- Siri 15.
Bhgn.1
Saya telah pun meperkatakan sumbangan penulis-penulis muda, atau yang sudah pun matang dalam siri tulisan ini yang kini sudah pun mencapai Siri ke 15. Saya tidak ingin membiarkan mereka, terutama yang menulis di media sosial berlalu begitu sahaja tanpa sebarang ulasan yang bersifat kritikan yang membina atau pun membimbing. Kehadiran mereka akan tenggelam begitu sahaja . Namun tiada pengulas atau pengkritik yang sanggup menjalankan tugas ini, sementara saya pula dihambat oleh pelbagai tugasan dalam keadaan hidup yang kian mencabar ini.
Kali ini kita ingin melihat Abdul Aziz Ali, seorang pesara PDRM yang dilahirkan di Kelantan yang kemudian menetap di Ipoh. Penglibatan beliau sudah lama di bidang ini dan telah menghasilkan sekian banyak puisi di medsos, di akhbar-akhbar termasuk majalah Dewan Sastera. Sehingga kini beliau telah melahirkan lebih 100 buah antologi bersama dengan pelbagai penerbitan.
Kita cuba lihat sebuah puisinya untuk melihat dirinya lebih dekat.
AIR MATA PALESTIN
Air mata Palestin tumpah di mana- mana
seluruh negara, menyelami jiwa raga pejuang
darah merah membungkus derita,
menyelimut duka
siapa yang kisah?
Air mata Palestin
tumpah di cawan kopi
dihirup, pahitnya terasa
tiada yang merasa sakitnya
Air mata Palestin
membasuh luka
runtuhan demi runtuhan
siapa yang hiba?
Air mata Palestin
bedilan demi bedilan
mayat syahid bergelimpangan
raungan demi raungan
siapa yang peduli?
Air mata Palestin
murni, tangisan demi tangisan
mengisi hari- hari mendatang
berkurun, siapa yang menyapu pipimu?
Air mata Palestin
hanya doa dari kami
semoga Allah makbulkan demi anak-anakmu tanpa ayah tanpa ibu
mengemis kasih sayang
pada siapa ?
Abdul aziz ali
Ipoh Perak
1.11.2023
Ibnulazim,
21.12.2023.
Bersambung..
Saturday, February 24, 2024
Ulasan puisi
Puisi-puisi Hujung Tahun 22 Dan Awal Tahun 23 FB - Ulasan Ringkas - Tema Dan Persoalan- Bhg.3
Langit Januari
Menelusuri waktu di langit Januari
masih ada setia ku di sini
menyapa damainya alam
melarik mimpi pada siang
menapak jejak-jejak yang ditinggalkan
ya, setiaku masih di sini
melakar ingat
di laman yang dulunya indah
berkongsi rasa cerita hati
tentang yang hadir
juga yang telah pergi
silih berganti.
lalu kukutip kenangan itu
dalam diam rindu yang ranum
manisnya pasti
tidakkan terbiar di hujung musim
Su Anggerik
#BisikPadaTuhan
#digarisrindu
Seperti yang telah saya sebutkan berkali-kali puisi adalah melambangkan pergolakan atau permasalahan sewaktu ia ditulis. Begitu juga karya sastera genre lainya. Pengkritik terdahulu sering menyebut sastera adalah hasil pancaran zamannya. Namun sajak yang saya pilih ini tidak mengatakan permasalahan zamannya. Namun saya tertarik dengan puisi Su Anggerik ini kerana ia sebuah puisi yang agak puitis d hian agak baik mewakili rakan-rakan seangkatannya.
Cuba lihat rangkap pertama puisi ini:
menulusuri waktu di Langit Januari, Masih ada setiaku di sini, menyapa damainya alam, melarik pada mimpi siang, menapak jejak-jejak yang ditinggalkan.
Penyair melalui tahun baru bulan Januari dengan menegaskan dia masih setia seperti tahun sebelumnya. Sambil itu penulis menikmati kedamaian alam yang melarik mimpi-mimpi siangnya sambil mengenang kenangan yang ditinggalkan. Pengucapannya sungguh bersahaja dengan nada puitis ketika menyambut Januari, 2023.
Selanjutnya sekali lagi beliau menegaskan dia masih setia seperti sebelumnya, setia pada kerjaya, setia pada keluarga, kekasih dan sebagainya.
"lalu kukutip dalam diam, rindu yang ranum..dan ia tidak akan terbiar hingga hujung musim, atau diterjemahkan hujung hayat, atau hujung tahun, atau hujung yang penyair saja yang tahu maksudnya .
Demikian dengan menggunakan berapa teknik puisi seperti asonansi, alisterasi dan personafikasi, Su Anggerik mengatakan pendapatnya dan perasaannya ketika tibanya tahun baru 2023 dengan nada romantis dan puitis.
Ibnulazim,
24.2.2023.