ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Friday, July 26, 2024

Barangkali Tidak Begitu Lewat

 Barangkali Tidak Terlalu Lewat


Barangkali kesunyian menyebabkan Aku,

mendekatimu, namun agak terlewat rupanya, atau akukah Yang terlambat ketika santunmu 

mengocak kalbu، sesuatu Yang tak pernah kutemu 

dirumahku.


Pernah sekali kuceritakan padamu, tentang itu، namun Aku malu, ditewaskan seorang perempuan

bergelar isteri, tidak sepertimu.


Harapanku

terimalah Aku seadanya

sebagai kawan, sahabat atau teman 

di kala kesunyian 

mencengkam kalbu.


Kusedar kautelah memiliki dan dimiliki, namun Aku tetap ingin bersahabat

dunia akhirat.


Ibnulazim,

25 Julai, 2024.


Sunday, July 21, 2024

Ulasan Puisi Lanang Sejagat

 Melihat Puisi Dari Kacamata Lanang Sejagad


Puisi telah ditafsirkan oleh ramai orang. Mereka dari golongan penyair،  pensyarah , doktor, jururawat, pendidik dan pelbagai latar belakang. Mereka biasanya meminati puisi sebagai satu cabang seni yang menyampaikan pelbagai tema dan persoalan di sekitar kehidupan mereka. Pelbagai tafsiran mengenai puisi sudah ditulis dan dibukukan. Antara yang terkenal puisi dikatakan 'kata-kata  yang terbaik dalam susunan yang juga terbaik.' Puisi juga dikatakan mengandungi rima yang hampir sama pada tengah atau hujung b aris untuk menghasilkan bunyi yang hampir sama untuk menimbulkan bunyi yang indah seakan ada unsur muzikal.


Pandangan ini sudah diterima umum dalam menafsirkan puisi moden.


Namun dalam mencari puisi yang ingin saya perkatakan kali ini (maaf agak lama saya tidak berbuat demikian kerana masalah kesihatan) saya menemukan sebuah puisi yang memperkatakan tentang puisi sebagai satu hasil seni kreatif di laman Pemuisi Berkarya yang ditulis oleh Lanang Sejagad. Elok rasanya saya turunkan puisinya dahulu di sini yang berjudul Puisi Itu, namun saya tidak dapat mengaitkannya dengan diri pemuisi kerana biografinya tidak lengkap. Satu kaedah untuk meperkatakan karya dengan lebih lengkap ialah dengan mengetahui latar belakang pengkarya. Di bawah ini adalah puisinya:


Puisi Itu


adalah seni kreatif

penyusunan dan untaian kata

bersulam diksi-makna

dalam ritma dan rima

adakala panjang

adakala pendek

kadang mudah difahami

kadang payah dihadhami

namun itulah sajak

bukan sekadar curahan hati

bukan untuk mendewa-dewa

dan datangnya tanpa dipaksa

kerana ia tulus,polos dan ikhlas

dan terbaik selalunya datang

dari kolam hati

yang maha 

dalam.


#puisi mikro

@Lanang Sejagad.


Bagi Lanang Sejagad 'Puisi adalah seni kreatif yang terdiri dari susunan dan

untaian kata

Susunan ini bersulam diksi-makna dalam ritma dan rima. Lanang Sejagad memajazkan menyusun kata itu seolah seperti menyulam biasa kain tenunan yang harus dibuat dengan hati-hati dan  teliti.


Pemilihan diksi juga dengan hati-hati, susunan kata yang puitis (ritma)dan ada persamaan rima.


Sajak atau puisi ini adakala panjang, ada kala pendek. Bahkan Sitor Sitimorang pernah menulis sebaris sahaja puisinya.


Sifat lain pada puisi adalah ia kadang mudah difahami، kadang sukar jika terlampau banyak majaz dan metafora. Datuk Wanrazuhar menulis menyatakan metafora menjadikan puisinya disalah fahami.


Tetapi itulah puisi, kata LS.la bukan sekadar curahan hati، datang tanpa dipaksa kerana ia tulus, polos dan ikhlas.


Namun, mengapa pula sang penyair memasukkan perkataan polos? Polos adalah pembaziran kata-kata Yang perlu dielakkan oleh setiap penyair.


Puisi yang terbaik selalu datang dari kolam hati yang maha dalam. Di sini unsur majaz digunakan, kolam hati.


Terlepas dari beberapa kelemahan, puisi ini agak baik.


Ia juga mengambil beberapa teknik puisi yang diterapkan ke dalam puisi ini. Umpamanya aspek rima kerap digunakan. Jika LS terus-terusan menulis dan memperdalam ilmu penulisan, dia boleh meniti kejayaan suatu hari nanti.


Zainal Lasim@

IbnuLazim.

21.7.2022.