ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Wednesday, July 20, 2016

Pakatan Pembangkang, Tun Mahathir dan Parti Baharu


Gabungan Pakatan Rakyat telah pun berkubut sejak keluarnya Pas dari gabungan itu. Pakatan harapan menggantikan pakatan pembangkang. Namun kewujudan Pakatan Harapan dan keenggan Pas untuk turut serta telah memperlihatkan kegagalan di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Jika pembangkang ingin mengalahkan BN ,pembangkang harus mewujudkan pakatan barharu disertai semua parti pembangkang. Namun Pas kini masih bersendirian. Itu salah satu punca kegagalan di PRK itu.

Namun  T.Mahathir pula cuba mewujudkan parti baharu. Tentu ia tak selesa dengan Pakatan Harapan yang banyak tidak sehaluan dengannya. Adakah relevan Tun berbuat demikian? Jawab saya tidak .Tun sudah 90 tahun, tidak lagi sesuai memimpin parti. Sebaiknya bergabung saja dengan parti-parti yang ada.Pas pun tidak senang dengannya, kerana sejarah lampaunya banyak menyusahkan Pas.

Oleh itu carilah alternatif lain. Bagi orang lain jadi pemimpin, atau bergabung sahaja dengan Amanah atau PKR..Jika parti baharu dibuat pembangkang akan tambah berpecah, ada ikut Mahathir ada tidak. Carilah formula yang terbaik.

alKundangi
20.7.2016. .    

Tuesday, July 19, 2016

Terorrisme


Kebelakangan ini keganasan yang dikatakan dilakukan oleh puak-puak militan Islam semakin menjadi-jadi. Negara kita pun sudah menjadi sasarannya,.Pihak Polis pun telah meningkatkan tahap keselamatan negara untuk menghalang keganasan  yang semakin berleluasa. Soalnya siapakah sebenarnya di sebalik keganasan itu? Ketika Perancis baru diserang baru-baru ini, Obama, Presiden US menyebutkan akan meningkatkan serangan ke atas Syria dan Iraq. Negeri umat Islam.

Kita pun mengutuk keganasan ini. Namun berdasarkan kajian, ia sebenarnya di dalangi oleh Pihak Barat sendiri. Ketika serangan 9/11 umpamanya yang belum lagi ternoktah kesannya, 4000 manusia mati dalam tragedi itu. Tetapi kemudian Osama  yang dipersalahkan dan Afghanistan hancur diserang. Negara umat Islam.

Nampaknya keganasan ini adalah alasan pihak Barat untuk menyerang umat Islam di mana-mana. Kini Obama menekankan akan meningkatkan ketenteraan di Syria dan Iraq. Tentera di Afganistan tidak jadi dikurangkan, walaupun sebelum itu ada rancangan untuk mengurangkan tentera US di Afghanistan.

Kita pun terikut-ikut untuk menghalang keganasan ini dari berlaku. Ia memang perlu pun kerana kesannya melibatkan ramai nyawa dan harta benda musnah. Tetapi kita juga seharusnya mencari satu resolusi bagaimana untuk menghalang mereka yang membiayai dan ,merancang keganasan itu sendiri yang akhirnya akan memusnahkan Islam dan umatnya.  Kita sebenarnya tersepit di tengah-tengah isu terrorisme ini.

AlKundangi,
19.7.2016.