ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Tuesday, April 12, 2022

Ulasan Puisi Puisi FB.

 Puisi-Puisi FB, Februari, 2022- Analisa 3.


Untuk kali ini saya cuba melihat seorang pemuisi kelahiran Sandakan yang kini menetap di JB. Julia lkin, adalah sebuah nama yang agak prolifik dalam menghasilkan puisi- puisi yang bernada romantik dan banyak membawa tema cinta dan kemanusiaan. Beliau juga aktif dalam deklamasi puisi khasnya di TV Pemuisi. Kita lihat dulu puisinya.


MEWANGI HARUMAN SECAWAN KOPI.


Biarkan ia di situ

segala tersirat tersurat

di tepian bibir mengucup

hirup nikmat kenangan


pahit bersalut kemanisan

gairah teruja minda

pejam nikmati aroma haruman

seteguk lega di kerongkong


ada senyum ada tangisan

lakari perjalanan kehidupan

nan teguh ku tempuh

bagai kanvas berhias lukisan


duka menjalar sabar redahi

suka syukur nikmati

ajari cekal kuat diri

jauh usah ratapi


biar di situ  kuresapi

indah kenangan tiada bertepi

mewangi harum aroma 

secawan kopi


JULIA IKIN 

Johor Bahru 

(29 Disember 2019)

6 februari2022


Puisi Mewangi Haruman Secawan Kopi ini adalah salah sebuah sajak Julia lkin yang diupload ke FB pada Bulan Februari. Ada beberapa lagi sajak beliau pada Bulan itu namun kita tidak dapat mengulas semuanya di ruangan yang terhad ini.


Sajak atau puisi ini walaupun berbicara tentang secawan kopi, namun ia adalah sebuah metafora dalam perjalanan hidup ini. Sambil menghirup kopi di tepian bibir, ia sebenarnya menghirup kenangan yang pernah dilaluinya dalam perjalanan hidup ini. Kopi hanyalah pembuka bicara tentang sebuah kehidupan.


Hidup ini adakalanya pahit bersalut manis yang merupakan asam haram kehidupan.


Katanya lagi "Ada senyum ada tangis dalam melakari hidup ini" dan pemuisi menempuhnya dengan teguh bagai kanvas berhias lukisan. Perbandingan ini mungkin kurang tepat, kerana hidup ini adalah lebih dari kanvas lukisan. Hidup ini tentu lebih rencam Dari sekadar sebuah lukisan, walaupun lukisan juga rencam. Tapi itu adalah pemilihan penyair ini.


Dalam menempuh saat- saat duka dalam hidup ini, Julia tetap sabar, redha,  serta mensyukuri nikmat seperti yang disarankan oleh lslam "jika kamu bersyukur niscaya Kami tambah nikmatmu (maksud alQuran)." Manakala yang tidak dapat dicapai janganlah pula diratapi.


Pada rangkap akhir Julia merelakan hidup yang dilaluinya bak "kenangan Indah tiada bertepi yang dimetaforakannya umpama menghirup secawan kopi.


Dalam puisi ini Julia membawa unsur perbandingan yang baik bagi seorang pemuisi yang menuju kematangan.Pengolahan bahasanya lembut sesuai dengan kewanitaannya. Saya belum dapat menggulungkannya ke dalam mana-mana aliran kesusasteraan, walau satu ketika Sdr. Ramlee Wahab pernah menggulungkannya ke dalam aliran ekspressionisme. Pada saya masih terlalu awal untuk berbuat demikian.


Zainal Lasim@lbnu Lazim,

12.3.2022.

Desekali

 Sesekali


Sesekali

seperti malam ini

sambil menunggu, budak penghantar cepat, sempat kuselami hatimu

namun tak kutahu

ke mana arahnya, kerana kausebut

semua arah

tinggal aku

tanpa arah.


Sesekali

seperti malam ini

kukenang mimpi

semalam

kaudatang

tanpa kata

lalu Aku

mencari arah kaudatang

dan bila terjaga

aku masih tidak tahu

dari mana arah itu


Sesekali,

kukukira

arah itu di hatimu, maaf kalau aku, salah meneka.


Sesekali,

tanpa kuduga, aku

kehilangan arah.


Ibnu Lazim,

24.3.2022.

KADANGKALA

 Kadangkala


Kadangkala kau tanya

dua campur dua, sama dengan empat, tapi hidup ini tak sebegitu

ia boleh jadi lima.


Kadangkala 

kau kata ia akan jadi merah, tiba- tiba ia hitam. hidup memang begitu.

hitam sebab hangus, terlupa tutup api.


Jika kau tanya, kenapa ia A,

tidak B, aku pula tanya kenapa belok kiri,tak belok kanan?lalu kaujawab, tok guru belok kiri

sedang Nabi belok kanan

soalnya begitulah

kita berbeza fikiran, itulah kehidupan.


Lalu kita sama merumuskan, hidup tidak dapat dijabarkan

dengan matematika.


Zainal Lasim@ibnulazim.

27.3.2022.

Sunday, June 13, 2021

 Ulasan Puisi-Puisi FB, April, 2021-Bhgn 1.

Saya sebenanya sudah menulis bahagian pertama ini
Saya pun dah pos ke FB. Namun ia hilang entah ke mana. Waktu itu saya mengalami kerosakan hp. Akhirnya saya cari gantinya. Cap ayam juga. Senang, rosak buang, beli lain.
Saya memilih puisi Bukan Aku Yang
Terbaik
, Karya Zarir Ali. Saya tidak berapa mengenali penyair ini. Namun saya rasa ingin memperkatakannya. Berikut adalah puisi beliau itu:
BUKAN AKU YANG
TERBAIK
Bila kusedar dari lamunan
kukenal diri bukan siapa
kerana aku insan biasa
yang mempunyai harga diri sejati.
Kucuba persembahkan seadanya
bukan mengejar segala impian
dan yang nyata bukan igauan
kerana kutahu hidup sementara.
Kutoleh ke kanan
kupandang pertemanan
Ku toleh kekiri
memikirkan kita selari
dan pastinya
kita akan kembali kepada-Nya.
Ternyata kita serupa
ternyata kita bukan sesiapa
cuma sering diberikan
susunan baris kata pinjaman.
Berikan aku kesempatan
lahirkan segunung kebaikan.
ZARIR ALI
KUALA TERENGGANU
23.4.2021
2031pm
Hakcipta Terpelihara2021
Zarir Ali menulis puisi ini dengan perasaan rendah diri, atau rendah hati, atau dalam disiplin ilmu tasawwuf Islam dipanggil Tawaduk.lni dapat dilihat pada rangkap pertama lagi. Antara lain beliau menulis;
kukenal diri bukan siapa,
kerana aku insan biasa
Pada bait ini dari rangkap pertama Zarir Ali menekankan dia hanyalah manusia biasa, bukan selebriti, bukan artis, juga bukan tokoh politik atau sebagainya. Tetapi dia memiliki harga diri yang sejati. Inilah kekuatannya.
Pada rangkap berikutnya Zarir Ali menyebut dia tidak mengejar sebarang impian, juga igauan, kerana dia menyedari hidup ini hanya sementara, satu hari akan dipanggil pulang ke negeri abadi, jadi tidak perlu memasang impian yang bukan-bukan.
Selanjutnya pada rangkap ke tiga, dia menoleh ke kiri kanan, dan yang ditemui hanyalah teman-teman yang semuanya berdepan dengan kesementaraan ini (meminjam istilah Muhammad Hj.Salleh). Suatu hari akan kembali ke negeri abadi. Lalu apa tujuan kita hadir di sini? Apakah Zarir Ali juga terpengaruh dengan Aliran absurdisme. Namun bila beliau menyebut kita semua akan kembali kepada-Nya, itu menafikan ia menganut fahaman absurdisme, di mana absurdisme hanya mepersoalkan kewujudan ini semata-mata.Namun Zarir mempercayai kewujudan Tuhan dengan menyebut 'kita akan kembali kepada-Nya.' Dan kita semua adalah serupa', cuma kita diberikan kata-kata sebagai makhluk sosial menurut lbnu Khaldun, dan dengan kata-kata itu memungkinkan kita berkomunikasi dan menyatakan perasaan antara satu sama lain.
Saya teringat sebuah puisi Chairil yang menyatakan 'Tuhanku pintumu kuketuk, Aku tak biasa berpaling,'(Doa, Chairil Anwar). Chairil juga seorang anarkis, mengikut rentak absurdisme dan eksistensialisme, namun akhirnya dalam 'Doa' dia menemui hakikat kewujudannya kembali kepada hidup ber-Tuhan.
Pada rangkap akhir Zarir menulis 'berikanlan Aku kesempatan lahirkan segunung kebaikan.' Barangkali sekiranya diberi kesempatan, dia akan melakukan sebanyak mungkin kebaikan kerana kewujudan di sini tidak kekal, manakala kebaikan adalah bekalannya untuk kembali ke negeri abadi.
Melihat puisi beliau, tiga rangkap darinya terdiri dari empat baris serangkap dan menghampiri pantun syair. Namun ia bukan pantun atau syair, cuma rima akhirnya hampir sama ke tiga-tiga rangkap.Beliau juga memanfaatkan teknik aliterasi dan asonansi, dengan tujuan untuk menimbulkan rentak muzikal dalam puisinya ini. Ini selari dengan pendapat Muhammad Hi Salleh yang menyebutkan puisi adalah kental, berentak dan banyak berusur muzik bahasa. Di lain pihak. bahasanya tidak sukar untuk difahami. Tidak ada istilah yang muluk-muluk. Cuma dalam ayat terakhir ia menyebut 'segunung kebaikan' di mana di sini teknik hyperbola digunakan. Puisinya biasa saja, namun ada unsur falsafah jika direnug-renugkan.Pada rangkap akhir Zarir menulis 'berikanlan Aku kesempatan lahirkan segunung kebaikan.' Barangkali sekiranya diberi kesempatan, dia akan melakukan sebanyak mungkin kebaikan kerana kewujudan di sini tidak kekal, manakala kebaikan adalah bekalannya untuk kembali ke negeri abadi.
Melihat puisi beliau, tiga rangkap darinya terdiri dari empat baris serangkap dan menghampiri pantun syair. Namun ia bukan pantun atau syair, cuma rima akhirnya hampir sama ke tiga-tiga rangkap.Beliau juga memanfaatkan teknik aliterasi dan asonansi, dengan tujuan untuk menimbulkan rentak muzikal dalam puisinya ini. Ini selari dengan pendapat Muhammad Hi Salleh yang menyebutkan puisi adalah kental, berentak dan banyak berusur muzik bahasa. Di lain pihak. bahasanya tidak sukar untuk difahami. Tidak ada istilah yang muluk-muluk. Cuma dalam ayat terakhir ia menyebut 'segunung kebaikan' di mana di sini teknik hyperbola digunakan. Puisinya biasa saja, namun ada unsur falsafah jika direnung-renungkan.
zainal lasim.
@ibnu lazim
30.4.2021,
00.03am.

 Analisa Puisi-Puisi FB، April 2021- 2

Sewaktu saya memulakan penulisan ini, saya baru selesai membaca ulasan puisi Prof.Rahman Shaari. dalam Dewan Sastera, April, 2021. Ulasan Prof.Rahman menarik, namun ianya ringkas sahaja. Saya tidak menemui sesuatu yang baru dalam ulasan itu. Mungkin dia mengulas dari satu sudut sahaja. Saya teringat tulisan Lara MN tentang kemiskinan kritikan dalam persada sastera kita. Memang benar kenyataan itu.
Kita terus kepada persoalan kita, iaitu sajak-sajak FB, April, 2021. Saya perturunkan sajak Yang saya pilih Kali ini;
TAK PERNAH
Cuma
Hanya satu
Dalam berkata cinta
Makna rasa kian berbeda
Tempat lahir mengisi jiwa
Tiada pernah menduga
Akan dambaan
Perasaan
Terlanjur
Dalam berbicara
Bisa mengasah emosi
Pernah dulu melukai hati
Waktu mana resah menghampiri
Masih ditimpa kekejaman
Seraya mengundang
Kebencian
Enzo Nazri
Bani43000
03April2021
Enzo Nazri. mengetengahkan tema cinta dalam puisi di atas. Hampir semua orang pernah bercinta termasuk Enzo Nazri. Saya sebernarnya kurang minat dengan tema ini. Namun untuk memberi semangat kepadanya, saya pilih sajak beliau.
Dalam menghayati cinta, beliau mendapati makna dan Rasa cinta itu berbeza. Dan is kian berbeza dari waktu ke waktu seperti Katanga 'makna rasa kian berbeza.' Mungkin maksudnya berbeda dari seorang ke seorang, atau berbeza dengan perubahan masa.
Cinta adalah ibarat tempat lahir mengisi jiwa. Bagi orang muda memang ia mengisi kekosongan jiwa. Namun bila sudah lama hidup cinta bukanlah satu-satunya yang mengisi jiwa. Ada lagi perkara lain yang perlu dalam hidup ini.
Cinta juga katanya boleh mengasah emosi . Namun berikutnya, beliau menyatakan cinta juga boleh 'melukai' emosinya. Barangkali Enzo Nazri pernah terluka dengan cinta.
Luka boleh jadi terkena pisau, tetapi luka kerana cinta akibatnya tentu lebih
hebat
. Malah beliau menyebut kejam dan mengundang kebencian kerana cinta.
Ada beberapa ayat yang menarik dalam sajak ini seperti mengasah emosi. Emosi boleh diasah melalui cinta. Satu kiasan yang baik. Lain-lain ayat yang menarik ialah ditimpa kekejaman dan mengundang kebencian.
Katiga--tiga ayat ini
Enzo Nazri telah memilih diksi yang sesuai untuk puisinya. Teknik lain yang digunakan ialah
rima akhir yang hampir sama dalam seriap rangkap. 'Ditimpa kekejaman menghampiri teknik hyperbola. Nazri boleh membuang perkataan yang kurang perlu seperti pada rangkap awal 'cuma, hanya satu mungkin boleh diganti seperti 'hanya satu perkara, dalam menafsir cinta,makna dan rasah makin berbeza.' Bagaimana pun terpulang kepada penyair itu sendiri untuk memilih perkataan dan diksi yang sesuai bagi puisinya. Cuma elakkan menggunakan perkataan yang tidak perlu dan tidak tepat.
Zainal Lasim,
@lbnu lazim
4.5.2021
4.50.

 Jurang Kata-Kata

Kau menulis
dengan kata-kata
sebagai cendekiawan
memberi faham
makna atau kiasan
ulasan atau ehwal
semasa atau apa saja
kata-kata murni
juga tujuan murni.
Namun kadangkala
kata-kata sukar difahami
orang kampungku
istilah-istilah ganjil
tak dikenal
tapi aku bisa saja
melihat kamus atau Google
membikin aku faham
tapi orang kampungku
terkial-kial
mereka tak pernah
menjejak kaki
di kolej atau universiti.
Kau cendekiawan
Bahasa kita sama
namun orang. kampungku
terpinga-pinga
mencari kefahaman
kecendekiawanan.
Aku dan orang kampungku
dalam kata-kata
terdapat jurang yang dalam.
zainal lasim,
7.5.2021.
06.15

 Ulasan Puisi-Puisi FB April 2021-. Bahg.3

Ketika ini Ramadan sudah pun menjejak hari ke Hari terakhir, Dan esok tidak Syawal akan menjelma. Umat lslam akan merayakan Aidilfitri, tanda kenangan melawan nafsu sendiri. Apakah sedih atau tidak dengan berakhirnya Ramadan, diri sendiri yang tahu. Apakah kita bertemu lagi pada Ramadan akan datang, hanya takdir yang menentukannya.
Namun para pemuisi kita tetap rancak berpencak menghasilkan puisi-puisi saban hari. Kali ini saya ingin meperkatakan sajak Lompat karya Pena Permai. Lompat melompat ini sudah menjadi tradisi kepada parti-parti politik tanah air sejak dahulu lagi, sehingga ada yang terkenal sebagai alkataki suatu ketika dahulu. Untuk melihat lebih jelas isu ini, Kita lihat dahulu puisinya:
LOMPAT
Sampai bila ingin melompat
dari dahan ke dahan
berpaut di dahan rapuh
jatuh juga mati si katak
tersadung sarang tebuan
jatuh bagai nangka busuk
yang terlena asik dibuai mimpi
di kelilingi puteri-puteri bunian
tersesat mencari jalan pulang
dikatakan siang tapi malam
begitu dia menunggu hari.
Di sebelah sana menyanyi bersiulan
lagu berbagai melodi satu lirik
mengharap musim berbuah ranum
yang gugur busuk haprak
sedang putik disantap tupai
sepandai tupai melompat
ke tanah juga
perhitungan tidak menjadi
kenyataan.
PENA PERMAI
Kajang,Selangor
10hb.April 2021.
Isu melompat yang diperkatakan dalam sajak di atas adalah isu sinikal yang menyentuh perwatakan ahli-ahli politik kita yang suka melompat parti.
Mereka umpama burung yang melompat dari dahan ke dahan membawa maksud tersirat dari parti ke parti melalui sistem demokrasi dan raja berpelembagaan.
Penulis menggunakan istilah katak jika mereka terjatuh dan mungkin tersedung sarang tebuan. 'Sarang Tebuan' mempunyai pelbagai makna seperti disabitkan kesalahan yang kabur, lalu dipenjara sekian tahun lamanya. Unsur ambiguiti ini memberi makna berlapis dalam sajak ini.
'Jatuh bagai nangka busuk' juga boleh ditafsir dengan pelbagai makna. Manakala mereka yang selesa di kelilingi oleh Puteri bunian, sesuatu yang lumrah dalam masyarakat Melayu. Ia menjurus kepada gadis-gadis cantik atau perempuan simpanan yang memang menanti laba dari ahli-ahli politik yang mabuk kuasa.
Pada rangkap berikutnya ahli ahli politik ini hidup dalam kegembiraan dengan digambarkan sebagai menyanyi bersiulan seperti burung-burung sedang gembira. Mereka mengharap musim berbuah ranum yang maksudnya PRU kerana ketika itulah wang akan keluar dengan banyaknya sebagaimana janji-janji pilihanraya itu serta hadiah dan wang untuk membeli undi dan janji projek- jutaan ringgit, Dan tender-tender akan keluar untuk memenuhi janji itu. Musim sebegini oleh Pena Permai dibandingkan dengan buah ranum, satu perbandingan yang baik untuk keadaan sebegini. Namun buah-buah ranum itu disantap oleh tupai dahulu. Mereka menunggu janji-janji kosong dari ahli politik tetapi tupai juga gagal serta jatuh ke tanah sehingga apa yang diharapkan itu tinggal harapan kosong semata. Ianya tidak menjadikan keadaan tidak sebagaimana yang dibayangkan.
Sajak di atas masih agak longgar penyampaian bahasanya, namun penulis banyak menggunakan perbandingan, metafora dan unsur similie. Hal-hal sebegini menjadikan sajak ini agak kuat dengan perbandingan- perbandingan yang menarik.
Penulis atau penyair juga mengambil tamsil ibarat dari perumpamaan Melayu iaitu sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Walau pun perumpamaan ini agak klise, namun ia dihidupkan kembali di mana ramai anak-anak muda kita kini hampir melupakan perumpamaan Melayu ini. Dan mungkin sebahagian anak muda kita tidak mengetahui Bahasa Kita kaya dengan perumpamaan, kecuali apa yang mereka pelajari di sekolah-sekolah.
zainal lasim
@ibnu lazim
12 .5.2021
6.17am
Sabariah MY, Emillia Munira dan 3 yang lain

 Cinta Sebidang Karpet: Satu Sorotan

Kebetulan saya membeli Akhbar Mingguan Malaysia beberapa minggu lepas. Kurang ingat tarikhnya. Saya melihat ada sebuah cerpen berjudul Cinta Sebidang Karpet. Saya lihat nama penulisnya, macam pernah terbaca. Namun saya biarkan saja, dua minggu kemudian baru saya baca. Kisahnya agak menarik kerana kaitan dengan masalah semasa. Juga terselit ciri-ciri silang budaya yang menjadi penelitian bidang komunikasi. Dengan begitu saya ingin memperkatakannya sedikit sebanyak. Saya sebernarnya bukan ahli bidang ini. Namun ada yang ingin saya kongsikan dengan pembaca.
Sinopsis
Cerpen ini yang ditulis oleh Umi Solehah membawa persoalan semasa, masalah pendatang Pakistan mencari rezeki di negara ini dengan berniaga karpet yang akhirnya berjaya dalam perniagaan mereka dan mengahwini orang tempatan. Mereka menyediakan kemudahan seperti rumah dan perniagaan runcit untuk isterinya itu. Ini adalah persiapan asas sekiranya mereka pulang ke negara asal. Dengan begitu isteri Melayunya itu boleh membiayai hidup sendiri seandainya ditinggalkan.
Plot
Cerpen ini yang menggunakan sudut pandangan orang pertama dimulakan dengan watak Aku berjiran dengan pasangan Pakistan, En. Sulaiman dan isterinya, Fatimah.
Mereka berjiran sekitar dua tahun dan atas beberapa sebab keluarga Pakistan itu berpindah ke lokasi lain. Hidup mereka agak mewah dan amat mentaati Agama Islam. Seperti Yang kita lihat ada juga yang kurang taat, terutama yang bekerja di kilang-kilang atau pasaraya.
Tidak seperti pendatang dari Indonesia lebih meneroka bidang pembinaan, satu bidang yang tidak diminati oleh penduduk tempatan.
Plot bergerak cepat ke arah tujuan bila 'aku' mendapat jemputan kahwin dari En.Sulaiman untuk perkahwinan anaknya Abd. Rahman. Tiba masanya 'aku' hadir ke majlis itu untuk melihat sendiri kebudayaan Pakistan menarik minatnya. Dia disambut oleh Fatimah, isteri Encik Sulaiman dan dijamu dengan nasi Arab.
Sedang asyik menikmati nasi Arab, 'aku' didatangi oleh seorang perempuan Melayu bernama Milah. Perkembangan cerita selanjutnya berkembang secara sorot belakang (flashback) melalui dailog 'aku' dan Milah. Dari dailog antara mereka berdua Kita diberi faham mengapa Milah juga berkahwin dengan lelaki Pakistan. Suami Milah Ali, pada mulanya berniaga karpet dengan berbasikal sahaja. Milah adalah pelanggan tetap Ali. Milah juga membantu Ali dengan mempromosi barangan jualan Ali, akhirnya mereka bercinta dan berkahwin. Perniagaan Ali bertambah maju, dia kemudian memakai motorsikal kemudian bertukar proton saga.
Strategi kejayaan orang Pakistan adalah memberi hutang kepada pelanggan mereka dan mereka ramah dengan pelanggan.
Sebagai isteri orang Pakistan Milah disediakan rumah, sebuah perniagaan runcit persekolahan anak-anak ditanggung suaminya.
Milah memberitahu 'aku' dia tidak kisah ditinggalkan jika suaminya pulang ke Pakistan. Dia tidak memilih lelaki Melayu kerana mereka malas, suka duduk di kedai kopi dan terlibat dengan dadah.Lagi pun lelaki Pakistan handsome, bermata biru dan hidung mancung. Kata-kata Milah itu menyebabkan ' aku' menyimpulkan bahawa lelaki Melayu sudah hilang permintaan. Teori permintaan dan penawaran adalah analisa ekonomi terhadap perniagaan.
Dalam perjalanan pulang dari majlis itu 'aku' singgah di kedai Laila untuk membeli tepung. Di situ dia juga menemui orang yang seperti Milah.
Watak Dan Perwatakan
Watak utama dalam cerita ini ialah 'aku' yang hidup berjiran dengan keluarga Pakistan. Gambaran fizikal tentang 'aku' tidak diberikan oleh pengarang. Hanya perkembangan jiwa dan pemikiranya dibentangkan kepada pembaca.la memikirkan nasib bangsanya yang ketinggalan berbading pendatang Pakistan. Dia juga melihat ekonomi negaranya diambil sedikit Demi sedikit oleh orang luar,sehingga ia memikirkan kata-kata keramat dari hikayat Hang Tuah 'Tak Kan Melayu hilang di dunia. Namun realitinya orang Melayu semakin terpinggir di negara sendiri, bukan sahaja oleh sebab saingan pendatang, tetapi politikus Melayu sendiri yang tamak kuasa, harta Dan korup.
Watak ke dua penting adalah Milah. Dari Milah kita tahu sebab-sebab kejayaan peniaga Pakistan dan Bagaimana ia tertawan dengan peniaga Pakistan dan akhirnya berkahwin dengan peniaga tersebut.
Watak-watak lain ialah En. Sulaiman dan isterinya, serta Abd.Rahman anaknya yang menjadi pelengkap cerita ini.
Penilaian Dan Kesimpulan
Secara keseluruhannya cerpen ini baik berjaya menggambarkan tema dan persoalan yang dipersembahkan. Saya juga pernah berurus niaga dengan bangsa ini dan ia sama seperti yang diceritakan.
Syabas diucapkan kepada Umi Solehah.
Oleh
zainal lasim
@lbnu lazim,
8.5.2021,
02.02am.

 Mana Bulan Mana Bintang -Kumpulan Cerpen oleh Azaika SR (E-Book) Satu Sorotan- Bhg 1.

Kumpulan Cerpen persendirian ini dalam bentuk e-book mengadungi 10 buah cerpen karya Azaika SR.
Cerpen pertama ialah Suami Isteri Penulis. Cerpen Ke Dua berjudul Teraniaya dan Ke Tiga berjudul Biar Kalah Asalkan Jangan Mengalah. Pada bahagian ini saya cuba melihat ke tiga-tiga cerpen ini dahulu.
Suami Isteri Penulis mengisahkan pertemuan di antara Ayu dan Aku di pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Ayu adalah gadis yang meminati tulisan 'Aku' yang merupakan penulis yang sudah mendapat tempat dan sudah dikenali dalam bidang penulisan. Ayu menyatakan kesediaannya untuk mempelajari ilmu penulisan dari Aku. Akhirnya mereka bercinta dan berkahwin.
Cerpen selanjutnya berjudul Teraniaya mengisahkan konflik di antara sesama manusia dalam sebuah syarikat pembinaan. Encik Rosli adalah pekerja kepercayan boss, En. Borhan. Satu watak lagi ialah En Azhar. Watak Hitam dalam kisah ini ialah Salleh.
Salleh berniat jahat dan ingin mengambil alih syarikat En.Borhan.Dia berusaha menimbulkan kebencian En. Borhan terhadap Rosli dan Azhar. Ke dua-duanya kemudian dibuang kerja. Namun akhirnya En.Borhan menyedari sikap Salleh, Dan beliau juga dibuang kerja. Rosli dan Azhar menubuhkan syarikat pembinaan yang baru. Borhan, Azhar dan Rosli kemudian bertemu secara kebetulan di sebuah restoran. Mereka berazam memajukan syarikat masing-masing.
Cerpen ke tiga pula mengisahkan pertemuan antara dua sahabat, lsdawati dan Hazman. Isdawati meluahkan rasa kecewanya dalam hidup ini kepada Hazaman. Namun tidak dijelaskan punca kekecewaan itu. Hazaman memujuk dan menasihati lsdawati hingga akhirnya lsdawati mahu kembali meneruskan kehidupan. Cerita ini juga mengambil pantai sebagai lokasinya, sama seperti cerpen pertama.
Dalam ketiga-tiga cerpen ini, watak-wataknya tidak begitu berkembang kecuali Rosli dan lsdawati diberikan sedikit pergolakan jiwanya. Namun dari segi lukisan alam penyampaian Azaika agak baik.
Konflik jiwa Rosli dan lsdawati mendapat sorotan agak baik. Watak-watak lain tidak disentuh perkembangan fizikal atau mental mereka.
Cuma saya tidak begitu bersetuju bila Azaika SR campur tangan dengan menyelitkan pendapat dan nasihat beliau di akhir cerita.lni mengubah sudut pandangan dalam cerita selain ianya tidak perlu dan ini bukan cerpen permulaan di zaman majalah Guru. Terlepas dari beberapa kelemahan , Azaika SR telah pun berjaya menyampaikan mesejnya melalui cerpen-cerpen berkenaan.
zainal lasim
@lbnu Lazim،
18.5.2021
01.16.

 PENULIS

HEBAT
Penulis/penyair
hebat
bukan diukur pada banyaknya jumlah karya yang dihasilkan, tetapi ukuran utama adalah kualiti tulisan terhasil. Anwar Ridhuan hanya Ada beberapa buah novel Dan kumpulan cerpen. Baha Zain tidak sampai Lima buah kumpulan puisi Dan sebuah dua buku kritikan. Datuk Zurinah Hassan pun tidak sampai 10 buah kumpulan puisi.
Begitu juga Dr Muhammad Haji Salleh, Dr Siti Zainon. Namun semua mereka adalah sasterawan negara.
Achdiat Akashah menulis puluhan novel. Tetapi semuanya novel popular/piccisan dengan tujuan lebih kepada keuntungan. Dia tidak disenaraikan sebagai penulis tersohor/
hebat
. Ramai lagi penulis- penulis novel popular tidak disenaraikan sebagai
hebat
.
Saya harap tiada siapa merasa pedas dengan catatan ini. Jagalah kualiti tulisan kalian.
Terima kasih.