ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, March 19, 2009

NASIONALISME PEMANGKIN BARU PAKATAN RAKYAT?

Nasionalisme Pemangkin Baru Pakatan Rakyat?


Oleh: A Kadir Jasin.


KETUA Parti Keadilan Rakyat merangkap ketua tidak rasmi Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim menguarkan tsunami politik yang berlaku pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu sebagai kelahiran semula (baru) nasionalisme.Portal berita bebas Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata demikian dalam ucapan menandakan ulang tahun pertama PRU ke-12 di hadapan kira-kira 1,000 orang di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam malam tadi.Serentak itu, Anwar menggesa Pakatan Rakyat mengajak rakyat jelata untuk menjadi sebahagian daripada gerakan itu.

“Ajak rakyat jelata menjadi sebahagian daripada kelahiran baru nasionalisme ini bagi membina negara ini atas prinsip keadilan, kesamarataan dan peluang untuk semua,” katanya.Malaysiakini melaporkan Anwar, yang gagal menunaikan janjinya untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional September lalu melalui lompat parti, menggesa pengundi agar tidak melepaskan peluang mencipta sejarah pada pilihan raya umum akan datang.Meminjam pakai istilah yang dipopularkan di Malaysia oleh akhbar New Straits Times di bawah kepemimpinan bekas ketua pengarang kumpulannya, Kalimullah Masheerul Hassan, Anwar berkata (izinkan saya menggunakan petikan asal dari Malaysiakini):“The Umno-dominated BN is caught in a warp of its own making. They talk of reform but cannot walk the talk. This is what a half century in power does to you.”Kalau kita masih ingat, ungkapan “walk the talk” (buat apa yang dicakapkan) kerap diguna oleh Kalimullah dan konco-konconya bagi memperjelaskan pegangan Abdullah Ahmad Badawi yang mengotakan apa yang dicakapkannya.

Sementara itu, penganalisis politik, Ong Kian Ming, dalam tulisan yang disiarkan oleh Malaysiakini berpendapat BN tidak mampu mereformasi diri atau memperkenalkan perubahan bagi mengembalikan sokongan pengundi kepadanya.Namun beliau turut berasa bahawa pembangkang juga perlu mereformasi dirinya jika tidak mahu terperangkap dalam situasi serupa yang menyebabkan kelemahan BN.Beliau, antara lain berkata, walaupun dua parti tertua PR –DAP dan Pas – tidak terkecuali daripada masalah dalaman, namun dua faktor menyelamatkan mereka.Pertama, kurangnya peluang untuk mengamalkan dasar naungan politik (politics of patronage) dan kedua, kehadiran pemimpin atasan yang tidak mementingkan diri sendiri seperti Nik Abdul Aziz dalam Pas dan Lim Kit Siang dalam DAP.Amaran Ong Kian Ming itu ada asasnya.


Pemimpin seperti Nik Abdul Aziz dan Kit Siang tidak akan menongkat langit dan dengan kuasa, muncullah peluang untuk mengamalkan sistem naungan politik.Pengaruh kuasa ini sudah pun mula berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh PR. Misalnya, sudah ada wakil rakyat yang dipilih atas tiket PR dan operatornya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah atau dilucutkan jawatan.Anwar sendiri sedang menghadapi perbicaraan kes liwat yang baru sahaja dipindahkan ke Mahkamah Tinggi manakala Menteri Besar Selangor dari PKR, Abdul Khalid Ibrahim, disiasat kerana disyaki menyalahgunakan kuasa.


Soalnya apakah Pas dan DAP yang lebih tua dan nampak bersih daripada skandal bersedia memperjudikan nama baik mereka dengan bersekongkol bersama PKR dalam jangka masa panjang?Ong Kian Ming berpendapat, jika ada parti dalam PR yang terdedah kepada “reform fatigue” maka ia adalah PKR.Katanya: “And if there is any party that would be most susceptible to reform fatigue if Pakatan takes over power at the national level, it would be PKR, partly because of the baggage which Anwar carries with him and partly because of the short history of the party.”(“Dan jika ada parti yang paling terdedah kepada reform fatigue sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih di peringkat nasional, ia adalah PKR, antaranya kerana beban yang dipikul oleh Anwar sendiri dan kedua, disebabkan sejarah parti itu yang singkat.”)


Tidak seperti DAP dan Pas yang jelas dasar dan ideologinya, PKR agak bercelaru kerana ia lahir daripada gerakan reformasi yang menggabungkan pelbagai organisasi dan individu yang berlainan ideologi, perjuangan dan matlamat.Ong Kian Meng mengulas: “PKR’s membership and leadership is made up NGO activists, former Umno leaders who left together with Anwar Ibrahim, socialists from the PRM wing of the party, former disgruntled leaders from MCA and Gerakan, and so on and so forth.“Without a coherent identity of its own and a longer history of candidate selection, it is by not a coincidence that the BN is targeting PKR state assemblymen and MPs to defect from Pakatan, with some success, most notably in Perak.


”Justeru itu, beberapa persoalan perlu difahami dan dipertimbangkan bagi mengukur kekuatan dalaman Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional:

1. Bolehkah Pas dan DAP menerima kelahiran baru nasionalisme seperti yang dicanangkan oleh Anwar itu?

2. Pas sejak sekian lama menggunakan isu nasionalisme (kebangsaan) sebagai senjata untuk menikam Umno yang didakwanya assabiyah;

3. Bolehkah DAP yang sejak penubuhannya pada tahun 1967 menolak nasionalisme sebagai landasan perjuangan dan memilih konsep “Malaysian Malaysia” sebagai manifestonya menerima nasionalisme baru Anwar?;

4. Adakah PR benar-benar kuat dan diterima umum atau ia nampak kuat kerana BN lemah?;

5. Adalah diakui umum bahawa PR mendapat sokongan besar pengundi tahun lalu kerana ramai penyokong BN marah terhadap parti mereka sendiri dan mengundi pembangkang sebagai protes.;

6. Adakah ini akan berulang tiga atau empat tahun akan datang apabila pilihan raya umum diadakan?

7. Bolehkah Pas, Dap dan PKR merasmikan PR sebagai pakatan yang berdaftar atau ia akan kekal sebagai gabungan tidak rasmi?; dan

8. Adakah Umno dan BN akan pulih selepas era Abdullah untuk menyekat kemaraan PR dan menggagalkan cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri?Kita mungkin tidak perlu menunggu lama untuk mendapat jawapan kepada sesetengah daripada soalan ini. Hasil pemilihan Umno bulan ini dan pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai bulan depan adalah antara petunjuknya.

(http://kadirjassin.blogspot.com)
9.3.2009.

Blogspot Tok Guru?

Ingatan Kepada Pemegang Password Blog Tok Guru


TOK GURU Guru Nik Abdul Aziz juga akan buka blog sendiri. Blognya akan dilancarkan pada 26 Mac ni. Makin meriahlah nampaknya dunia ciber kita. Tentu blog Tok Guru itu akan popular dan dikunjungi ramai dari dalam dan luar negara. Baguslah kalau begitu. Patutnya dah lama Tok Guru buka blog sendiri.
Apapun tahniah kepada Tok Guru kerana ada blog sendiri. Didoakan pengunjung blog Tok Guru akan mengatasi pengunjungi blog Dr Mahathir dan hitnya akan tinggi.

Dengan ada blog bolehlah Tok Guru gunakan untuk berdakwah sekali. Pengisinya nanti diharap bukan saja bersifat politik, tetapi ilmu-ilmu keagamaan juga. Walaupun ada kalanya Tok Guru campur sekali ilmu agama dengan politik, dalam kuliah dan syarahannuya tetapi ada yang tidak dapat memilihnya. Jadi bercampur gaullah, macam antah bercampur dengan beras.

Ada yang dapat tangkap ada yang tidak. Bagi yang jahil kala inilah akan menganggap Tok Guru sebagai menyeleweng, buat fatwa baru dan sebagainya.

Blog adalah medium terbaik kalau Tok Guru nak bercakap soal-soal kerohanian lebih mendalam lagi. Atau mendedahkan kerahsiaan Tuhan dan manusia. Dakwah menerusi tulisan lagi berkesan. Pengisiannya juga agak detail dan tidak mengelirukan. Lagipun menerusi tulisan boleh dibuat dengan cermat dan hati-hati.
Ada hal-hal yang kalau kita berdua dengan Tok Guru terlepas juga cakapnya mengenai agama yang bersifat rahsia, tasauf. Apa kata kalau dalam blog ni Tok Guru membuka rahsia dirinya dengan Tuhan seluas-luasnya. Biarlah rahsia itu dapat dipetik dan dimanfaatkan oleh banyak orang. Misalnya mengenai amalan dan juga wirid-wirid peribadi yang menjadi amalannya sejak dulu hingga sekarang.


Saya rasa dalam banyak-banyak pengkagum Tok Guru mereka bukan saja mahu memetik dan meniru pendekatan, falsafah dan juga teknik politik, tetapi mereka juga mahu meniru dan berba'ih dengan Tok Guru sebagai tok guru.
Mengenai rahsia ketuhanan ni Tok Guru tak buka atas kedai. Dia hanya royak kepada orang terpilih dan di tempat tertentu saja. Sapa rajin geletek dan cungkilnya akan dapat. Selalunya mereka yang minat ilmu ni datang jumpa Tok Guru bukan nak minta balak atau tanah tetapi nak tambah ilmu, nak tambah iman dan taqwa kepada Allah daripada Tok Guru.

Ini kelebihan yang ada kepada Tok Guru dan tidak ada kepada Dr Mahathir Mohamad atau Tun Razak.
Apa lagi kalau ilmu dan rahsia itu ditulis sendiri ilmu itu terus datang dari hati dan turun atas kertas (skrin) dan dibaca oleh pengunjung terus masuk ke dalam hati. Jelira kata orang. Kalau tutur Tok Guru ditulis oleh orang lain banyak koner-konernya, ikut sedap dan kehendak dia saja.


Misalnya kalau Tok Guru sebut bulat, macam-macam bentuk bulat yang akan dibuat nanti, bulat leper, bulat panjang, bulat berkedut, bulat bujur dan sebagainya. Di sinilah ia memerlukan seorang yang arif dan makrifah dengan Tok Guru (ilmu) barulah akan menjelma bulat yang sengoti (sebenar).
Ada juga penulis ini bersifat yang molek ditulis, tak molek ditinggal atau ambil hak mana dia berkenan saja.

Apakah Tok Guru ada masa nak tulis sendiri blog tu nanti? Atau ada yang tukang kendalikannya? Barangkali tidak munasabah kalau Tok Guru nak tulis sendiri. Tentulah ada yang jadi tukang mengisinya.
Sangat diharap kepada orang memegang password blog Tok Guru seorang yang jujur, ikhlas dan bertanggungjawab. Jangan pula guna blog itu nanti untuk tujuan lain. Saya tak jamin Tok Guru akan memantaunya sepanjang masa. Kalau salah guna nanti nyanyalah Tok Guru.

Saya taruh kebimbangan ini, al maklumlah.... manusia ini apa-apa saja boleh jadi. Diharap pengisinya nanti benar-benar dari dhamir dan lidah Tok Guru sendiri jangan cuba nak tuil-tuil ke tujuan lain. Malang sekali kalau penjaga password itu nanti menyeleweng diselit apa-apa yang ada kepentingan atau agenda politiknya.
Saya kata ini bukan apa sekadar mengingatkan saja berpandukan kepada apa yang telah lepas. Tidak perlu cerita panjang. Selamat berblog duhai Tok Guruku. [wm.kl. 6:00 am 19/03/09].

(MSO,19.2009)
Obama digesa kaji semula


WASHINGTON - Seramai 15 anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) daripada parti Republikan dan Demokrat menulis sepucuk surat untuk menggesa Presiden Barack Obama mengkaji semula penghantaran 17,000 askar lagi ke Afgha-nistan. "Kami menggesa anda mengkaji semula rancangan untuk meningkatkan jumlah tentera (di Afghanistan)," kata mereka. "Kami juga bimbang bahawa sebarang tanggapan kejayaan ketenteraan di Afghanistan mungkin mencetuskan tekanan untuk meningkatkan kegiatan tentera di Pakistan.

Ia akan mencetuskan suasana berbahaya di rantau itu dan meningkatkan permusuhan terhadap AS." Bekas calon presiden, Ron Paul (Republikan) dan Dennis Kucinich (Demokrat) memberitahu pemberita bahawa pentadbiran Obama perlu menjelaskan dasar-dasarnya di Afghanistan. Paul berkata surat itu bertujuan untuk menggesa Obama berhati-hati dalam pendekatannya untuk menangani konflik di Afgha-nistan. "Tindakan menghantar 17,000 askar ke sana dan meneruskan pengeboman di Pakistan bukanlah satu perubahan dasar. "Langkah menambah jumlah askar juga bukan satu penyelesaian," kata Kucinich.

Menurut mereka, rakyat Afghanistan tidak memer-lukan lebih banyak kemus-nahan dan keganasan. "Mereka memerlukan rumah, pekerjaan dan pendidikan. Mereka memerlukan keselamatan, keamanan dan peluang," kata mereka.

(Sinar Harian,19.3.2009)

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO

Semua calon sepatutnya disiasat


KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semua calon yang bertanding pada pemilihan UMNO, termasuk dirinya sepatutnya disiasat. Calon Naib Presiden UMNO itu berkata, sekiranya ada bukti kukuh maka tindakan daripada Lembaga Disiplin UMNO dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlulah adil kerana kredibiliti mereka sentiasa diuji. “Saya harap semua termasuk diri saya sendiri perlu disiasat.

Dengan syarat bahawa siasatan itu adil dan tidak ada syak wasangka bahawa calon tertentu sahaja disiasat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan yang dipengerusikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Menara Parlimen di sini, semalam.

Keputusan yang dibuat mestilah bersandarkan bukti, hujah dan saksi kukuh, kata Hishammuddin sebagai mengulas dua calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin, yang disiasat Lembaga Disiplin UMNO. Mengenai Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dikenakan tindakan tidak boleh bertanding jawatan Timbalan Presiden kerana politik wang, Hishammuddin berkata persoalan tentang jawatan Mohd Ali sebagai Ketua Menteri Melaka tidak timbul. “(ini) kerana apa (tindakan) diambil adalah di bawah (kuasa) parti...

Apa yang didesak (supaya Mohd Ali meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka) bagi saya tak perlu dipertimbangkan dalam konteks Lembaga Disiplin,” katanya. Beliau berkata, Mohd Ali pada mesyuarat Jawatankusa Pengurusan semalam dilihat tenang, tabah dan beliau menyatakan kepentingan parti lebih daripada kepentingan individu. Hishammuddin berkata perkara itu sentiasa menjadi pegangan Ahli UMNO dan perkara sebegini telah berlaku sebelumnya. “Sejarah telah buktikan dalam kes sebegini akhirnya parti jadi keutamaan dan akhirnya bila rapatkan barisan pejuang parti yang tulen, ikhlas akan terus bersama parti,” katanya.

(Sinar Harian,19.3.2009)