ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Saturday, December 21, 2019



BUKUKU


Satu bilik penuh buku
Buku sejarah
Kitab-kitab lslam
Buku komunikasi
Buku sastera
Buku sosiologi
Buku falsafah
Buku cerita- novel/cerpen
Biografi
Bahasa inggeris
Bahasa Arab
Kamus
Buku entah apa
dan lain lain yang tak dapat
dikelaskan.

Ada buku beli sendiri
Ada hadiah rakan penulis
Ada buku pinjam
Ada yang diambil kawan
Tak dipulang pulang.

Ada yang sudah dibaca
Ada yang belum dibaca
Ada yang dibaca separuh
Ada yang 10 tahun tidak dibaca
Ada yang dibeli saja
terus masuk rak.

Buku yang tidak tersusun
Tiada kemahiran pustakawan
Seminggu cari baru jumpa
Ada yang tidak jumpa jumpa
Ada yang beralih ke bilik tidur
Ada yang entah ke mana.

Ini bukan puisi
Ini tentang buku
penulis ikan bilis,
Ingin juga mengetahui
bagaimana dunia buku
Sasterawan Negara
Atau seorang profesor
Atau pengkritik sastera?

Budak budak tak minat buku
Selepas mati
Buku ini
akan ke mana?

16.11.2019
BTP.

Monday, December 16, 2019


ADAKALANYA

Adakalanya
Tidak ada apa apa itu
Lebih baik dari
Ada apa apa
Kerana ada apa apa itu
Seringkali merunsingkan.
Adakalanya
Hujan itu lebih baik
Dari panas, kerana panas
Menaikkan tekanan darah.
Adakalanya
Sendirian itu
Lebih dari beramai ramai
Kerana dengan sendirian itu
Kita lebih memahami
Diri sendiri.
Kadangkala
Adakalanya
Lebih baik
Dari tidak ada
Kalanya.
Zainal Lasim,.
Bandar Tasik Puteri
13.11.2019

DARI DRAMA TANPA PENTAS; KUTULIS PUISI INI



DARI DRAMA TANPA PEMTAS; KUTULIS PUISI INI

Sementara hari masih pagi
Matahari belum tegak di ubun ubun,
Bunga yang kau siram tiba tiba tersentap
Terkulai layu entah kerana apa
Tak jadi bercambah seperti adanya
Demikian benih yang ditanam
Disentap layu oleh entah apa
Lalu tak jadi tumbuh seperti adanya.Akukah yang terlambat atau kaukah yang terlewat,
Tiba tiba waktu memutarkan jarum jam
Berpusing kebelakang
Demikian aku pada saat ini
Yang terpesona dengan drama pembukaan,
Terpaksa bangun meninggalkan pentas
Kerana cerita telah berakhir sebelum para watak beraksi,
Begitulah kita terpaksa mengundur diri
Kerana ia tidak jadi dipentaskan
Sebaik saja dimulakan.

Namun pada saat yang lain
Kita kembali ke pentas
Dan menonton kembali
Cerita yang belum dapat dibayangkan
Apakah penamat apakah kesudahan.

Pada titik ini
Kita kembali ke pentas
Untuk kembali menonton
Rama dan Sita
Beraksi kembali.

Zainal Lasim.
Bandar Tasik Puteri,
11.12. 2019.