Mohon Maaf
Kebelakangan ini perhqtian agak kurang kepada permasalahan politik, jadi barangkali sebab itu tidak ada ulasan politik dalam blog ini sejak kebelakangan ini. Saya cuba memerhatikan masalah sosial, sastera, budaya dan bahasa.Jadi untuk beberqpa waktu saya berehat sementara dari permasalahan politik,lagipun banyak sudah bblog membincangkan masalah politik. Maaflah ,bukan selamanya, hanya sementara sahaja. Kesihatan saya agak terganggu,dan dimasukkan ke HSBG beberapa hari lalu,dan discharge kelmarin.
2.Terima kasih kepada jururawat dan doktor yang sentiasa prihatin kepada masalah pesakitnya.
ads
emel kepada (pendapat,komen, artikel)
zainal55@yahoo.com
Tuesday, May 24, 2011
Saturday, May 14, 2011
Tindakan Gobala sudah dijangka – Anwar
SHAH ALAM: Tindakan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan keluar KEADILAN serta melepaskan semua jawatan dalam parti sudah dijangka.
“(Kita) dah lama jangka (dia akan keluar),” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memnghadiri majlis Wacana Memperkasa Fikrah Rakyat: Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk yang berlangsung di Auditorium Dewan Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Shah Alam, Selangor.
Apabila ditanya pemberita sama ada Gobala sudah menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi, Anwar berkata: “Tidak bagi surat lagi. Dia belum (lagi) jawap surat (tunjuk sebab).”
Semalam, Gobala yang juga bekas Naib Presiden KEADILAN mengumum keluar parti dan melepaskan semua jawatannya dalam parti. Sebelum ini, beliau juga sembarangan mengkritik pimpinan parti melalui twitter tanpa mengikut prosedur sewajar.
Tindakan itu dipercayai diambil selepas Gobala dipercayai tidak berpuashati tidak dilantik sebagai Naib Presiden bagi mewakili masyarakat India dalam KEADILAN.
Beliau sebelum ini mempertikaikan pelantikan N Surendran, seorang peguam hak asasi manusia sebagai Naib Presiden KEADILAN yang baru.
www.keadilandaily.com

Pelihara hak moral, akhlak sesama manusia – ulama Syria
MELAKA: Definisi hak asasi manusia konvensional yang diguna pakai di seluruh dunia hari ini masih tidak lengkap kerana ia tidak melindungi hak manusia untuk mempertahankan moral dan akhlak mereka, kata ulama terkenal dari Syria, Professor Dr Wahbah Zuhaili.
Beliau membuat kenyataan itu sewaktu berucap pada Seminar Maqasid Syariah dalam Masyarakat Majmuk di Hotel Straits Meridian Bukit Baru Melaka.
Seminar itu dipengerusikan Naib Presiden Wadah, Datuk Mohd Idris Jauzi dan ahli panel lain adalah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Penerangan KEADILAN merangkap Timbalan Presiden Wadah, Dr Muhammad Nur Manuty, dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.
Berucap lebih lanjut, Dr Wahbah berkata maqasid syariah (matlamat peringkat tinggi syariah) yang salah satu tujuannya memelihara kehormatan manusia dilihat mampu untuk melengkapi definisi hak asasi manusia.
“Maqasid syariah adalah pilihan terbaik untuk membentangkan isu hak asasi manusia. Hak asasi telah ada dalam Islam sejak Islam diutuskan dari dahulu lagi,” kata Dr Wahbah.
Dalam ucapannya, beliau sempat menyeru hadirin, Islam dan bukan Islam, untuk bersama menyokong kebangkitan Islam.
Ini kerana, menurut Dr Wahbah, Islam tetap menegakkan kebenaran dan mengangkat keadilan tanpa mengira agama dan bangsa.
“Saya menyeru rakan-rakan semanusia, yakinlah Islam tetap menegakkan kebenaran dan mengangkat keadilan.
“Kebangkitan Islam tidak langsung akan membawa kehinaan kepada agama lain,” kata Dr Wahbah.
Malahan, pertumpahan darah adalah haram di sisi Islam kerana semua manusia adalah hamba di sisi Allah, kata Dr Wahbah.
Anwar sewaktu gilirannya berucap pula menyatakan kebimbangannya terhadap tahap kefahaman Islam di kalangan masyarakat di Malaysia hari ini.
” Malaysia hari ini lebih takut kepada isu negara Kristian yang sebenarnya tidak wujud dan sengaja digembar-gemburkan pihak tidak bertanggungjawab,” kata Anwar.
Sedangkan pada masa yang sama, perkara yang lebih penting dan bersifat asas pula diabaikan, tambah Anwar.
“Syarak, qazaf dan sumpah yang tidak mengikut hukum pula diabaikan,” kata Anwar.
http://www.keadilandaily.com/

Matinya Seorang Osama
Oleh:Hishamuddin Rais
Ketika bangunan World Trade Center di New York dilanggar kapal terbang aku duduk dalam satu sel dengan Tian Chua di kem tahanan Kamunting. Kami dikawal dari mengetahui apa yang berlaku di luar penjara. Akhbar yang dimiliki United Malays National Organisation hanya diberi enam bulan selepas kami ditahan. Akhbar ini pun dipotong-potong untuk memastikan kami tidak tahu apa yang sedang berlaku diluar penjara. Hasilnya aku ketinggalan dengan semua bentuk berita.
Aku tidak mengetahui berlakunya serangan ke atas WTC di New York pada Selasa itu. Hanya esoknya, hari Rabu Elizebeth Wong datang melawat Tian Chua dan dia membawa berita ini. Aku dengan serta merta merasa agak was-was tentang perkara sebenarnya yang berlaku. Percambahan fikrah aku tidak membenarkan aku menerima dan menelan bulat-bulat apa sahaja fakta dari kuasa daulah tanpa ditapis.
Dalam masa yang sama – tidak jauh dari blok aku ialah blok Al-Maunah. Warga Al-Maunah ini sampai ke Kamunting beberapa bulan lebih awal dari aku. Bila aku menyelidik dan bertanya dengan anggota Al-Maunah ini sendiri maka aku lihat mereka diperangkap dengan satu mondus operandi operasi hitam untuk menghalalkan penggunaan ISA – penjara tanpa bicara.
Bila aku kaji kes Al-Maunah maka aku merasakan ledakan WTC ini juga adalah satu operasi hitam. Tetapi pada ketika itu pembacaan dan maklumat yang mungkin dapat aku cungkil tidak wujud. Dari Kamunting tidak mungkin aku dapat menganalisa dan mengkaji latar belakang serangan pada 9/11 ini.
Satu minggu sesudah 9/11, aku telah di bawa ke Kuala Lumpur untuk bicara kes tunjuk perasaan Reformasi. Dari Kamunting kami di bawa ke Rumah Pasong Sentul sebelum kami dipindahkan ke satu tempat sulit di pinggir kota Kuala Lumpur. Di rumah pasong inilah kali pertamanya aku melihat klip dua buah kapal terbang yang menuju ke arah ke WTC kemudian meletup. Aku ternampak klip ini dari kaca TV di rumah pasong Sentul.
Aku tidak ambil pot tentang siapa Osama bin Laden. Untuk aku nama Bin Laden ini adalah nama busuk dari satu keluarga yang jahat. Sebelum 9/11 berlaku, pada tahun 1993 dahulu satu ledakan di Kerpan Kedah terjadi apabila seorang yang bernama Bin Laden telah merampas tanah sawah orang kampung untuk dijadikan kolam undang.
Aku masih ingat lagi benterokan berlaku awal tahun 90an di mana orang kampong telah bangun melawan apabila tanah sawah mereka dirampas. Manusia yang bernama Bin Laden ini telah berjaya merampas tanah sawah orang kampong dengan kerja sama United Malays National Organisation.
Mara ke hadapan dua tahun kemudian : Apabila aku dibebaskan dari Kamunting aku terus mencari sebanyak mungkin maklumat tentang WTC dan 9/11. Melalui internet aku mula mendapat pemahaman jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di New York pada 9/11 itu. Aku juga dapat melihat kembali detik-detik akhir sebelum ledakan itu berlaku. Aku juga dapat melihat George Bush bermuka poyo lagi tojo dalam bilik darjah ketika diberitahu pegawai sulitnya tentang serangan ini.
Gambar fail
Semakin banyak bahan yang aku baca – semakin meyakinkan aku bahawa 9/11 adalah kerja orang dalam. Ini samalah seperti apa yang terjadi kepada kumpulan Al-Maunah. Pada hemat aku penangkapan Al-Maunah ialah agenda Mahathir pada tahun 2000. Ketika ini imej Mahathir dilihat sebagai bangkai oleh orang Melayu.
Justeru satu sandiwara rompakan bersenjata dipentaskan di Sauk untuk menimbulkan simpati orang Melayu kepada Mahathir Muhamad. Juga dengan sandiwara bersenjata Al-Sauk Al Maunah ini Mahathir sedang menyediakan persetujuan orang ramai untuk menangkap pemimpin Gerakan Reformasi.
Justeru – apabila 10 orang aktivis Reformasi dan kepimpinan KEADILAN ditangkap – kami dituduh secara gelap merancang menggunakan senjata untuk menggulingkan Mahathir Muhamad. Jelas, Al Maunah hanyalah pembuka jalan untuk tangkapan beramai-ramai.
Sayangnya, agenda Mahathir dengan Operasi Al-Sauk Al-Maunah ini dijadikan bahan lawak orang ramai. Orang ramai diberi tahu bahawa tiga buah Pajero telah berjaya membawa lari 4 tan senjata dalam masa 15 minit. Apabila berita ini muncul satu negara ketawa besar. Lawak Pajero ini menjadikan rancangan Mahathir Muhamad terbarai.
Untuk menolak gurindam dan seloka Al-Sauk Al Maunah ini, babak rompakan ini dipentaskan semula untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa memang rompakan ini boleh berlaku dalam masa 15 minit dan 4 tan senjata boleh dimuatkan dalam tiga buah kereta Pajero.
Nasib tidak menyebelahi Mahafiraun - nama manja Mahathir ketika itu. Tidak ada sesiapa ambil pot tentang lakonan semula rompakan senjata ini. Imej Mahathir terus merundum hingga ke hari ini. Ini samalah dengan apa yang terjadi kepada George Bush sesudah 9/11.
Kajian demi kajian dibuat tentang apa sebenarnya berlaku sebelum dan sesudah pada 9/11. Maklumat baru muncul, maklumat tersorok dicungkil, gambar baru muncul, kenyataan yang cuba ditenggelamkan dibuka kembali – akhirnya lebih dari 50% warga Amerika tidak percaya dengan maklumat yang diberikan oleh Rumah Putih, tentera atau FBI.
Dalam masa yang sama semakin ramai sosok-sosok berwibawa dan berjawatan tinggi dalam kerajaan mula mempersoalkan ‘kerja orang dalam ini’. Mereka yang mempertikaikan naratif rasmi ini bukan ‘kecik anak’. Morgan Reynolds bekas penasihat ekonomi di bawah Bush Senior, Paul Roberts Ketua Nasa dari Jabatan Pertahanan, Michel Meacher bekas Menteri Alam Sekitar United Kingdom ( 1997-2003) adalah diantara sosok yang bangun dan bersuara kerana kesangsian mereka terhadap apa yang berlaku pada 9/11.
Manakala Andreas Von Buelow bekas Menteri Pertahanan German secara terang terang mengeluarkan kenyataan dan menulis buku tentang konspirasi CIA yang mewujudkan 9/11.
Kemudian pada tahun 2005 aku dapat menonton dari YouTube filem dokumentri bernama ‘Loose Change’. Dokumentri ini dengan berjaya telah membuktikan bahawa ledakan WTC pada 9/11 adalah kerja orang dalam. Malah aku sendiri terperanjat kerana ada beberapa fakta baru yang tidak aku sedari telah ditimbulkan oleh ‘Loose Change’.
Mungkin hingga ke hari ini aku rasa masih ramai warga dunia tidak menyedari bahawa pada 9/11 itu bukan dua (not two) tetapi tiga bangunan runtuh. Bangunan ketiga ini dipanggil Building 7. Yang menjadi lawak besar (macam lawak Pajero AL-Maunah) Building 7 ini tidak ada kena mengena dan tidak diusik pun oleh kapal terbang yang dikatakan telah dibajak oleh Al-Qaida. Building 7 ini terbakar dengan sendiri dan akhirnya runtuh.
Sehari sesudah 9/11, George Bush dengan tangkas telah menuduh ledakan WTC adalah kerja Al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama Bin Laden. Justeru, semenjak 9/11 berlaku nama Osama telah menjadi nama yang digunakan untuk mengolah persetujuan warga dunia agar menyokong kuasa imperilis Amerika dalam tindakan untuk menyerang Iraq, Iran, Afghanistan dan Pakistan.
Di era Perang Dingin dahulu – sebelum runtuhnya Tembok Berlin – yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan rakyat dunia ialah Russsia dan Komunis. Selesai Perang Dingin ini Osama dan Al-Qaeda telah dijadikan hantu baru untuk menakutkan warga dunia dan menghalalkan perang dengan strateji yang dipanggil – perang menentang keganasan.
Dengan jelas aku melihat bahawa seperti Al-Sauk Al-Maunah di mana Mahathir Muhamad ingin meneruskan agenda politik untuk memperkayakan kroninya - George Bush juga menggunakan Osama untuk menyerang Iraq dan Afghanistan. Di Iraq ‘military industrial complex’ - kuasa industri senjata Amerika ingin menawan telaga minyak. Di Afghanistan pula yang ingin ditawan ialah punca-punca gas.
Apabila berita Osama ditembak mati di Abbotabad Pakistan aku juga tidak ambil pot. Ini bukan kerana aku masih lagi dalam Kamunting. Aku tidak ambil pot kerana dari apa yang aku kaji dan aku baca – amat jelas bahawa Osama ini adalah perkakas yang digunakan CIA. Macam selipar jepun, macam skrew, macam beg palstik – semua ini boleh kita gunakan untuk satu ketika.
Skrew mungkin berkarat. Selipar jepun mungkin talinya terputus. Beg plastik mungkin telah terkoyak – maka semuanya boleh dibuangkan bila tidak boleh digunakan lagi. Bagitulah juga dengan sosok yang bernama Osama Bin Ladin. Jangan silap faham – bukan aku tidak menghormati orang yang telah meninggal dunia.
Tetapi untuk sesiapa yang rajin membaca dan mengkaji tentang sejarah 9/11 dan sejarah Osama akan mengakui bahawa Osama ini hanya perkakas CIA. Puluhan buku telah ditulis. Ratusan dokumentari telah dibuat. Semuanya menunjukkan bahawa Osama ini adalah apa yang dipanggil ‘asset’ dalam pengistilahan CIA. Asset ialah manusia yang bekerjasama dengan CIA dan memiliki hubungan dengan badan perisik Amerika ini.
Dari segi fakta sejarah – hubungan antara Osama dengan CIA ini terjalin pada awal tahun 80’an dahulu di Afghanistan. Ketika ini tentera Soviet Union/Russia telah menduduki Afghanistan. Amerika yang memusuhi Russia secara bijak dan terancang telah melaungkan trompet ‘jihad melawan komunis’. Berbondong bondong anak muda Islam datang untuk menyahut laungan CIA ini. Ketika ini sesiapa sahaja yang bangun melawan Russia di Afghanistan akan dipanggil Mujahidin.
Tetapi CIA memiliki satu masalah – tidak mungkin seorang Mat Saleh dari Boston atau New York yang minum arak dan bertogel siang malam dapat memimpin gerakan ‘jihad’ ini. Imej Islamik amat amat diperlukan. Maka disinilah munculnya peranan Osama Bin Laden. Seorang Arab, warak beragama, berjanggut mengikut sunnah nabi dan dikatakan kaya dan memiliki dana melimpah ruah. Sudah tepat – Osama adalah ‘asset’ terbaik untuk CIA.
Duit mula meloroh masuk membantu Mujahidin yang sedang berjihad melawan komunis. Duit dan senjata dari CIA ini dikatakan datang dari sedekah dan zakat warga Arab yang kaya raya. Bayangkan betapa gembiranya para Mujahidin apabila mendengar Muslim dan Muslimat bersedekah membantu mereka. Tetapi ada orang yang lebih bergumbira; kuasa imperial Amerika amay amat gumbira kerana ada orang lain yang mati melawan musuh Amerika. Inilah peranan Osama Bin Laden.
Aku tidak menafikan dan memperlekehkan niat suci Osama dan niat baik anak anak muda yang datang ‘berjihad’ di Afghanistan pada ketika itu. Sama seperti apa yang berlaku kepada tim silat Al-Maunah. Ada agenda tersorok yang lebih besar. Mereka hanya menjadi pekakas. Dibelakang niat suci dan niat baik para Mujahidin ini adalah agenda kuasa imperial dan kuasa industri tentera Amerika untuk mendirikan satu kerajaan dunia di bawah telunjuk Amerika Syarikat.
www.keadilandaily.com
LEBIH BAIK?
Adalah lebih baik Malaysia mengamalkan sistem dua parti seperti di US atau Britain. Ini memberikan parti yang memerintah satu jangka masa yang pendek sahaja, dan tidak sempat untuk mengaut kekayaan negara untuk kepentingan pribadi dan suku-sakat. Oleh itu, dalam PRU ke 13 nanti marilah kita fikirkan logik atau tidak kita menukar parti pemerintah yang ada, yang telah lebih 50 tahun memerintah,mengumpul kekayaan untuk diri dan keluarga.
2. Rakyat marhaen hanyalah dapat mendengar dan menonton projek bernilai berbillion ringgit, tetapi duitnya entah ke mana?
3.Mengapa anak orang politik boleh jadi jutawan segera, seperti anak-anak Mahathir, anak-anak Paklah, anak Lee Liong Sik, Adik DS Najib -Nazir Razak dan sebagainya. Kenapa baru jadi Ketua Pemuda, Ketua Bahagian sudah boleh pakai mercedes?
4.Cubalah taun-tuan fikir di mana datangnya wang itu.
5.Jika seorang kerani bekerja 30 tahun pun dalam kerajaan, gaji keseluruhannya tidak akan mencapai satu juta ringgit. Marilah kita fikirkan bersama masalah rakyat marhaen ini. Kenapa di Amerika penganggur pun ada elaun? Di sesetengah negara air, api, perubatan dan pendidikan adalah percuma. Ia adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah, bukan meminta cukai dari kita yang gaji tidak seberapa ini.
6.Fikirkanlah juga apa akan jadi kepada Malaysia 10 tahun lagi jika tampuk kuasa dipegang oleh golongan yang sama? Tuan-tuan yang belajar tinggi, ada ijazah berjela, ada otak yang kritis, fikirkanlah masa depan negara dan rakyat Malaysia ini.
Terima kasih.

Sunday, May 1, 2011
PESTA BUKU, SASTERA DAN POLITIK
Di PWTC,Ibu negara berlangsung pesta buku yang bermula pada 22 April dan berakhir 1 Mei,2011. Penulis sempat menjengah pesta buku tersebut pada hari Sabtu 30 April,2011. Melihat kehadiran orang ramai, kita percaya rakyat Malaysia tua dan muda kuat membaca. Untuk mendapatkan tempat parking di aras 4 sahaja sudah memakan masa satu jam. Bayaran yang dikenakan adalah RM8.00, agak mahal. Namun kena bayar juga sebab mahu tengok pesta buku. Dan buda-budak pula mahu melawat kedai pink Ain Maisarah, penulis novel popular nombor wahid di Malaysia ketika ini. Sempat juga penulis menjenguk kedai Ain Maisarah, tetapi kerana terlalu ramai manusia, hajat anak-anak terpaksa dilupakan begitu sahaja. Hajat berjumpa Ain Maisarah tertangguh ke satu tarikh yang tidak pasti. Begitu ramai remaja, kebanyakannya masih bersekolah yang memenuhi ruang kedai pink itu untuk mendapatkan tanda-tangan Ain Maisarah sehingga tiada ruang untuk anak-anak mencelah.
2. Selanjutnya penulis mengunjungi PTS Publication, milik Puan Ainon, namun dia tiada di situ, dan seorang penulis pun tidak kelihatan. Akhirnya penulis bertemu dengan gerai Ahmad Muhajir, kolumnis Harakah ruangan emel dari seberang . Itu sahaja yang dapat ditemui. Kami sekeluarga berjalan-jalan lagi dan akhirnya bertemu Dawama, pengedar buku-buku DBP. Penulis sempat membeli beberapa buah buku dengan diskaun yang agak tinggi juga.Alhamdulillah.
3. Sebenarnya penulis lama juga tidak mengikuti perkembangan sastera tanahair. Sebab utama ialah bila kita menumpukan diri kepada bidang sastera, kita tertinggal bidang politik, dan blog ini pun tidak dapat dikemaskini. Hanya ada beberapa penulis yang mampu melakukan atau menguasai kedua-dua bidang berkaitan sekaligus seperti Allahyarham Zakri Abadi, dan yang masih aktif,Rahman Shaari. Yahya Ismail, bila beliau menumpukan kepada penulisan bidang politik, bidang satera tertinggal terus. Yahya Ismail adalah penulis beberapa buah buku sastera yang penting seperti Sastera Melayu Moden Dalam Esei dan Kritik dan Mengkaji Fiksyen. Buku-buku ini penting untuk rujukan pengajian tinggi, khasnya di peringkat ijazah.Beliau juga banyak menulis cerpen, antara yang kontraversi ialah Maharaja Beruk, yang menyindir mantan PM Mahathir Mohamed.
4.Kini sastera Malaysia ketandusan dalam dunia kritikan. Dewan Sastera April,2011 menyuarakan hal ini. Beberapa tulisan di akhbar juga mempersoalkan hal yang sama. Tidak diketahui ke mana pergi para kritikawan kita, atau apakah bidang itu tidak menghasilkan pulangan lumayan? Sebab dewasa ini manusia mementingkan pulangan yang lumayan, seperti apa yaang dilakukan oleh Ain Maisarah dan lain-lain penulis novel polular. Namun jika kita terlalu menumpukan kepada novel popular, bilakah kesusasteraan kita akan menjadi matang? Kita belum ada tokoh semisal Pramoedya Ananta Toer, atau BH Jassin dan Iwan Simatupang. Iwan Simatupang dikagumi kerana membawa aliran absurdisme dalam karya-karyanya, samada novel mahupun drama.
5.Penulis sendiri pun dalam dilema, samada mahu menumpukan perhatian dalam bidang politik, atau pun sastera. Kedua-dua bidang memerlukan pembacaan dan pemerhatian yang banyak.Namun sastera dan politik mempunyai kaitan yang rapat. Ada tokoh sastera ada yang terlibat dalam politik eperti SN Shahnon Ahmad. Ada juga sastera dipolitikkan seperti novel Interlok baru-baru ini yang menimbulkan polemik yang agak panjang. Walau bagaimanapun, kesemuanya itu menuntut kematangan, dan bukan boleh dilakukan secara rambang atau rawak sahaja.
alkundangi,
1 Mei,2011.

Berkat Solat Hajat Bos BN makin MEROYAN (kronologi)
BERKAT kita di dalam PR sering melakukan sembahyang hajat dan tidak putus-putus berdoa, maka hari ini kita dapat melihat kesannya ke atas musuh kita. Najib, Muhyiddin dan Umno kini kepanasan tidak tahu lagi arah haluan mereka.
Umno kini boleh diibaratkan sebagai kera sumbang. Di dalam Bn, Umno kini terpulau oleh MCA dan Gerakan akibat kelakuan Umno yang hanya pentingkan diri sendiri.
MCA dan Gerakan telah melihat sendiri betapa kaum Cina yang diwakili oleh mereka selama ini telah berpaling kepada DAP. Kebijaksanaan kaum Cina berpolitik amat merunsingkan Umno, justeru itu akhbar milik mereka Utusan Malaysia serta dibantu oleh PERKASA terpaksa memainkan isu perkauman.
Najib berada di dalam dilema untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Bn. Maka, tanpa rasa segan silu mereka cuba mempengaruhi DAP untuk menyertai Bn akibat tidak lagi percaya kepada MCA dan Gerakan. Apabila DAP tegas menolak cubaan Bn yang penuh tipu muslihat itu, maka mereka terpaksa beralih arah kepada PAS pula.
Di Terengganu semalam, Najib dengan wajah penuh harapan menyeru agar PAS keluar dari PR. Beliau sedar, mustahil buat PAS untuk bersama dengan Umno yang sekular dan meredhai politik lucah itu maka Najib berkata tidak perlu PAS bersama Umno asalkan keluar dari PR.
Hujah Najib kununnya DAP yang mengganti PAS kini, malangnya Najib gagal menyebut satu pun bukti di atas dakwaannya itu. Seperti biasa Najib hanya berani menyalak di gelanggang sendiri, dan saya percaya 110 % jika pemimpin PAS cabar Najib berdebat atas isu ini Najib pasti akan menyorok di belakang Rosmah.
Inilah yang dikatakan keberkatan solat hajat kita selama ini. Sikit demi sedikit Allah telah tunjukkan kepada kita betapa Umno kini kepanasan dan hilang arah. Umno tidak lagi tahu siapa sebenarnya kawan yang boleh dipercayai. Umno kini kera sumbang./wfauzdin.blogspot.com
Kronologi Najib 'mintak nyawa' untuk selamatkan Barisan Nasional:
UMCO Tebal Muka Pelawa DAP Sertai BN?
KUALA LUMPUR, 26 April: Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN).
Menurut sumber, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.
Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini.
Pelbagai pihak dalam MCA termasuk presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek menyerang Utusan ekoran cadangan salah seorang editornya.
Antaranya MCA cadangkan agar Utusan diboikot oleh seluruh rakyat Malaysia. Ekoran itu, ada yang beranggapan langkah menjemput DAP ini adalah mesej Umno kepada MCA.
Tengah hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil sidang media tergempar di pejabat DAP Pusat namun tidak diketahui apakah isu ini berkaitan.
Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini.
Umno sebelum ini berjaya memecahkan PAS kepada dua kumpulan melalui agenda kerajaan perpaduan yang dicadangkan presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Yang dicadangkan Ustaz Abdul Hadi adalah kerajaan yang menggabungkan Pakatan Rakyat dan BN tetapi yang dispinkan oleh media Umno dan aparatus mereka adalah perpaduan antara PAS dan Umno yang sangat sensitif itu.
Kini selepas gagal menghancurkan DAP dengan pelbagai usaha menyerang, pendekatan baru dibuat dengan menghulurkan tangan persahabatan dengannya.
Dan ini jawapan DAP:
DAP tolak pelawaan Umno sertai BN
DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
"Sehingga kini kita tidak tahu apa-apa lagi tentang hal ini sehinggalah kita diberitahu hari ini, namun kalau adapun kita akan kekal bersama Pakatan Rakyat," kata Guan Eng ketika ditemui sejurus selepas sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini.
Bila usaha mempelawa DAP tidak berjaya, DAP menjadi anggur masam.... Najib beralih kepada PAS dan memperlekeh DAP!
Najib sekali lagi ajak PAS sertai BN
KUALA TERENGGANU, 30 April — Datuk Seri Najib Razak meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?“
Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini.
Pada hari yang sama, PAS bulat-bulat menolak pelawaan Najib yang sudah tenggelam-timbul kelemasan..
PAS tolak pelawaan Najib, dakwa Umno-BN terdesak
KUALA LUMPUR, 30 April – Sambil mengucapkan “terima kasih” kepada Datuk Seri Najib Razak, PAS dalam reaksi segera menolak sama sekali pelawaan terbaru Perdana Menteri agar parti Islam itu menyertai Barisan Nasional (BN).
“Terima kasihlah atas jemputan, kami akan tetap setia dengan Pakatan Rakyat dan tidak akan meninggalkan semangat kesetiakawanan yang sudah dibentuk dengan PKR dan DAP,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.
Dengan tebal muka, Najib meneruskan usaha untuk memecahkan perpaduan dalam PR
Jika PAS tidak mahu menyertai BN, Najib saran PAS keluar daripada Pakatan rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta Pas keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.
Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. "Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang),” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, Terengganu.
TG Nik Aziz jawab, "Itu cerita lama...."
Nik Aziz: Pelawaan kepada PAS sertai BN cerita lama
KOTA BARU, 30 April – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang konsisten menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik Umno-PAS menegaskan, pihaknya tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat sebagaimana diminta oleh Datuk Seri Najib Razak.
Najib menyentuh isu berkenaan dua kali di Kuala Terengganu sempena lawatan kerja ke negeri itu hari ini.
Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pandangan dilontarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno itu adalah satu isu lama.
“Ini (meninggalkan Pakatan) adalah isu lama,” kata Nik Aziz di sini hari ini.
Malah TG Nik Aziz pernah memperkatakan perkara yang sama pada bulan September 2009 dulu lagi:
Rundingan dengan Umno, perkara lama
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sebarang rundingan dengan UMNO selagi parti itu masih memperjuangkan dasar kebangsaan dan tidak memperjuangkan Islam.
Nik Abdul Aziz berkata, cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berunding dengan Pas demi kepentingan umat Islam di negara ini boleh dianggap sebagai 'cerita lama'.
“Ini cerita lama. Nak berunding apa lagi, nak runding apa. Kalau nak runding fasal petroleum Kelantan bolehlah. Kalau nak tentu tarikh bila MB Kelantan pergi Kuala Lumpur yang itu boleh runding,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim dekat sini, semalam.
Dan TG Haji Hadi memberikan pukulan maut kepada rayuan Najib
TGHH: Kami tetap bersama PR tegakkan keadilan, menentang kezaliman
Membalas kenyataan Datuk Seri Najib Razak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti teras BN itu untuk menyertai PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan bagi semua kaum.
"Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" kata beliau dalam satu kenyataan.
Dalam laporan dibawa Harakah Daily hari ini, Presiden PAS itu menegaskan, seruan Najib semalam adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.
Semalam, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN.
Ayoyo Najib... mengorat DAP, DAP tolak, berpatah balik kepada PAS, PAS tak hingin... dah jadi macam budak tadika. Meroyan le jawabnya. Masa terus berjalan dan semakin menekan Najib, BN dan umno-umnonya.. Jangan mempermudahkan Solat Hajat yang dilakukan oleh umat Muhammad SAW yang teraniaya dan dizalimi.
http://dusunonline.blogspot.com

Tuesday, April 19, 2011
Dari PRN Sarawak ke PRU ke-13
Oleh:Lim Hong Siang
Sesungguhnya, pilihan raya menjadi "pungutan suara" yang berkuasa untuk menentukan masa depan rakyat. Maka ia boleh dikatakan "referendum" untuk menguji dasar-dasar kerajaan, mahupun pandangan rakyat terhadap isu-isu tertentu. Dari perspektif Sarawak, tema besar pilihan raya negeri ini adalah "kekal-undur Taib Mahmud"; sementara dari perspektif Malaysia secara keseluruhannya pula, ia mungkin penilaian kepada gagasan "1Malaysia" oleh Perdana Menteri Najib Razak.
Apapun keputusan malam ini, dari "BN kehilangan lebih kerusi berbanding tahun 2006", kepada "penafian majoriti dua pertiga BN", hinggalah "tumbangnya kerajaan Barisan Nasional"; mahupun "mengekalkan status quo" - suasana sepanjang kempen pada hakikatnya telah menunjukkan petanda-petanda yang harus diberi perhatian.
Apabila puluhan ribu manusia membanjiri ceramah di kawasan bandar, semalam, jawapannya sudah jelas - kemenangan moral untuk Pakatan Rakyat. Najib dan Taib Mahmud tidak perlu melihat kepada peti undi untuk "mendengar suara rakyat" - hanya dengan gambar lautan manusia sudah cukup lantang untuk menjelaskan segala-galanya.
Senjata BN
Bukan dakwaan yang baru untuk mengatakan bahawa "pemimpin BN sudah lama terpisah dari akar umbi masyarakat sehingga gagal memahami masalah dan kehendak sebenar rakyat", namun kesilapan ini nampaknya tidak diperbetulkan, atau diperbaiki - sehingga Najib tersilap tafsir untuk mencatur strateginya kali ini.
Sememangnya peranan Anwar Ibrahim diiktiraf ketika "tsunami politik" melanda Semenanjung Malaysia pada 8 Mac 2008, namun terdapat sedikit perbezaan dengan keadaan PRN Sarawak 2011. Menjadikan Anwar sebagai sasaran untuk menangkis sentimen "Undur-Taib" dan ketidakpuasan lantaran pencerobohan tanah adat - jelas gagal menyelesaikan masalah.
Misalnya, Najib dilaporkan bertanya kepada penduduk tempatan sama ada mereka tahu cerita "jam tangan Omega", jelas bertujuan untuk memalit Ketua Pembangkang Parlimen dengan "klip video seks" yang tersebar. Polis dikatakan sudah mengenalpasti identiti lelaki dalam klip video seks. Malah, apabila keadaan kian terdesak, tiba-tiba wawancara eksklusif TV3 bersama Raja Petra Kamaruddin disiarkan untuk membersihkan nama Najib dan Rosmah, sebelum melontarkan kritikan terhadap Anwar.
Apakah isu "jam tangan Omega" dan "kritikan Raja Petra" relevan di Sarawak, ataupun meredakan ketidakpuasan orang asal yang marah kerana hak tanah adat dicabuli? Jawapannya bakal diketahui malam ini.
Senjata PRU ke-13 terdedah
Apa yang menariknya, pada saat-saat BN terdesak untuk menyerang dengan apa yang ada dalam tangan, ia mendedahkan wajah "1Malaysia" sebenarnya kepada seluruh warga Malaysia, yang sedang menunggu PRU ke-13. Sudah tentu senjata "RPK" akan hilang mujarabnya jikalau ingin digunakan semula dalam PRU ke-13. Agak jelas, RPK lebih berpengaruh di kalangan warga bandar, berbanding penduduk rumah panjang. Ia mungkin mencerminkan betapa terdesaknya BN untuk menggunakan senjata ini terlebih awal, dan ia mungkin lebih mengecewakan BN apabila kesannya tidak sampai sebagaimana yang diduga.
Malah, pertarungan BN kali ini mendedahkan wajah "transformasi" sebenar BN. Media internet alternatif, Sarawak Report, Free Sarawak Radio, Malaysiakini dan Harakah Daily diserang sehingga tergendala pada saat-saat genting BN - mencetuskan kemarahan warga internet. Biarpun tiada bukti di mana datangnya serangan siber sedemikian, namun "persepsi" ramai semestinya menuding jari kepada BN.
Penaburan "gula-gula" melalui peruntukan sepanjang PRN bukan strategi baru, malah "penyogokan" yang diadu selama ini. Integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi tergadai, untuk memberi laluan kepada BN yang bertekad mempertahankan kuasa.
Lebih-lebih lagi, halangan kemasukan ke Sarawak yang dikenakan ke atas aktivis seperti Steven Ng, Wong Chin Huat, Haris Ibrahim, Ambiga Sreenevasan dan Syed Ibrahim turut menonjolkan "keangkuhan" kerajaan untuk menyalahgunakan kuasa sewenang-wenangnya.
Kesemua adegan ini berlangsung di depan warga seluruh Malaysia, yang menunggu-nunggu untuk mengundi dalam PRU ke-13.
Siapa bertanggungjawab?
Apa yang pasti, PRN Sarawak cukup sengit untuk BN dan Najib. Keadaan ini diakui Najib sendiri, bahawa PRN Sarawak adalah cabaran paling sengit untuk BN dalam sejarah.
Persoalannya, siapa yang perlu dipertanggungjawabkan? Seandainya BN kehilangan banyak kerusi (sama ada majoriti dua pertiga dinafikan atau tidak), malah tumbang kerajaan negerinya - semestinya Najib akan mempersalahkan Taib Mahmud, sementara Taib (gambar kanan) pula akan menuding jari kepada BN persekutuan, misalnya isu Al-Kitab. Adegan tampar-menampar antara Najib dengan Taib akan berlanjutan.
Ia belum lagi termasuk pertimbangan sama ada "Sabah turut teruja dengan keadaan di Sarawak", "kesan pertelingkahan antara Taib Mahmud dengan persekutuan terhadap BN dalam PRU ke-13", "kemenangan PR yang menyuntik semangat baru", dan sebagainya.
Apapun kesudahannya, kemampuan Najib bakal dipertikaikan dalam BN. Curahan gula-gula nampaknya bukan jalan keluar untuk BN, kalaupun ya, itu hanya untuk sementara waktu sahaja. Politik untuk memalitkan musuh dengan "skandal seks" kelihatan seolah-olah meludah ke langit. Apakah ia harus diteruskan, atau dihentikan?
Pertarungan ini semestinya memberi petanda berwarna merah kepada Najib dan BN. PRU ke-13 kini lebih mungkin diadakan selewat-lewat yang boleh.
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.
http://www.merdekareview.com/bm

Thursday, April 7, 2011
BAGAIMANA MAHU MEMASYARAKATKAN HARAKAH?
Ibnu Lazim
Penulis merasa agak tertarik dengan tulisan Sdr. Ahmad Lutfi, Ketua Pengarang Harakah mengenai permasalahan pengedaran akhbar rasmi Parti PAS itu. Seingat penulis, Harakah diterbitkan sejak dekad 80an, dan kini usianya sudah melebihi 30 tahun. Jika ia seorang laki-laki, tentu ia tengah berada dalam keadaan yang cukup kuat tenaga dan susuk tubuhnya yang tegap umpama Semaun, tokoh utama dalam novel SN Shahnon Ahmad, Rentung. Penulis masih ingat watak berkenaan, kerana novel Rentung menjadi teks wajib dalam kesusasteraan Melayu sewaktu penulis mengambil peperiksaan SPM di sebuah Kolej di Kelang. Namun Harakah tidak seperti Semaun, ia bukan seorang pemuda kampung yang gagah dan sering melakukan kerja-kerja berat yang menggunakan tulang empat kerat. Sekurang-kurangnya Harakah tertakluk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia, dan berbagai-bagai akta penerbitan, akta rahsia rasmi dan sebagainya yang menghalang ia menunjukkan kekuatan sebenarnya.
Memang Harakah adalah satu-satunya akhbar parti oposisi buat masa ini yang masih kekal dalam pasaran, bahkan dinanti-nantikan terbitnya oleh sesetengah orang yang setia dengan Harakah. Walaupun begitu, Harakah pernah diberhentikan terbitnya buat beberapa ketika kerana masalah permit dari KDN. Akhbar-akhbar lain banyak yang tenggelam timbul, seperti MIngguan Kota yang lebih berat kepada Semangat 46 yang telah dikuburkan oleh pengasasnya sendiri, Tengku Razaleigh. Begitu juga dengan Watan, yang suatu waktu dulu agak bebas berbanding dengan Utusan dan Berita Harian. Watan yang sering memberikan pandangan kedua menurut Sdr.Subky Latiff, juga akhirnya lenyap, tidak mampu bertahan dengan arus deras yang melanda.
Memang ada waktu-waktunya akhbar Harakah sukar didapati, walaupun ada pengedarnya. Tidak diketahui ke mana perginya akhbar yang sering ditunggu-tunggu oleh ramai peminatnya yang dahagakan pandangan yang berbeza dari akhbar rasmi atau akhbar arus perdana (mainstream) yang hanya memberikan pandangan terbaik atau sehala bagi pihak pemerintah. Bila Sdr Ahmad Lutfi menyebutkan ada aktivis PAS yang tidak membaca Harakah dan tidak mempunyai maklumat yang cukup untuk menyampaikan apa yang benar, kita tidak pun terperanjat dengan hal sebegitu, kerana memang ada sesetengah ahli parti tidak membeli Al Harakah.
Selain dari masalah pengedaran, masalah ahli parti yang tidak membeli Harakah turut menyumbang kepada masalah yang ditimbulkan. Permintaan yang kurang mungkin menjadi salah satu sebab pengedar kurang berminat untuk mengedarkannya, selain ugutan dan sitaan dari pihak penguasa, terutamanya bila PRU kian hampir. Bolehkah kita mewajibkan setiap ahli PAS membeli Harakah? Penulis rasa ini adalah sesuatu yang sukar, kerana kadangkala sembahyang yang wajib itu pun tertinggal kerana sibuk dengan urusan duniawi. Kita barangkali boleh mengesyorkan setiap ahli PAS hendaklah melanggan akhbar rasmi parti ini. Jika tidak keahlian anda akan digantung! Tentu para ahli akan bersungut bahawa demokrasi dalam PAS sudah mati.
Salah satu caranya, kita mungkin boleh mewajibkan atau menyarankan pertubuhan-pertubuhan yang pro kepada perjuangan Islam membeli akhbar ini secara pukal dan mengedarkan kepada ahli-ahlinya. Kita juga boleh mencadangkan masjid-masjid dan surau-surau yang mempunyai lebihan peruntukan dari derma mingguan seperti derma hari Jumaat agar membeli akhbar Harakah secara pukal untuk 50 naskhah misalnya, dan diedarkan kepada anak-anak kariah yang ada dalam lingkungannya. Pertubuhan-pertubuhan yang setia kepada Islam juga patut berbuat demikian, supaya Harakah dapat di”khalayakkan”. Dengan begitu, tiada lagi alasan bahawa wang tidak cukup untuk membeli Harakah, atau Harakah tiada di pasaran.
Memasarkan sesebuah akhbar atau majalah adalah tugas di bahagian pemasaran. Namun dalam hal ini, Harakah adalah milik Parti Islam, dan orang Islam turut bertanggungjawab dalam memasarkannya. Betul seperti kata Ahmad Lutfi, kadangkala membeli sejumlah Harakah lalu didermakan kepada masjid-masjid dan surau-surau adalah lebih baik dari mendermakan sejumlah wang ke dalam tabung-tabung masjid dan surau atau lain-lain tabung, kerana Harakah adalah akhbar rasmi milik pembangkang yang satu-satunya masih mendapat permit dari KDN. Ia juga berjaya memberikan pandangan kedua yang berbeza dari media arus perdana. Apa yang dirasakan lebih baik ialah golongan hartawan haruslah mengambil bahagian dalam masalah ini, dengan membeli Harakah secara pukal dan mendermakannya kepada institusi-institusi masyarakat yang lain agar mereka turut sama membaca akhbar ini. Dengan cara begini akhbar Harakah dapat dimasyarakatkan dan disebarluaskan kepada khalayak ramai.
Memang kita ada saluran lain, iaitu blog dan laman-laman web yang pro kepada perjuangan Islam, tetapi berapa ramaikah yang membuka Harahdaily misalnya. Penulis pernah memberitahu rakan-rakan supaya membaca satu-satu artikel, dan artikel itu terdapat dalam Harakahdaily. Mereka terus bertanya apakah alamat laman webnya?. Inilah yang penulis alami sendiri, ahli PAS sendiri tidak tahu apa alamat laman web Harakahdaily. Namun Harakahdaily mempunyai peranan dan audiennya sendiri, dan untuk menatapinya harus ada sebuah komputer yang ada talian internet.
Seperkara lagi, mungkin pemaparan berita, rencana dan sebagainya harus boleh disesuaikan dengan selera anak-anak muda kini yang nampaknya tidak begitu berminat dengan gerakan Islam, bahkan sesetengah darinya menjauhkan diri dari jamaah Islam, tidak seperti tahun-tahun 80an dahulu yang sering mengekori ke mana sahaja TG Abdul Hadi memberikan ceramah atau kuliah. Remaja kini lebih suka melepak di kafesiber dari di masjid-masjid dan surau-surau. Mereka perlu dikembalikan ke masjid dan surau, dan digalakkan membaca Harakah, kerana dengan begitu akhbar ini dapat dimasyarakatkan ke segenap lapisan.
Harakah,Bil.1629,8-10 April,2011.

Thursday, March 31, 2011
BLOG SEBAGAI PENYAMPAI BERITA ALTERNATIF*
Ibnu Lazim
Pada tahun 1998, selepas DS Anwar ditangkap di bawah ISA, laman web-laman web pro reformasi berkembang dengan pesatnya.Antara yang terkenal adalah laman Mahazalimtwo dan AlIslah. Maka bermunculanlah penulis-penulis laman web berkenaan seperti cucumatkilau, marhaentua,marhaen muda, jabat dan sebagainya.Sebahagian dari penulis-penulis yang tidak berbayar ini kemudiannya membuat laman atau blog sendiri yang berkembang pada alaf 21 ini.Mereka bebas menulis,mengulas keadaan politik semasa dan sebagainya.Mereka berkorban tenaga,masa dan wang ringgit untuk menyedarkan rakyat tentang penyelewengan pemerintah, kezaliman mereka dan sebagainya. Berkat usaha mereka itu, rakyat kini sudah semakin sedar tentang yang mana salah yang mana betul. Hasilnya kini Pakatan Rakyat menguasai 5 negeri, di mana satu darinya,Perak dirampas secara tidak sah oleh pemerintah,Barisan Nasional.
Sejak PRU ke 12, sudah enam belas kali pilihanraya kecil diadakan, disebabkan oleh kematian wakil rakyat atau mereka meletakkan jawatan. Dari 16 pilihanraya kecil itu, 8 dimenangi oleh Pakatan Rakyat. 8 kerusi lagi dimenangi oleh parti pemerintah (Berita Harian,7 mac,2011). Ini membuktikan betapa berkesannya laman-laman web pro Pakatan Rakyat dan blog-blog yang turut sama menyingkap kelemahan dan kebobrokan yang dilakukan oleh pemerintah yang hanya mementingkan kroni dan suku sakat mereka sahaja dalam agihan ekonomi negara. Rakyat yang tidak menyokong mereka dibiarkan hidup melarat. Hasilnya kerajaan semakin kehilangan sokongan dari masa ke masa, dan kemungkinan akan tewas pada pilihanraya akan datang. Pertukaran kerajaan adalah satu perkara biasa dalam sejarah. Jika UMNO-BN kalah pada pilihanraya akan datang dan kehilangan kuasa tampuk pemerintahan, mereka harus menerimanya sebagai satu putaran sejarah yang tidak dapat dielakkan. Sejarah adalah sesuatu yang sering berulang. Ia juga adalah pengajaran bagi mereka yang tahu menilainya.
Demikianlah kekuatan blog yang mampu membina fikiran dan mengubah pandangan masyarakat sehingga beralih arah kepada pembangkang yang kemungkinan akan menjadi kerajaan pada mada akan datang. Blog lebih bebas sifatnya, dan tidak begitu terikat dengan undang-undang yang sedia ada, kecuali undang-undang multimedia yang dikuasai oleh kementerian yang dipertanggungjawabkan. Namun ada juga para blogger diambil tindakan undang-undang, seperti apa yang dialami oleh Kickdefella dan Raja Petra Kamaruddin, dan yang terbaru, Suhaimi. Namun keseluruhannya laman blog lebih bebas dari media cetak dan media elektronik.
Oleh yang demikian, laman-laman blog lebih bebas menyuarakan pendapat dan pandangan, dan lebih dipercayai terutama oleh golongan muda dan berpendidikan. Sementara golongan tua dan konservatif lebih mempercayai media cetak dan media elektronik yang dikuasai oleh pihak kerajaan. Dengan begitu, peranan laman-laman blog dalam merubah pemikiran masyarakat adalah sesuatu yang tidak dapat diketepikan begitu sahaja, dan ada kemungkinan pengaruhnya lebih besar dari media cetak dan media elektronik. Oleh itu, para ejen perubahan termasuk para pemikir masyarakat dan kaum intelektual haruslah memanfaatkan ruang siber ini untuk melakukan islah terhadap masyarakat umum, dan berusaha merubah kezaliman kepada keadilan.Kehidupan akan lebih bermakna jika negara kita lebih adil dan lebih telus dalam pembahagian kekayaan negara ini. Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor dengan memberikan kemudahan kepada rakyatnya termasuk 20 meter padu air percuma pada peringkat pertama, adalah satu usaha pengislahan yang dibuat melalui kuasa politik. Sebab itu kuasa politik penting untuk melaksanakan perubahan.
Blog adalah satu alat komunikasi. Dalam Ilmu Komunikasi, komunikasi itu sendiri terdiri dari lima unsur. Di antara unsur itu ialah saluran (channel), mesej, pengirim, penerima dan kesan yang terhasil dari komunikasi itu sendiri. Jika dikaitkan dengan laman blog ini, salurannya ialah blog itu sendiri yang dapat diakses melalui komputer yang ada talian dengan internet. Mesej ialah apa yang ingin disampaikan oleh penulis blog itu, samada soal politik, ekonomi, sosial, ugama dan sebagainya. Pengirim ialah penulis blog itu sendiri. Manakala penerima ialah pembaca dan pengunjung blog berkenaan. Kesan pula ialah apa yang terhasil selepas pembaca atau pengunjung yang membaca dan meneliti blog berkaitan. Apakah ada perubahan minda atau tindakan dalam perlakuannya. Dengan segala ciri ini, dapatlah dikatakan laman blog adalah satu alat komunikasi yang lengkap yang dapat menyampaikan apa saja maklumat kepada audiennya. Dengan itu para pemikir,penganilisis politik, ejen-ejen perubah masyarakat,kaum intelektual dan budayawan seharusnya memanfaatkan laman blog sebagai satu saluran komunikasi yang amat berkesan pada dekad ini. Dengan ini laman-laman blog dijangka berupaya mengambil alih peranan media rasami seperti akhbar dan media elektronik, dan dapat memberikan berita-berita yang lebih benar dan memenuhi citarasa masyarakat kini, khasnya golongan muda.
Sebagai kesimpulannya, dapatlah dikatakan laman blog mempunyai ciri yang lengkap sebagai alat komunikasi dan berupaya menyaingi media rasmi yang sering diperalatkan oleh pihak berkuasa dengan agenda tertentu. Dengan begitu,blog berupaya merubah pandangan masyarakat terhadap sesuatu isu yang diketengahkan oleh pemerintah dan dapat menilai kesahihannya atau sebaliknya. Oleh itu blog sebagai alat penyampai berita alternatif adalah amat berkesan, dan para blogger hendaklah menggunakannya untuk mencapai kebaikan dan keadilan untuk semua golongan masyarakat.
*Tulisan ini pada mulanya disiarkan dalam blog ini dan beberapa blog lain, namun isinya masih relevan dan saya telah melakukan sedikit kemaskini ke atasnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)