ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Monday, March 23, 2009

Anak Perak di perantauan janji akan pulang sokong calon PAS

GOMBAK, 22 Mac: Lebih 2,000 anak-anak Perak di perantauan menyertai para pemimpin utama PAS hari ini dan berjanji akan memastikan calon PAS di Bukit Gantang menang dalam pilihan raya kecil itu nanti.
Yang berada di pentas adalah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mar, Naib Presiden yang juga Pesuruhjaya Ustaz Ahmad Awang, Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaludin, bekas timbalan presiden PAS Ustaz Hassan Shukri, penulis Subky Latif dan juga anggota Parlimen Titiwangsa yang pernah bertanding di Bukit Gantang 2004 lalu, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Turut berada di pentas adalah Presiden Anak Perak Di Perantauan, Ahmad Idzhan Ahmad.
Mereka berkumpul di majlis taklimat khas dan dialog serta pelancaran Tabung Anak Perak Di Perantauan sempena Pilihan raya kecil Bukit Gantang di Markas PAS , Taman Melewar.
Di dalam majlis itu, Nik Aziz menyeru anak Perak supaya turun beramai-ramai untuk mengundi serta memberi sokongan kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang nanti.
Menurut beliau, Umno kini sedang bersungguh-sungguh untuk menawan Parlimen Bukit Gantang dan akan berusaha walau apa cara pun.


Dalam ucapannya juga, Nik Aziz menjelaskan bahawa rasuah kini adalah merupakan bala kepada parti Umno.
Melihat kepada situasi politik yang melanda, beliau menambah bahawa kini Umno kian terhimpit dan menjadikan pengamal rasuah sebagai pemimpin mereka.
Ini merupakan satu episod terdesak yang mana membabitkan ramai pemimpin Umno yang terlibat di dalam rasuah.


Walaupun mereka secara terang terlibat di dalam rasuah, namun mereka masih dipilih, katanya.
Nizar yang turut berucap di majlis itu menceritakan apa yang berlaku sepanjang tempoh krisis yang berlaku di Perak baru-baru ini dan yakin beliau dan Pakatan Rakyat adalah kerajaan negeri Perak yang sah.

(Siasahdaily,22.3.2009)

No comments: