ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Tuesday, December 1, 2009

IRAN PERSALAH RESOLUSI IAEA

Iran persalah resolusi IAEA

TEHERAN - Iran menyalahkan resolusi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang mengecam program nuklearnya sebagai punca ia merancang untuk membina 10 loji baru pengayaan uranium.

Naib Presiden Iran, Ali Akbar Salehi berkata, Iran perlu memberikan mesej keras kepada resolusi IAEA pada Jumaat lalu yang menuntut Iran menghentikan loji baru pengayaan uranium.

"Kami tidak merancang untuk membina banyak kemudahan seperti loji di Natanz tetapi Barat tidak memahami mesej Iran secara aman," kata Ali.

Beliau yang juga mengetuai program nuklear Iran berkata, resolusi IAEA yang disokong enam kuasa besar menyebabkan Teheran tidak mempunyai pilihan selain memberikan tindak balas tegas.

"Tindakan Amerika Syarikat, Britain, Perancis, China, Rusia dan Jerman di IAEA menyebabkan kerajaan Iran terpaksa meluluskan pembinaan 10 kemudahan nuklear seperti di Natanz," katanya.

Pembinaan loji baru pengayaan uranium mengambil masa yang lama tetapi rancangan terbaru Teheran itu menunjukkan ia tidak akan mengalah berhubung program nuklearnya.

AS dan sekutunya bimbang kemudahan nuklear itu akan membolehkan Iran menghasilkan senjata nuklear.

Washington mendesak supaya kegiatan pengayaan uranium segera dihentikan oleh Iran.



sinarharian.com.my
1.12.2009

No comments: