ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Friday, December 11, 2009

PARLIMEN ISRAEL LULUS AKTA PUNGUTAN SUARA

Parlimen Israel lulus akta pungutan suara

TEL AVIV - Parlimen Israel kel:marin meluluskan bacaan pertama rang undang-undang bagi meluluskan pungutan suara berhubung desakan Palestin dan Syria supaya Tel Aviv menyerahkan Baitulmaqdis Timur dan Bukit Golan yang dikuasai rejim.

Seramai 68 ahli Parlimen menyokong rang undang-undang tersebut, 22 lagi menentang dan seorang mengambil pendirian berkecuali, manakala sekurang-kurangnya 31 lagi tidak hadir.

Rang undang-undang tersebut menuntut sebarang perjanjian damai yang dicapai kerajaan Israel, membabitkan pengundu:ran rejim dari wilayah dicerobohi, mestilah diluluskan terlebih dahulu oleh 61 anggota Parlimen.

Bacaan pertama rang undang-undang yang diluluskan itu dilihat sebagai satu sokongan tambahan kepada pihak yang menentang pengunduran Israel dari Bukit Golan di bawah perjanjian damai dengan Syria.

Rang undang-undang tersebut melibatkan kawasan dataran tinggi Golan dan :Baitulmaqdis Timur yang dicerobohi dan dirampas Israel semasa Perang Enam Hari 1967 dalam satu tindakan yang tidak pernah diiktiraf komuniti antarabangsa.

Syria berulang kali mendesak pengunduran sepenuhnya Israel dari Golan sebagai tukaran kepada perdamaian antara kedua-dua pihak.

Palestin pula menuntut Tel Aviv menyerahkan Baitulmaqdis Timur untuk dijadikan ibu kota negara merdeka sebagai syarat perjanjian damai.

Jika diluluskan, pungutan suara keba:ngsaan akan dilakukan dalam tempoh 80 hari.

Ahli Parlimen dari Parti Likud, Yariv Levin menolak sebarang kritikan mengatakan rang undang-undang berkenaan cuba untuk menghalang perdamaian di Timur Tengah.

"Persoalan mengenai undang-undang negara bukan saja patut dilakukan dalam Parlimen, tetapi juga oleh majoriti rakyat," katanya.

Rang undang-undang disokong kerajaan itu memerlukan dua lagi bacaan tambahan sebelum diluluskan sepenuhnya.

Tindakan dilakukan Parlimen Israel itu bakal mengikuti jejak langkah Switzerland baru-baru ini yang melakukan pungutan suara kebangsaan untuk mengharamkan pembinaan menara azan di negara itu.

sinarharian.com.my
11.12.2009

No comments: