ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Wednesday, June 9, 2010

CERAMAH YAHUDI & JUDI DIPINDAH LOKASI

Ceramah Yahudi & Judi Dipindah Lokasi, Empat Ditahan Polis
Wednesday, 09 June 2010 10:28 AM
Oleh Noor Safinas.

KUALA LUMPUR : Empat orang ditahan dalam satu sesi ceramah‘Yahudi dan Judi’ yang melibatkan pemimpin utama Pakatan Rakyat di Kompleks Muhibah Taman Bolton, di sini, malam semalam, selain dihalang pihak keselamatan dengan alasan dibuat di tempat terbuka.

Majlis yang sepatutnya dibuat di sebuah dewan tidak dapat diadakan kerana pihak penganjur tidak mendapat kuncinya.

Beberapa orang yang ditahan itu adalah dua anggota Unit Amal, Alfian dan Damanhuri, Ketua Pemuda Selangor, Ustaz Hasbullah dan Ketua Pemuda Gombak, Ustaz Sharhan.

Sumber dipetik media berkata, keempat-empat yang ditahan tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di Selayang.

Majlis ceramah yang melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Datuk Mahfuz Omar dipindahkan ke Stadium Selayang.

Turut menyampaikan ceramah ialah sukarelawan misi bantuan kemanusiaan Gaza yang ditahan tentera rejim Israel iaitu Mustafa Mansor (Mapim) dan Jamuliddin Elias (Yayasan Amal) pada majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad itu.

Walaupun tempat ceramah terpaksa dipindahkan, sekitar 5,000 orang sudah berada di dalam stadium pada kira-kira jam 10.30 malam semalam.

No comments: