ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Wednesday, February 2, 2011

WARKAH UNTUK MELAYU JOHOR

Terima kasih kepada kalian kerana telah memenangkan UMNO/BN di DUN Tenang. Tentunya kalian telah berfikir sematang-matangnya sebelum membuat keputusan itu. Diharap Tenang akan bertambah tenang selepas ini dengan janji projek 1.6 billion untuk peneroka FELDA. Dan berbagai lagi janji yang ditaburkan sewaktu kempen PRK kecil itu. Mudah-mudahan semua janji akan terlaksana. Berbahagialah kalian.

2. Saya tidak bermaksud apa-apa dengan warkah ini, kecuali mengajak anda semua berfikir sebentar tentang keadaan negara kita kebelakangan ini. Beberapa bulan sebelum ini kita telah dilanda dengan masalah pembuangan bayi yang tidak berdosa, kadangkala ada yang sudah tidak bernyawa. Ini adalah satu gejala atau masalah sosial yang sedang kita hadapi hingga sekarang.ernahkah tuan puan fikir kebapa ini berlaku? Tentunya ia berpunca dari pergaulan bebas remaja kita di antara laki-laki dan perempuan, di mana akhirnya terjadi hubungan kelamin secara haram. Maka lhirlah zuriat yang tidak dikehendakki, lalu dibuang, ditinggalkan, dibunuh dan sebagainya.

3.Kenapa ini berlaku? Kenapa terjadi pergaulan bebas dalam masyarakat Melayu kita yang beragama Islam. Sudah pasti mereka tidak lagi berpegang kepada Islam, atau pegangan agama mereka tidak kuat. Kalau kita mahu salahkan mereka 100% tentu tidak adil. Suasana persekitaran mendorong mereka melakukan perbuatan sedemikian. Selain itu pendidikan agama yang semakin terpinggir adalah salah satu puncanya. Pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan, di samping dibantu oleh ibu bapa. Jika kerajaan tidak lagi memberatkan didikan agama, maka longgarlah pegangan agama anak-anak muda kita. Kemudian anak-anak muda kita didedahkan pula dengan pelbagai program realiti TV yang menggalakkan pergaulan bebas antara laki-laki dan wanita. Hal ini menyebabkan gejala sosial itu bertambah parah. Siapakah yang bertanggungjawab ke atas semyanya ini. Bukankah ia adalah angkara kerajaan yang memerintah iaitu UMNO/Barisan Nasional?.

4.Sekarang ini kita berhadapan dengan kenaikan harga barang yang melampau, seolah-olah di luar kawalan kerajaan. Harga Kacang panjang sahaja meningkat kepada RM 7.00 dari RM 3.50. Bawang India meningkat kepada RM18.00/kg. Sehari selepas PRK DUN Tenang, harga minyak RON97 meningkat kepada RM2.50. Kenaikan harga mingak akan memberi kesan kepada kesemua harga barang, kerana semua barang diangkut menggunakan minyak. Apakah Kerajaan tidak lagi mampu memberikan subsidi terhadap harga minyak menjadikan harga minyak sentiasa naik kebelakangan ini. Ini berlainan dengan jiran Tunisia yang menurunkan harga minyak, setelah mereka melihat rakyat memberontak akibat harga barang yang tidak terkawal, dan akhirnya Presidennya lari meninggalkan negara. Mengapakah rakyat Malaysia tidak peka seperti rakyat Tunisia, dan sekarang ini ia sudah menjangkiti Mesir? Apakah rakyat Malaysia hanya memerhatikan sahaja kenaikan harga barang tanpa memberikan apa-apa reaksi sekalipun mereka turut sama menanggung susahnya?

5. Wahai orang Melayu Johor! Memang di negeri Johor UMNO dilahirkan, memang Johor dikuasai oleh UMNO, tetapi apakah kalian tidak terfikir segala kegagalan yang dialami oleh Malaysia sekarang ini adalah angkara Penguasa-Penguasa yang mewakili UMNO dan Barisan Nasional yang memerintah negara. Berapakah banyakkah wang negara mengalir sekarang ini mengalir keluar tanap diketahui siapa punnya angkara, dilakukan oleh syarikat yang tiada dalam senarai Bank Negara. Sila tuan puan rujuk hal ini dalam warta Keadilan keluaran terbaru. Cuba tuan/puan fikirkan bagaimana Jabatan First L ady of Malaysia boleh wujud di Jabatan Perdana Menteri. Siapakah yang mebiayainya?. Sewaktu Isteri Perdana Menteri Ke Dubai, berapakah harga hotel yang disewanya untuk satu malam?

6. Wahai orang Melayu Johor! Fikir-fikirkanlah beberapa perkara yang saya tulis di atas, dan banyak lagi yang tidak tertulis oleh saya tentang pembaziran dan kebocoran wang negara sehingga hampir memufliskan negara jika tidak dibendung. Siapakah yang empunya angkara kalau bukan kerajaan UMNO/Barisan Nasional. Namun tatakala tuan/puan mengundi di Tenang tuan/puan telah memberikan kemenangan kepada UMNO/Barisan Nasional, sedangkan permasalahan yang saya sebutkan gagal ditangani oleh Kerajaan. Lalu bagaimana pertimbangan tuan/puan ketika memberikan kemenangan kepada sebuah kerajaan yang gagal, gagal membela rakyatnya, gagal membela bangsanya, gagal membela negaranya? Yang tidak gagal adalah membela kroni-kroni dan suku sakatnya.

7. Wahai orang Melayu Johor edan seluruh orang Melayu Malaysia seluruhnya! Fikir-fikirkanlah masa hadapan cucu cicit kita, bagaimanakah mereka mahu hidup dalam keadaan tekanan ekonomi yang kita kuat, himpitan hidup yang tidak tertanggung, perkhidmatan kesihatan yang terburuk, pengangkutan awam yang tidak teratur, pembaziran yang boleh memufliskan negara dan sebagainya yang menjadikan kita takut untuk berfikir mengenangkan masa hadapan yang kian kelam.

8. Oleh itu, wahai orang Melayu Malaysia, orang Melayu Johor, Orang Melayu UMNO, marilah kita fikirkan apakah alternatif yang boleh menyelamatkan negara kita yang tercinta ini pada masa hadapan. Bagaimana kalau kita gunakan sistem dua parti untuk menyelamatkan keadaan, supaya kuasa yang tertumpu kepada segolongan orang itu dipecahkan,supaya kuasa itu menjadi kecil, dan tidak lagi boleh berbuat sesuka hati terhadap negara kita. Atau mungkinkah kita beralih arah kepada parti yang satu lagi, iaitu Pakatan Rakyat dan memberi mereka peluang untuk melaksanakan apa yang tertulis dalam buku jingga pada PRU ke 13 nanti. Kita cuba beri mereka peluang seperti kita telah beri mereka peluang di Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Bukankah negeri-negeri ini nampak lebih stabil, lebih ramai para pelabur dan lebih berkebajikan terhadap rakyatnya dengan kuasa yang terhad yang ada pada mereka. Bagaimana kalau mereka berkuasa di peringkat federal, akan lebih berkebajikankah kita, lebih telus, lebih ramai pelabur, lebih kurang rasuah dan ketirisan atau kebocoran wang negara.

Wahai orang Melayu Johor, Melayu UMNO dan Melayu Malaysia, marilah sama-sama kita fikirkan bagaimana mahu menyelamatkan negara pada dekad-dekad mendatang dari semua gejala negatif ini? marilah sama-sama kita fikirkan....Terima kasih.

AlKundangi,
2.2.2011

No comments: