PUASA RAMADHAN DAN PILIHAN RAYA-PRU13
Ada dua perkara yang hampir dengan kita sekarang, Ramadhan dan PRU 13. Ramadhan, seperti kata kebanyakan ulama, adalah sebuah universiti yang ijazahnya ialah taqwa. Adakah kita sudah bersedia untuk itu? Jika kita memenuhi segalag syarat, membuat segala kertas kerja dan tugasan, insyaallah kita akan dapat menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah Taqwa itu. La'allakum tattaqun-mudah-mudahan kamu bertaqwa.
Perkara kedua kita akan berhadapan dengan PRU 13 pada bila-bila masa sahaja dari sekarang. Tentu BN dan PR sudah bersedia menghadapinya. Banyak pendapat mengatakan BN sukar untuk mengekalkan kuasa pada PRU 13 ini. Bahagian risikan kerajaan tentu arif akan hal ini. Sebab itu tarikh PRU sentiasa tertunda-tunda. Rakyat marhaen sudah masak dengan permainan politik kerajaan. Sudah lebih 50 tahun berkuasa. Kita sepatutnya sudah terlalu faham sepak terajang politik BN. Cuma orang-orang pro BN masih menganggap jika BN gagal mengekalkan kuasa, akan terjadi ketidakamanan, pergaduhan kaum, dan sebagainya.Ini adalah ugutan yang biasa sama seperti peristiwa 13 Mei, bila Perikatan gagal mempertahankan Selangor dari DAP. Tapi itu sejarah hampir 50 tahun dahulu. Rakyat kini sudah tahu menilai semua itu, apakah pergaduhan kaum, atau sebenarnya itu satu rancangan politik untuk memulihkan kuasa pemerintah?
Presiden Mesir yang baru sudah mula mengorak langkah memulakan pembaharuan setelah memenangi pilihanraya baru-baru ini. Harapan menggunung umat Islam terhadap Morsi tentu tidak dinafikan, sementelahan pula Morsi mewakili Ikhwannul Muslimin, sebuah gerakan Islam terbesar dan disegani du dunia ini.Rakyat mesir sudah sedia untuk berubah setelah sekian lama berada di bawah regim aristokrat sejak zaman Firaun lagi. Apakah rakyat Malaysia masih mahu kekal di bawah regim lama, atau mahu berubah ke arah yang lebih baik di bawah pemimpin pakatan yang sebahagiannya adalah para ulama yang sealiran dengan Morsi. Pas adalah ibarat Ikhwan di Malaysia, semua pemerhati politik sedar akan hal ini.
PRU13 akan menentukan halatuju kita, apakah kita masih mahu di bawah regim aristokrat, atau mahu memerdekan diri dari pengaruh lama yang sudah pun mengikis kekayaan negara hingga ke akar umbinya. Pilihan terserah kepada kita semua, yang sudah arif sepak terajang politik di negara ini.
alkundangi,
18.7.2012.
No comments:
Post a Comment