Malaysiaku,
Sudah lama saya tidak mencatat di blog ini kerana berbagai masalah hidup. Hari ini kita berdepan dengan Malaysia yang pelbagai corak dan masalahnya. Dari masalah rakyat marhaen hinggalah ke masalah ekonomi dan politik negara. Rakyat kita sudah ramai, meninggat 3 kali ganda sejak saya sekolah menengah dahulu. Ditambah pula dengan pendatang atau warga asing yang bermastautin di sini lebih 7 Juta orang. Tentu Malaysia jadi semakin sesak dengan populasi. Kalau hujung minggu pun jalan raya penuh sahaja dengan kenderaan berulang dari utrara ke selatan, barat ke timur dan begitulah sebaliknya.
Apabila populasi sudah agak padat keselesaan hidup pun kian kurang. Pembahagian kekayaan, barangan keperluan, makanan, pakaian dan apa sahaja keperluan hidup terpaksa dikongsi dengan lebih 30 juta penduduk. Tentulah agihannya semakin sedikit bagi setiap seorang, apa lagi kalau ekonomi berkurangan, makin kecillah harapan untuk memilikinya. Bagaimana kalau 70 juta penduduk? Tentulah lagi susah.
Masalah politik pun berbagai-bagai. Masalah pakatan pembangkang, masalah baju merah, baju kuning dan baju hijau semuanya mahu meluahkan perasaan masing-masing. Begitu juga dengan politik yang pelbagai sifatnya. Masalah 1MDB, masalah pembunuhan di sana sini, masalah kebocoran dan ketirisan dan sebagainya memperlihatkan keanekaragaman masalah Malaysiaku.
Saya tidak dapat hendak mencatat panjang. Hidup di Malaysia kenalah hidup cara Malaysia. Apa jadi pun Malaysia adalah negara kita. Berbanggalah dengannya.
Alkundangi,
2.10.2015.
No comments:
Post a Comment