ads
emel kepada (pendapat,komen, artikel)
zainal55@yahoo.com
Sunday, January 22, 2017
ANTARA TUN M, MUHYIDDIN DAN FORES CITY
Baru-baru ini timbul isu yang dinulakan Tun Mahathir bahawa Fores City akan diwujudkan di Johor Bharu, Ia bakal menempatkan 700,000 warga asing yang kesemuanya merupakan rakyat dan warga negara China. Mereka akan diberikan kerakyatan sepenuhnya. Projek yang menelan belanja entah berapa billion itu akan dilaksanakan oleh satu syarikat konglomerat dari China. Sehari kemudian Tan Sri Muhyiddin menambah kenyataan itu apabila Tun Mahathir dimurkai oleh Sultan Johor. Menurut Muhyiddin soalnya bukan projek itu sendiri yang dijangka membawa keuntungan kepada Johor dan mewujudkan 200,000 pekerjaan di sana.Soalnya ialah soal kedaulatan negara. Muhyiddin yang pernah memegang jawatan Menteri Besar Johor itu mempertikaikan adakah projek itu mengikut kehendak undang tanah Johor sendiri.
Beliau selanjutnya menyatakan pemaju bukan diminta memajukan dan membangunkan kondominium di situ, tetapi tanah itu telah dijual kepada pemaju itu, barang-barang mentah akan dibawa dari Cina juga pekerja-pekerjanya dari Cina. Hampir kesemua pembelinya adalah rakyat China. Ini bermakna Johor Bharu akan menerima penambahan penduduk hampir satu juta orang. Dan bila mereka berkahwin dan bernak-pinak, katakanlah 4 orang satu keluarga, ia menjadikan jumlah itu bertambah kepada 2.8 juta orang.
Kita tidak mengetahui projek itu sehinggalah ia disebut dalam akhbar, siapa yang membenarkannya, siapa yang meluluskannya masih tidak diketahui umum. Namun projek ini memberi kesan kepada kedaulatan negara seperti kata Muhyiddin, kerana tanah negara kita boleh dijual kepada warga asing dengan membelakangkan undang-undang berkaitan tanah.Risiko lain ialah pertambahan penduduk dari China, dan akan memberi kesan kepada pilihanraya, juga memberi kesan kepada imbangan kaum di negara ini. Selain itu kita semakin terikat dengan China. Projek MRT, ECRL juga adalah diberikan kepada konglomerat China yang berharga ratusan billion ringgit. Kita sudah pun berhutang melebihi 800 billion, hampir kepada satu trilion, di mana kita hampir tidak mampu membayarnya dalam waktu yang singkat. Mungkin sampai ke cucu-cicit kita hutang masih belum habis dibayar. Kebelakangan ini banyak projek-projek mega diberikan kepada China, dan rakan online negara kita, Ali Baba .com adalah dari China.
Sehari kemudian, duta China di Malaysia memberikan reaksinya terhadap kenyataan Muhyiddin yang menyebutkan bahawa kedatangan rakyat warga China akan menjejaskan penduduk Malaysia, dari segi ekonomi dan peluang pekerjaan. Namun Duta itu menafikan bahawa kedatangan itu tidak akan menjejaskan apa-apa pun terhadap penduduk Malaysia, sebagaimana yang dilaporkan oleh China Press, Namun China Press menganggap kenyataan Duta itu menunjukkan bahawa ia telah mencampuri urusan dalaman politik Malaysia, kerana China yang datang adalah warga China, bukan warga Malaysia. Dakwaan campur tangan boleh dipertimbangkan terhadap beliau.
Apakah akan terjadi kiranya kita gagal membayar hutang itu, atau tidak mampu membayarnya? Apakah yang akan China lakukan terhadap negara kita? Lebih jauh apakah kita akan jadi seperti Taiwan atau lain-lain tanah jajahan China? Apakah pemimpin-pemimpin masyarakat tidak sedar akan hal ini. Kalau kita tanya ulama, apakah hukumnya menjual tanah air Islam kepada bukan Islam? Kalau kita tanya PAS, apa pendapat PAS tentang hal ini, adakah PAS membisu atau tidak mahu menjawabnya, atau masih ingin kekal dengan blok ke tiganya. Ulama ramai dalam PAS, dan mereka tahu menolak mafsadah harus didahului dengan membawa kebaikan. Tidak bolehkah PAS untuk sementara memaafkan Amanah dan DAP demi untuk menolak mafsadah ini yang bakal mendatang, dan menghantui anak cucu kita? Apakah nabi tidak pernah memaafkan musuhnya. Tidak teringinkah PAS bersama-sama Pakatan Harapan bekerjasama menolak keburukan yang bakal menimpa negara. Kepada mereka yang mempunyai ijazah berjela, apakah tindakan yang patut diambil untuk menyelamatkan negara dari di nodai kedaulatannya oleh kuasa asing? Apa pula pendapat DAP dan MCA? Kita harus ingat bahawa negara kita adalah adalah tanggungjawab kita, anak cucu kita adalah tanggungjawab kita, bukan orang lain, bukan Amerika, bukan Russia dan bukan China.
alkundangi,
21.1.2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment