ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Monday, December 16, 2019

DARI DRAMA TANPA PENTAS; KUTULIS PUISI INI



DARI DRAMA TANPA PEMTAS; KUTULIS PUISI INI

Sementara hari masih pagi
Matahari belum tegak di ubun ubun,
Bunga yang kau siram tiba tiba tersentap
Terkulai layu entah kerana apa
Tak jadi bercambah seperti adanya
Demikian benih yang ditanam
Disentap layu oleh entah apa
Lalu tak jadi tumbuh seperti adanya.Akukah yang terlambat atau kaukah yang terlewat,
Tiba tiba waktu memutarkan jarum jam
Berpusing kebelakang
Demikian aku pada saat ini
Yang terpesona dengan drama pembukaan,
Terpaksa bangun meninggalkan pentas
Kerana cerita telah berakhir sebelum para watak beraksi,
Begitulah kita terpaksa mengundur diri
Kerana ia tidak jadi dipentaskan
Sebaik saja dimulakan.

Namun pada saat yang lain
Kita kembali ke pentas
Dan menonton kembali
Cerita yang belum dapat dibayangkan
Apakah penamat apakah kesudahan.

Pada titik ini
Kita kembali ke pentas
Untuk kembali menonton
Rama dan Sita
Beraksi kembali.

Zainal Lasim.
Bandar Tasik Puteri,
11.12. 2019.

No comments: