Apa Kata Teman
Kata Pengantar
Zainal Abidin Lasim
[02/08, 01:01] Zainal Abidin Lasim: AF Yassin Yang Ku Kenali
Seorang rakan balik dari kedai buku dalam kawasan kolej tempat pengajian. Dia membawa sama majalah Dewan Sastera Dan Dewan Masyarakat. Tahun itu Kami bakal menduduki peperiksaan besar juga, iaitu SPM. "Muin! Pinjamkan sebentar Dewan Masyarakat, " pintaku dari kawan yang baru pulang tadi. "Eh, Aku pun belum baca," jawab Muin selamba. "Sebentar je, Aku nak tengok isi kandungannya saja." Balasku. "Ok. Sebentar saja tau!" Muin mengingatkan. "Ok," balasku.
Aku membelek-belek majalah berkenaan. Pertama-tama Aku mencari Nama Af Yassin Dan Noor Azam kalau-kalau Ada mereka berdua menyumbang tulisan pada Bulan itu.
[02/08, 01:03] Zainal Abidin Lasim: Memang AF Yassin cukup popular pada tahun-tahun 70an Dan 80an.Tulisannya menjadi rujukan bagi para pelajar Waktu itu Yang bakal menduduki peperiksaan SPM Dan STPM.
[02/08, 01:04] Zainal Abidin Lasim: Namun Kami hanya menenal namanya sahaja .Orangnya tidak Kami Kenali.
[02/08, 01:04] Zainal Abidin Lasim: Aku dan kawan-kawan meneruskan pengajian, ada yang masuk universiti, a da yang masuk maktab, lTM dan lain-lain
Aku menghuni hutan Bangi (UKM) selama empat tahun. Aku masih membaca Dewan Masyarakat dan Dewan Sastera. Namun AF Yassin tidak lagi menjadi sebutan sehinggalah suatu hari Aku melihat seorang tua bersarapan sendirian di sebuah kedai mamak di tempat tinggalku. Kuamat-amati orang itu. Aku rasa pernah melihat rupanya, tapi di mana ya? Aku memberanikan diri menghampirinya. Aku pun bertanya, " Tuan AF Yassin bukan?" aku mengajukan soalan. "Ya," jawab beliau sambil mempelawa aku duduk. Setelah memesan minuman dari pelayan, kami pun bercerita dan bertanya hal masing-masing."Mana kau kenal saya?" dia mengajukan soalan. "Wajah tuan selalu saya temui Dalam majalah-majalah. Bahkan tulisan tuan menjadi rujukan di zaman persekolahan". "Ya ka." Soalnya.?"
Siapa tak kenal AF Yassin pada tahun-tahun 70an?" Jawabku. Kami pun ketawa. Suaranya lembut bercerita tentang penulisan ,ekonomi , politik dan sebagainya. Tapi dia amat hati-hati bila menyinggung soal politik.
[02/08, 01:05] Zainal Abidin Lasim: Sejak itu Kami mengadakan beberapa pertemuan sehinggalah dia menulis buku terbarunya Editor Minds.
[02/08, 01:06] Zainal Abidin Lasim: Pada minggu lepas dia menghantar mesej kepadaku meminta aku menulis mengenai diri beliau untuk dimuat dalam buku Yang sedang dirancang, "Apa Kata Teman." Maka terhasillah tulisan yang tidak sepertinya ini.
Zainal Lasim@lbnulazim
2.8.2023
No comments:
Post a Comment