Selebriti Sasterawan Medsos -4.
Lama saya berfikir hendak menulis tentang siapa kali ini. Saya tidak menetapkan sebarang kriteria. Cuma mereka yang selalu muncul dengan karya di medsos, yang saya kira punya bakat dan kesungguhan. Tidak pula bermakna yang lain tidak berbakat. Kalau tiada bakat, mereka tidak menulis.
Saya teringat seorang kawan yang selalu bersilang pendapat dengan saya, ya, Hamizun namanya. Saya tidak begitu mengenali beliau, kecuali selepas saya kembali ke esastera, kendalian mantan Prof. Dr lrwan Abu Bakar, Yang kini laman itu dikenali sebagai esasteravaganza. Macam bunyi rancangan TV pula. Ia sebenarnya salah satu media sastera yang keahliannya terbuka kepada penulis Malaysia, lndonesia, Singapura dan Brunei. Itu setakat yang saya tahu.
Hamizun Syah berusia lima puluhan, tergolong dalam kelompok penulis selepas era merdeka yang visinya mungkin sedikit berbeza dengan yang sebelumnya, termasuk saya sendiri.
Saya sebenarnya tidak begitu meneliti sajak-sajak beliau kecuali sesekali saya temui di esasteravaganza atau di FB. Dengan begitu saya sedikit sukar untuk menilainya melalui karya yang dihasilkan. Namun satu kesimpulan yang dapat saya buat, beliau sedikit berbeza dari angkatan sebelum 70an, dan turut terpengaruh dengan puisi-puisi Jepun dan Indonesia sebagaimana lazimnya ahli-ahli esasteravaganza. Puisi-puisinya juga menekankan ekonomi kata-kata. Cuma temanya barangkali tidak begitu berat seperti penyair-penyair penting negara. Dalam hal ini Hamizun perlu meneroka tema yang lebih alamiah atau seperti kata Rahman Shaari, puisi berimpak tinggi.
Bagaimana pun beliau telah memenangi banyak hadiah sastera Dan menerbitkan banyak buku puisi, selain novel, dan merupakan seorang aktivis Asasi. Pada saya beliau mempunyai masa depan yang cerah, asalkan sedia berusaha mengekalkan dan memajukan diri dalam bidang ini.
Ibnulazim,
31.3.2023.
No comments:
Post a Comment