ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Tuesday, August 13, 2024

Ulasan Puisi

 Puisi-Puisi Dari Pemuisi Nasional Ogos،2022- Satu pandangan.

(Ulangsiar)


Setiap hari ada sahaja puisi yang dilontarkan oleh pemuisi baru dan lama di laman ini. Puisi Maluku Pertama ditulis oleh Maze Lang adalah antara puisi dari nama baru di sini. Beliau merasa malu untuk melontarkan puisi ini. Namun dilontarkan juga untuk tatapan audien. Antara ayat yang menarik "Aku malu dengan tohornya ilhamku".


Dalam persembahan nya puisinya banyak menekankan rima akhir yang sama selain mengeksploitasiteknik aliterasi dan asonansi sebaik mungkin. Namun begitu ia adalah bakat baru yang bakal menyerlah suatu hari nanti.


Puisi selanjutnya adalah dari Niza Khairi yang berjudul Rumah Tanah. Dalam puisi ini Niza membeli sebuah rumah yang peralatannya tiada kecuali tanah. Saya rasa maksud Niza adalah persemadian terakhir bagi seorang manusia, iaitu tanah perkuburan.


Dalam puisi yang hanya dua rangkap Niza, seorang penyair yang sudah agak lama di sini banyak menggunakan teknik anafora, iaitu mengulang perkataan yang sama di awal baris.Misalnya:

sebuah rumah

tanpa dapur

tanpa tandas

tanpa bilik air

tanpa jendela..


Dia telah menempah rumah itu, namun tiada lagi tarikh menduduki. Ini mengingatkan Kita bahawa kematian tetap menunggu kita bila tiba saatnya.


Puisi Sejarah Membongkar Kisah nukilan AzmaMurniAziz menyentuh kisah epik Tuah dan Jebat. Azmah yang sudah lama menyair di sini mengambil iktibar dari kisah tersebut. Menurutnya kisah itu menguji setianya Jebat dan Tuah.


Tuah memegang janji setia sahabat dan menjunjung amanah peringkat atasan.


Puisi ini mengandungi ciri alusi, iaitu mengambil tokoh sejarah dan mengangkatnya ke dalam puisi.

Azmah sebenarnya boleh saja mengangkat Jebat sebagai tokoh Yang mempertahankan kebenaran dan Tuah mewakili taat setia pihak berkuasa sehingga matinya sahabat yang membela kebenaran. Tetapi Azmah tidak berbuat demikian.Sementara sejarah ini bercampur mitos yang tidak dapat dipastikan kebenarannya.


Sebuah lagi puisi Yang agak menarik temanya ialah Bila Sudah Tua (1) karya CM  Mansur.


CM Mansur juga sudah biasa berkarya di sini.


Puisi ini mengisahkan bila seseorang itu mencapai umur tua. Bila sudah tua makan pun kurang berselera. Jika ada yang menjaga itu nasib baik. Kadang anak pun tak boleh menjaga orang tuannya. Jadi tempat paling aman baginya adalah Masjid, tempat tumpuan segala harapan sebelum ke alam abadi. Tiada teknik khas dalam puisi ini. Persembahann ya biasa sahaja.


Kita lihat sebuah puisi lagi, Achantia Fulica nukilan Baharudin MDG. Saya Rasa Nama ini Masih Baru Di sini. Saya baru menemuinya beberapa Kali.


Puisi Achantia Fulica adalah puisi bagi kehidupan makhluk Yang kita panggil Siput Babi.


Penyair mengangkat makhluk ini ke dalam puisinya. Makhluk ini menurut penulisnya ia keluar mencari makan di waktu malam. Kemudian tertidur kekenyangan dan tidak pulang ke sarang. Esoknya dijumpai oleh petani, dihempas berderai dan terkorban. Sedang kekasihnya menanti kesedihan. Puisi ini juga tiada teknik yang luar biasa namun puisinya Masih baik.


Kehidupan makhluk ini memang keluar mencari makan pada waktu malam. Ia suka memakan daunan seperti Sabung Nyawa, benih kunyit dan sebagainya. Ia makhluk yang lembut  dan dilindungi kulit cengkerang namun tidak cukup kuat. Kalau terpijak ia hancur berderai. Hanya Tuhan yang tahu rahsia penciptaannya.


Ibnu Lazim,

14.8.2022.

No comments: