ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, March 19, 2009

Obama digesa kaji semula


WASHINGTON - Seramai 15 anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) daripada parti Republikan dan Demokrat menulis sepucuk surat untuk menggesa Presiden Barack Obama mengkaji semula penghantaran 17,000 askar lagi ke Afgha-nistan. "Kami menggesa anda mengkaji semula rancangan untuk meningkatkan jumlah tentera (di Afghanistan)," kata mereka. "Kami juga bimbang bahawa sebarang tanggapan kejayaan ketenteraan di Afghanistan mungkin mencetuskan tekanan untuk meningkatkan kegiatan tentera di Pakistan.

Ia akan mencetuskan suasana berbahaya di rantau itu dan meningkatkan permusuhan terhadap AS." Bekas calon presiden, Ron Paul (Republikan) dan Dennis Kucinich (Demokrat) memberitahu pemberita bahawa pentadbiran Obama perlu menjelaskan dasar-dasarnya di Afghanistan. Paul berkata surat itu bertujuan untuk menggesa Obama berhati-hati dalam pendekatannya untuk menangani konflik di Afgha-nistan. "Tindakan menghantar 17,000 askar ke sana dan meneruskan pengeboman di Pakistan bukanlah satu perubahan dasar. "Langkah menambah jumlah askar juga bukan satu penyelesaian," kata Kucinich.

Menurut mereka, rakyat Afghanistan tidak memer-lukan lebih banyak kemus-nahan dan keganasan. "Mereka memerlukan rumah, pekerjaan dan pendidikan. Mereka memerlukan keselamatan, keamanan dan peluang," kata mereka.

(Sinar Harian,19.3.2009)

No comments: