ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Monday, April 6, 2009

PERKEMBANGAN SEMASA

PERKEMBANGAN SEMASA

Oleh;AlKundangi


1. Barangkali kita terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan hal-hal lain dalam kehidupan ini.Para Blogger nampaknya ghairah mengulas perkembangan politik semasa. Walaupun politik penting, kerana ia boleh menentukan arah perkembangan negara, bahkan harga gula dan beras adalah ditentukan oleh politik, tetapi kita tidak harus meninggalkan bidang lain dalam kehidupan ini.Contohnya bidang keusahawanan yang mungkin dapat membantu orang Malaysia, khasnya orang Melayu dalam menghadapi kegawatan ekonomi kini. Para Blogger haruslah sesekali menoleh ke bidang ini bagi membantu bangsanya sendiri. Bidang lain ialah "dakwah". Dakwah bermaksud seruan ke arah kebaikan, dalam konteks ini ialah ke arah Islam. Islam sejak dulu hingga kini kekal berkembang hasil usaha para pendakwah. Hal ini perlu diperhatikan oleh para Blogger,khasnya mereka yang mempunyai keahlian dala ilmu-ilmu Islam.


2. Sejak 3 April, Datuk Seri Najib Tun A.Razak dengan rasminya menjadi Perdana Menteri ke 6 bagi Malaysia. Apakah kepimpinan Najib diterima oleh rakyat Malaysia atau tidak akan terjawab dalam tiga pilihanraya kecil yang akan berlangsung pada 7 April ini. Keputusan pilihan raya akan memperlihatkan sokongan kepada Najib meningkat atau menurun.

3. Saya tidak suka meramalkan pilihan raya dua bukit dan satu batang air 7 April ini. Ramalan bukan kerja orang Islam. Namun dari apa yang saya baca dan perhatikan PAS mungkin menang di Bukit Gantang, Keadilan di Bukit Selambau, manakala Batang Air mungkin dimenangi BN.

4. Mengapakah Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan jawatan PM kepada Najib. Ini suatu hal yang sukar untuk ditebak. Najib layak kerana dia memenangi kerusi Presiden UMNO. Namun tidak mesti Presiden UMNO jadi PM. Abdullah masih boleh terus menjadi PM sehingga pilihan raya akan datang. Tetapi mengapa Abdullah menyerahkannya kepada Najib, tokoh yang banyak diselaputi oleh berbagai isu kontroversial itu.? Hanya Pak Lah yang dapat menjelaskannya mengapakah begitu akhirnya.

Banyak lagi isu yan belum sempat saya ulas.Saya kesuntukan masa buat masa ini, sebab itu jarang mengemaskini blog ini.

Harap maaf, jumpa lagi.

06.04.2009.