ads
emel kepada (pendapat,komen, artikel)
zainal55@yahoo.com
Tuesday, April 7, 2009
PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU
Dari Bukit Selambau
Mohd Sayuti Omar
PKR Akan Menang Besar di Bukit Selambau?HAMPIR kesemua bangsal panas di peti undi dimonopoli Melayu di Bukit Selambau dikuasai UBN. Nisbah yang memasuki bangsal panas ialah 70% UBN dan 30% PKR. Dua peti undi dalam kawasan Bukit Selambau dalam pilihan raya umum lalu pun dimenangi oleh UBN.Pengundi di kedua peti undi ini kira-kira 1,800. PKR hanya memperolehi kurang separuh daripada jumlah berkenaan. Bagaimana pun menurut pengamat perkembangan hari ini ada sedikit peningkatan, walaupun PKR kalah di dua peti undi ini tetapi boleh mengurangkan undi UBN.Sementara itu di lain-lain pusat pengundi kedudukan masih sekata. Paling jelas ialah pengundi Cina mirip kepada PKR manakala India berbelah bahagi.
"Setakat ini tidak ada seorang pun pengundi Cina yang memasuki bangsal panas UBN," jelas seorang pelapor.Menurut laporan bilik Gerakan UBN, sikap pengundi Cina sukar untuk dibaca kerana mereka lebih mendiamkan diri dan tidak menunjukkan cula yang jelas. Berpandukan kepada sikap demikian, ini bermakna pengundi Cina akan berpihak kepada PKR.Seorang pengamat dan petugas PKR meramalkan PKR akan menang dengan majoriti besar melebhi 3,000 undi.Sementara itu maklumat bilik Gerakan UBN juga mengakui kedatangan penjolak Abdullah Badawi sampai jatuh, Mahathir Mohamad tidak banyak memberi sumbangan kepada calon UBN.
"Tidak sampai 3 % pengundi swing apabila mendengar syarahan Mahathir," katanya.Menurutnya pengundi masih ingat kepada seruan Dr Mahathir sebelum ini supaya menafikan hak dua pertiga UBN di Parlimen. Katanya seruan Mahathir itu masih diingat dan akan terus mengekalkan kejayaan yang dicapai dalam pilihan raya lalu.Sementara itu di peti undi Matang Gelugur Pas mengatasi UBN dengan kelebih lima undi. Pas mendapat 185 manakala UBN mendapat 180 undi. Angka ini berdasarkan kepada jumlah pengundi yang sudah membuang undi. Sekiranya momentum ini kekal ini bermakna Pas berjaya merampas balik peti undi Larut Matang yang sebelum ini Pas kalah dengan kekurangan 48 undi.
Dari Bukit Gantang
Mohd Sayuti Omar
Pusat Mengundi di Bukit Gantang Gamat dan HangatHAMPIR semua pusat pengundi di Bukit Gantang dalam keadaan panas dan sesekali menimbulkan ketegangan. Keadaan ini menyebabkan polis terpaksa bekerja keras memantau agar tidak sampai berlaku pergaduhan serius yang boleh mencemari proses pilihan raya.Kesemua pusat mengundi dipenuhi dengan perayu undi kedua-dua buah parti. Kumpulan sorak kedua-dua parti yang saling cabar mencabar mulut antara satu sama lain menyebabkan keadaan di pusat mengundi riuh randah.Di Matang Gelugur dalam DUN Kuala Sepetang menjadi tegang apabila kumpulan penyokong UBN dan Pas saling cabar mencabar antara antara satu sama lain.
Pergaduhan hampir meletus.Katanya bekas calon MB Kelantan, Awang Adek Hussein yang bertugas bagi Umno di sini cuba menunjukkan samseng dengan memasuki ke kawasan pengundian sedang beliau tidak mempunyai surat kuasa.Menyedari itu petugas Pas telah mempertikaikan tindakan Awang Adek Hussein dan melaporkan kepada polis. Polis telah menasihat Awang Adek Hussein keluar dari kawasan mengundi dengan disorak oleh penyokong Pas.Tindakan itu tidak disenang Awang Adek dan para penyokong UBN yang terus memakin hamun penyokong Pas.Di Kepala Bukit, simpang Ibol antara tempat yang paling panas. Ratusan penyokong kedua parti awal-awal lagi tiba mengambil posisi masing-masing. Hampir kesemua penyokong kedua-dua pihak terdiri daripada anak-anak muda yang seakan sudah disiap untuk bertindak secara agresif.
Walaupun keadaan gamat namun belum ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Kedua penyokong masih dapat mengawal diri dan keadaan. Kawasan ini juga menjadi tumpuan media massa kerana sejak awal lagi simpang Kepala Bukit ini dikenali pasti kawasan panas dan hangat.Waktu ini ( 9:00 pagi - 12:00 tengah hari) adalah waktu paling rancak para pengundi keluar untuk menuanikan kewajiban masing-masing.Sehingga kini situasi di bangsal panas memberi petunjuk sama rata. Baik Pas atau UBN tidak berani untuk membuat telahan siapa kalah dan siapa akan menang.Cuaca di Bukit Gantang baik. Manakala seluruh jalan dalam kawasan Bukit Gantang penuh sesak. Dianggar lebih 100,00 buah kenderaan memasuki Bukit Gantang.
7.04.2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment