ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Sunday, August 30, 2009

ISU KEPALA LEMBU: APAKAH LAGI YANG TERJADI DI SELANGOR

Kepala Lembu Dipijak, Quran Dibakar

Krisis demi krisis yang berlaku tidak putus-putus mengundang pelbagai tanggapan dan persepsi terhadap Kerajaan Selangor yang di tadbir oleh Pakatan Rakyat. Adakah ini disebabkan kelemahan pengurusan ataupun terdapat anasir yang benar-benar bekerja keras untuk menumbangkan Kerajaan Pakatan ini?

Kejadian petang semalam benar-benar mengundang kemarahan terutama saudara yang beragama Hindu. Setakat ini tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku susulan dari kejadian tersebut. Kita sendiri berharap saudara kita yang beragama Hindu dapat bertenang sehingga kes ini dapat diambil tindakan.

Beberapa orang Menteri dan Ketua Komponen Parti telah melahirkan pendapat dan yang pasti arahan PM supaya Ketua Polis Negara menyiasat kejadian itu mengundang seribu tanda tanya. Mengapakah sewaktu perhimpunan tersebut yang jelas berbentuk rasis dan menghina agama itu tidak disekat dari awal-awal lagi? Dimanakah perginya Polis dan FRU yang sering lengkap bersedia keatas kemungkinan seperti ini. Kumpulan demonstrasi ini bergerak seolah tiada siapa yang menghalang.

Yang amat memalukan kejadian ini berlaku dia bulan ramadhan dan mereka mulai berdemonstrasi selepas selesai solat jumaat. Apa yang lebih menimbulkan kemarahan adalah motif sebenar mereka berarak membawa kepala lembu, yang mereka sendiri tahu adalah binatang yang suci bagi mereka yang beragama Hindu. Adakah ini salah satu bentuk provokasi secara terang yang dilakukan oleh pihak yang menginginkan berlakunya pertelingkahan kaum seperti peristiwa 13 Mei?

Apa yang dapat saya fikirkan adalah, setelah pelbagai bentuk serangan yang dilemparkan keatas Kerajaan Negeri Pakatan, dari kes rasuah, kes arak yang melibatkan kaum Cina tidak berhasil, lebih-lebih lagi apabila didapati kes tersebut diselesaikan dengan penuh hikmah, kini mereka beralih untuk menyalakan api kemarahan kepada kaum India pula.

Kalau kita perhati betul-betul video demonstrasi tersebut, kita dapati setiap jawapan kepada wartawan adalah tidak berasas dan merapu. Bila ditanya mengapa perlu ada kepala lembu, mereka menyalahkan individu lain. Ini menunjukkan ada unsur sabotaj oleh pihak yang ingin menghuru-harakan keadaan dinegeri Selangor. Laporan yang diterima, terdapat ramai dikalangan mereka yang menyertai demonstrasi tersebut bukanlah penduduk seksyen 23. Persoalannya mengapa mereka juga turut serta?

Apakah reaksi anda yang beragama Islam jika Quran dibakar dan dipijak dihadapan anda? Anda fikirkanlah sendiri.

Apapun kita tunggu reaksi selanjutnya dari Perdana Menteri dalam masa yang terdekat ini.

http://kedahlanie.blogspot.com
30.8.2009

No comments: