ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Tuesday, September 1, 2009

ABDUL HADI:PERJUANGAN KEMERDEKAAN BELUM SELESAI

Perjuangan kemerdekaan belum selesai: Abdul Hadi

SHAH ALAM - Pas akan terus membawa perjuangan kemerdekaan yang sebenarnya masih belum selesai daripada kaca mata pemimpin parti itu, walaupun negara sudah merdeka 52 tahun.

Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang berkata, Pas menganggap perjuangan menuntut kemerdekaan tidak akan selesai selagi wujud warisan penjajah, bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat hari ini.

Menurutnya, semangat memperjuangkan kemerdekaan timbul setelah menjadi mangsa kezaliman di kalangan pemimpin UMNO sejak dulu lagi.

“Pas tidak akan menyerah kalah, parti pertama memperjuangkan kemerdekaan yang merupakan mata rantai perjuangan sejak kedatangan Islam yang membawa kemerdekaan sebenar,” katanya.

Abdul Hadi berkata, kemerdekaan yang dibawa Nabi Muhammad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk, dengan memberi fokus mengabdikan diri kepada Allah SWT.

“Itulah makna kemerdekaan sebenar. Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum selesai,” katanya.

Mengenai erti perjuangan kemerdekaan sebenar, beliau berkata, membebaskan diri daripada mengabdikan diri sesama manusia, sama ada ideologi, teori atau kepimpinan berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara ditegah Allah SWT.

http://wwww.sinarharian.com.my
1.9.2009

No comments: