ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Tuesday, August 11, 2009

Penamaan Calon Permatang Pasir dan Hari Pengundian

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang ialah 17 Ogos ini, manakala pengundian 25 Ogos jika ada pertandingan. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Speaker DUN Pulau Pinang 3 Ogos lalu, tiga hari selepas penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia kerana sakit jantung dan bersetuju bahawa kekosongan kerusi DUN berkenaan berkuat kuasa 1 Ogos.

“SPR menetapkan daftar pemilih menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2009 yang dikemas kini sehingga 31 Julai 2009, mengandungi 20,290 pemilih, termasuk seorang pengundi pos,” katanya pada sidang media di Pejabat SPR di sini, semalam. Abdul Aziz berkata, SPR memutuskan menggunakan Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi dan lapan sekolah akan dijadikan pusat mengundi.

“Bagi urusan pengundian pula, proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, manakala pusat mengundi pula, sebanyak lapan pusat mengundi yang melibatkan lapan sekolah dan 39 tempat mengundi (saluran). “Pada pilihan raya kecil ini, seramai 423 petugas terbabit dalam pengendalian pilihan raya kecil itu dan mereka akan diberikan latihan mencukupi bagi memastikan proses pilihan raya itu berjalan lancar,” katanya.

”SPR juga akan menubuhkan tiga Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) mengikut Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang akan memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen dari 17 Ogos 2009 sehingga tamat hari mengundi,” katanya. Daftar pemilih pilihan raya berkenaan mula dijual pada 14 Ogos dan pengundi boleh membuat semakan menerusi laman web rasmi SPR www.spr.gov.my. Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 14 Ogos ini. Pengundi juga boleh Raya Negeri Pulau Pinang di talian 04-2617692.

www.sinarharian.com.my,
11.8.2009

No comments: