ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Tuesday, June 15, 2010

10 perkara jamin kepentingan orang Melayu Kampung Baru

KUALA LUMPUR: Kepentingan orang Melayu di Kampung Baru terjamin menerusi 10 perkara mengenai kaedah pelaksanaan pembangunan di kawasan itu yang dikemukakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB).

Kaedah pelaksanaan itu turut dipersetujui oleh 18 tokoh anak tempatan Kampung Baru yang mewakili pemilik dan pewaris tanah pada sesi penerangan Cadangan Kaedah Pelaksanaan Pembangunan Kampung Baru bersama Menteri KWPKB, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, semalam.
Raja Nong Chik berkata, perkara yang mendapat kata putus adalah pembangunan secara komprehensif dipersetujui di 55.5 hektar (222 ekar) kawasan emas yang dikekalkan sebagai hak milik orang Melayu manakala 20 hektar (80 ekar) lagi kawasan dimiliki oleh kerajaan, yang boleh disewakan kepada orang bukan Melayu dengan kadar 60:40.“Dalam hal ini, nisbah 60:40 akan diguna pakai di atas kawasan milik kerajaan iaitu orang bukan Melayu boleh menyewa dengan nisbah 40 di kawasan 20 hektar yang dimajukan ini. Hak milik tanah emas yang dianugerahkan oleh Sultan Selangor kepada orang Melayu akan dikekalkan,” katanya.

Permintaan pemilik atau pewaris untuk menukar status tanah pertanian kepada tanah komersial juga dipersetujui dengan mengekalkan pemilikan tetap kepada Bumiputera dan ciri kebudayaan Melayu turut dipastikan terus dipelihara.

Bagaimanapun, katanya, pembangunan yang dimajukan termasuk di kawasan emas boleh disewakan kepada sesiapa saja tanpa mengira kaum untuk jangkamasa ditentukan pemaju.

“Pemaju terpilih untuk memajukan kawasan ini diberikan tanggungjawab mendapatkan harga yang adil kepada pemilik dan membangunkan kawasan berke-naan secara sama rata tanpa mengira statusnya sama ada bangunan bertaraf hijau atau untuk tujuan komersial,” katanya.
Turut dipersetujui, permintaan pemilik dan pewaris tidak dipertanggungjawabkan dengan bayaran premium apabila tanah mereka dimajukan.

Laman web khas kwp.gov.my//kampungbaru boleh dilayari orang ramai untuk memberi maklum balas berhubung pelan khas berkenaan.

Sumber: Berita Harian, 15 Jun,2010.

No comments: