ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Wednesday, June 16, 2010

CALON BUKAN ISLAM DALAM PILIHANRAYA?

Perkembangan terbaru politik tanahair ialah PAS bersedia memberi laluan kepada orang bukan Islam untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Setakat mana cadangan ini dipraktikkan belumlah diketahui. Soalnya apabila sesebuah parti Islam mengambil orang bukan Islam menjadi calon, ia akan menimbulkan polemik berpanjangan di kalangan masyarakat massa termasuk media elektronik dan media cetak.

2. Lebih kurang 10 tahun dahulu PAS tidak menggalakkan percampuran di antara Islam dan bukan Islam. Ketika itu pandangan-pandangan PAS agak agresif dan kurang sesuai dengan suasana masyarakat majmuk di Malaysia. Namun akhir-akhir ini, setelah PAS sekian lama berada dalam Pakatan Rakyat, akhirnya ia memutuskan untuk membenarkan calon bukan Islam bertanding atas nama Parti Islam. Ini adalah satu toleransi agama yang saya kira agak longgar yang diberikan oleh PAS kepada masyarakat Malaysia.

3.Saya tidak menentang atau ingin memprovokasi isu ini sebagai satu modal politik sebagaimana yang dilakukan oleh penyokong-penyokong BN. Namun perubahan dasar ini amat jauh berbeza dari sikap PAS 10 tahun dahulu.Begitu pun, apa yang kita harapkan PAS tidak mengorbankan prinsip Islamnya sehingga menyerapkan non Muslim ke dalam sistem perlaksanaan dasar-dasar pemerintahan. Tidak ada salahnya mengambil bukan Islam berkhidmat dalam kerajaan sepertimana yang diulas oleh Sheikh Muhammad Abduh dalam beberapa tulisannya, atau ulasan-ulasan oleh Dr. Yusoff AlQardhawy, bahkan pernah ada Khalifah mengambil doktor peribadinya dari kalangan bukan Islam.

4. Namun mengambil calon sehingga ke peringkat ADUN atau MP akab melibatkan pembuatan dasar itu sendiri, seperti mana yang kita ketahui Parlimen berperanan sebagai pembuat keputusan dalam satu-satu masalah yang melibatkan rakyat dan undang-undang. Dengan demikian PAS haruslah berhati-hati dalam soal ini agar prinsip parti atau prinsip Islam itu tidak terkorban semata-mata untuk mendapatkan kuasa memerintah negara. Namun kita percaya, PAS mempunyai ramai alim ulama yang memahami hukam hakam, bahkan TG Abd Hadi dan Uztaz harun Taib adalah pakar dalam siyasah syar'iyyah atau sains politik Islam.

AlKundangi,
16.6.2010.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum..
ana minta izin tuk ambil artikel ni tuk rujukan..