ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Tuesday, August 17, 2010

Anwar Dikecewakan Lagi, Mahkamah Tolak Permohonan Gugurkan Kes Fitnah II

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan dengan kekecewaan apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ketua Pembangkang untuk menggugurkan tertuduhan Fitnah II terhadapnya.

Ketika membacakan keputusannya pagi tadi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata dakwaan hubungan romantis pengadu dan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif tidak menjejaskan integriti pihak pendakwaan.

Hakim pengulangi pendirian Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail semasa memgumumkan pengguguran Farah daripada pasukan pendakwaan bahawa peranan peguam itu dalam kes tersebut hanya terhad kepada mengambil nota.

"Farah tidak ada akses pada kertas penyiasatan, maknanya Saiful pun tidak ada akses," kata Mohamad Zabidin.

Atas alasan itu kata hakil lagi dakwaan pihak pembelaan Anwar tidak mendapat perbicaraan yang adil disebabkan hubungan sulit itu tidak timbul.

Sebelum itu Anwar juga telah membuat laporan polis terhadap Saiful dan Farah mendesak agar pihak polis menyiasat dakwaan itu.

Pada prosiding perbicaraan sebelum ini Anwar juga berusaha untuk menggugurkan kes beliau dengan berhujah dakwaan itu lemah berdasarkan "tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur/rektum", namun hakim menolak permohonan beliau pada peringkat Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan akhirnya Mahkamah Persekutuan.


Perbicaraan yang disambung semula pagi ini selepas ditangguhkan pada 10 Ogos lalu bermula dengan penghujahan ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh yang menegaskan berikutan hubungan sulit tersebut, Saiful didakwa mempunyai akses terhadap kertas siasatan dan dokumen sensitif berkaitan.

Ketika menemu media du perkarangan mahkamah, peguam Sankara Nair berkata pihaknya kecewa dengan keputusan tersebut kerana sebelum ini mereka juga gagal untuk mendapatkan kebenaran menampilkan Farah dan Saiful ke mahkamah bagi menuntut mereka membuat penafian hubungan sulit tersebut.

"Keputusan pagi ini sangat mengecewakan. Namun, kami akan failkan notis rayuan dan juga permohonan bagi menangguhkan perbicaraan pada jam 1.00 tengah hari ini," kata Sankara.

Sumber:Suara Keadilan,
17.8.2010

No comments: