PAS + DAP + PKR = PR , atau PAS + UMNO + MCA + MIC = BN , Mana Lebih Afdal !!
Oleh: ulitmayang
"Image Hosted by ImageShack.usAda berita yang mendukacitakan orang – orang Melayu hari ini. Walaupun sudah begitu lama ianya berlaku , tetapi hari ini dan minggu ini ianya dibicarakan secara rasmi , secara terbuka , tanpa berselindung , bukan sebelah pihak tetapi kedua – dua belah pihak , samada pemerintah dalam erti kata UMNO di peringkat pusat , mahupun sebagai pembangkang di peringkat negeri , iaitu di Pulau Pinang.
Secara rasminya , UMNO akhirnya mengaku , bahawa mereka lah yang bertanggungjawab melenyapkan , menjual dan melelong tanah – tanah milik orang Melayu , selama 50 tahun lalu , khususnya di negeri Pulau Pinang.
Hari ini dan minggu ini , berlaku satu episode duka orang – orang Melayu bilamana PAS begitu komited dan tekad untuk menggantikan UMNO di peringkat pusat , iaitu mengambil alih Putrajaya bersama – sama ‘taukeh’ mereka dalam Pakatan Rakyat , ia itu DAP.
DAP yang dikatakan bersama – sama PKR telah berjaya memperalatkan PAS , sejak selepas PRU 12 , tanggal 08 Mac 2008 lalu , bagi tujuan mengekalkan kuasa pemerintahan oarng – orang Cina di Pulau Pinang. Orang – orang Melayu dikatakan terus ditindas di bawah pemerintahan LGE hari ini.
Jadi seruan berbunyi " UMNO terus ajak PAS bersama BN , bukannya gantiikan UMNO - BN" , ada kebenarannya. Menurut orang yang membuat seruan ini , kedudukan PAS akan lebih baik jika komponen Pakatan Rakyat (PR) itu bersama BN daripada terus berganding dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
“PKR dan DAP itu hanya membebankan PAS. “PAS akan lebih baik bersama Umno-BN bukan bersama PKR dan DAP yang tidak sehaluan dengan PAS,”. PAS kena fikirkan kedudukan dalam Pakatan Rakyat, samada berdiri sendiri atau bersama BN,”.
Seruan di atas tadi lahir ekoran dari forum yang diadakan oleh PAS , dan cetusan idea TGHH dan diulas lanjut oleh KP PAS , dimana katanya " sudah sampai masa UMNO diganti" . Dalam seminar dan forum tersebut , yang bertajuk " PAS sedia ganti UMNO" , tidak lah diketahui apakah rasionalnya diadakan , dan seruan ke arah itu , setelah baru berlalu 1 minggu kekalahan PAS di PRK Galas dan PKR di Batu Sapi , dimana bedah siasat ‘ post mortem’ bagi mencari punca sebenar kekalahan masih belum secara rasmi diumumkan , Presiden PAS sudah bercakap besar untuk menggantikan UMNO ketika mengambil alih Putrajaya dalam PRU 13 nanti.
Strategi apakah yang akan digunakan oleh TGHH dan sekalian para pemimpin PR bagi menawan Putrajaya , sedangkan Galas yang dah ada dalam tangan boleh terlepas ? Begitu juga dengan kejayaan BN menambah bilangan undi majoriti di Batu Sapi !!!
Catatan
Barangkali , tulisan di atas merupakan ulasan orang – orang UMNO , ekoran dari seruan TGHH supaya UMNO bersikap gentleman , “sekiranya” kalah dalam PRU 13 nanti. Barangkali juga , ajakan KP UMNO supaya PAS lebih baik bersama UMNO , MIC dan MCA mengukuhkan BN. Bahkan , tidak salah sekiranya masih ada lagi pemimpin – pemimpin PAS yang masih mengimpikan ‘UG’ , turut bersetuju dengan saranan UMNO di atas tadi.
Jadi bagi mereka ini , formula PAS + UMNO + MCA + MIC = BN adalah lebih afdal. UMNO dah banyak berubah dan bersedia untuk melakukan “transformasi” politik , sepertimana kerajaan BN kelolaan UMNO sudah pun melakukan “transformasi” ekonomi kini.
tranungkite.net/v11
"
No comments:
Post a Comment