Setiapkali kita ke kedai kopi, berkumpul dan borak-borak santai selepas solat terawih, kita sering berdepan dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang bercakap pasal bisnes, adaa hal keluarga, ada hal agama ada hal politik dan sebagainya. Apa yang hendak kita fokuskan di sini dalam tulisan singkat ini ialah cakap-cakap politik oleh kawan-kawan kedai kopi itu tadi.
Biasanya mereka yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik akan menyatakan mereka tidak kisah, parti mana pun yang menang, asal dia senang, cari maka, negara aman, tiada gaduh-gaduh, dan yang penting, Melayu mesti jadi tunggak pemerintahan. Golongan ini biasanya tidak mendukung mana-mana ideologi politik, dan bagi mereka survival hidup lebih penting. Mereka mungkin tidak sedar bahawa harga sekilogram gula pun ditentukan oleh politik, begitu juga harga minyak, barang keperluan utama dan lain-lain.
Ada juga golongan yang bercakap tentang kerajaan sekarang dan kebaikannya. Jika kerajaan kalah dalam PRU13, keadaan dalam negeri pasti huru hara. Alasannya samalah seperti 13 Mei dulu. Jika Pakatan Rakyat menang, mereka akan lantik bangsa lain jadi Menteri Besar, mungkin juga Perdana Menteri. Mereka bercakap berapi-api seolah-olah berada dalam forum politik. Kalau pakatan rakyat menang, habislah negeri ini, kacau bilau, susah nak cari makan, tiada kestabilan dan pelbagai sangkaan negatif. Inilah mentaliti penyokong BN. Kepada orang ini kita harus yakinkan bahawa setiap parti ada agendanya sendiri. Ada kerajaan bayangannya seperti yang pernah kita tulis dalam blog ini. Boleh semak arkib.Adakah pertukaran pemerintah di Amerika, Britain, dan terbaru di Mesir, menjadikan negera itu huru hara? Tetapi itulah watak penyokong BN, mereka akan bermati-matian mempertahankan pendapatnya. Kepada mereka kita perlu terangkan apa pentingnya perubahan, apakah maknanya pertukaran kerajaan. bagaimana kalau satu-satu parti itu memerintah terlalu lama. Bagaimana pemimpin kerajaan mengumpulkan kekayaan pribadi dan kroninya. Mengapa harga barang saban waktu ada sahaja yang naik, tidak pernah turun. Mengapa sistem dua parti umpamanya penting untuk perimbangan kuasa dan penggunaan kuasa yang berlebihan dan sebagainya.
Sekiranya kita dapat meyakinkan golongan ini, pakatan rakyat ada harapan dalam PRU13 nanti. Marilah sama-sama kita usahakannya. Meyakinkan mereka yang tidak yakin, dan menurunkan mereka yang duduk di atas pagar serta mengubah pendirian mereka yang tidak memihak. Ia bukan kerja mudah,ya, namun kita harus usahakannya jika inginkan lanskap politik Malaysia berubah ke arah yang lebih baik dan berkebajikan.
alkundangi,
30.7.2012.
No comments:
Post a Comment