ads
emel kepada (pendapat,komen, artikel)
zainal55@yahoo.com
Tuesday, August 7, 2012
KETERBUKAAN INTELEKTUAL DAN UNISEL
Akhir-akhir ini Kerajaan Pakatan Selangor diserang dari pelbagai sudut oleh UMNO/BN. Tujuannya cuma satu, iaitu untuk merampas kembali negeri terkaya itu pada PRU13. Kes Lembu Korban, kes Elizibeth Wong, Beng Hock, Syabas dan pelbagai isu digunakan untuk mengoncang kestabilan politik Kerajaan Selangor. Universiti Industri Selangor tidak terkecuali dalam hal ini, ia turut diserang dari pelbagai arah, dan terbaru kerajaan BN berjanji akan menjadikan Unisel sebagai Universiti Awam (IPTA) jika ia berjaya merampas kembali Selangor pada PRU13 ini.
Permainan kotor BN memang sudah diketahui umum, tak perlu disembunyikan lagi. Soalnya kenapa Unisel dijadikan sasaran politiking dalam usaha merampas kembali Selangor. Universiti adalah sebuah medan di mana anak-anak muda berkembang pemikirannya dan melahirkan seramai mungkin intelektual bangsa demi masa hadapan bangsa dan negara ini. Universiti tidak sepatutnya diheret ke kancah politik, kerana di situlah anak-anak muda bangsa dididik untuk menjadi pemimpin masa hadapan. Jika sebuah Universiti sering diserang atas tujuan politik, kemungkinan perkembangan intelektual akan terbantut di Universiti berkenaan.
Biarkanlah universiti berkembang mengikut arahnya sendiri. Tidak perlu campurtangan politik demi untuk mengekalkan kuasa. Jika hal itu terjadi, ia telah dan akan memperjudikan nasib dan masa depan bangsa sendiri dalam menuju sebuah negara maju dan berwawasan. Pihak BN tidak sepatutnya mempolitikkan Unisel untuk kepentingan kuasanya. Keterbukaan adalah penting dalam menjamin perkembangan intelektual sesuatu bangsa. Sayangilah bangsa sendiri untuk masa depan negara, tanpa mengira parti mana yang memerintah. Janganlah kita merancang untuk melahirkan profesor-profesor kangkung yang tidak sedikit pun berguna untuk perkembangan intelektual sesuatu bangsa. Satu bangsa akan menjadi kuat jika perkembangan minda tidak disekat, dan tidak disalurkan menurut satu pendapat sahaja. Kepelbagaian melahirkan kematangan, kematangan berfikir, kematangan ilmu termasuk kematangan berpolitik.
alkundangi,
7.8.2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment