ads
emel kepada (pendapat,komen, artikel)
zainal55@yahoo.com
Tuesday, March 29, 2016
Hilang Kepekaan
Malaysia tanah airku kini penduduknya 31 juta. Maka pelbagai masalah mula timbul. Jenayah meningkat akibat tekanan ekonomi, kekurangan pekerjaan, pengangguran , kurang keselesaan hidup dan sebagainya. Semalam saya pergi Aeon Rawang nak sembahyang maghrib, nak masuk surau beratur nak ambil air sembahyang beratur, nak semabahyang bertarur walau pun surau tu besar,orang ramai.Jalan raya hari hari sesak. Apalagi kalau hujung minggu, lagi sesak, rasa bosan nak keluar rumah. Bila orang terlampau ramai, barangan jadi kurang permintaan jadi banyak.Atau dalam bahasa ekonomi permintaan melebihi pengeluaran . Harga barang pun menjadi tinggi bahkan kadangkala tidak ada barang yang kita perlukan..dah habis kena beli.
Itu tak termasuk masah cukai lagi GST 6%. Bertambahlah perbelanjaan kita sedangkan pendapatan tak bertambah.Yang bertambah ialah hutang...Penggunaan smart phone menyebabkan oorang ramai asyik dengan diri sendiri, kurang memerhatikan kisah sekeliling.Tak peka kepada alam sekitar. Tak mesra. Bercakap dengan kita pun sambil main iphone, bercakap macam tak sungguh, ini membosankan, gaya hidup kini..Apa akan jadi 5 tahun akan datang? Maka orang ramai pun hilang kepekaan terhadap jiran dan masyarakatnya, apa yang terjadi, apa yang sedang berlaku...inilah buruk baik smartphone..banyak lagi.. tak tertuliskan..
catatan Alkundangi
29.3.2016.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment