ads
emel kepada (pendapat,komen, artikel)
zainal55@yahoo.com
Wednesday, July 20, 2016
Pakatan Pembangkang, Tun Mahathir dan Parti Baharu
Gabungan Pakatan Rakyat telah pun berkubut sejak keluarnya Pas dari gabungan itu. Pakatan harapan menggantikan pakatan pembangkang. Namun kewujudan Pakatan Harapan dan keenggan Pas untuk turut serta telah memperlihatkan kegagalan di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Jika pembangkang ingin mengalahkan BN ,pembangkang harus mewujudkan pakatan barharu disertai semua parti pembangkang. Namun Pas kini masih bersendirian. Itu salah satu punca kegagalan di PRK itu.
Namun T.Mahathir pula cuba mewujudkan parti baharu. Tentu ia tak selesa dengan Pakatan Harapan yang banyak tidak sehaluan dengannya. Adakah relevan Tun berbuat demikian? Jawab saya tidak .Tun sudah 90 tahun, tidak lagi sesuai memimpin parti. Sebaiknya bergabung saja dengan parti-parti yang ada.Pas pun tidak senang dengannya, kerana sejarah lampaunya banyak menyusahkan Pas.
Oleh itu carilah alternatif lain. Bagi orang lain jadi pemimpin, atau bergabung sahaja dengan Amanah atau PKR..Jika parti baharu dibuat pembangkang akan tambah berpecah, ada ikut Mahathir ada tidak. Carilah formula yang terbaik.
alKundangi
20.7.2016. .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment