ads
emel kepada (pendapat,komen, artikel)
zainal55@yahoo.com
Tuesday, July 19, 2016
Terorrisme
Kebelakangan ini keganasan yang dikatakan dilakukan oleh puak-puak militan Islam semakin menjadi-jadi. Negara kita pun sudah menjadi sasarannya,.Pihak Polis pun telah meningkatkan tahap keselamatan negara untuk menghalang keganasan yang semakin berleluasa. Soalnya siapakah sebenarnya di sebalik keganasan itu? Ketika Perancis baru diserang baru-baru ini, Obama, Presiden US menyebutkan akan meningkatkan serangan ke atas Syria dan Iraq. Negeri umat Islam.
Kita pun mengutuk keganasan ini. Namun berdasarkan kajian, ia sebenarnya di dalangi oleh Pihak Barat sendiri. Ketika serangan 9/11 umpamanya yang belum lagi ternoktah kesannya, 4000 manusia mati dalam tragedi itu. Tetapi kemudian Osama yang dipersalahkan dan Afghanistan hancur diserang. Negara umat Islam.
Nampaknya keganasan ini adalah alasan pihak Barat untuk menyerang umat Islam di mana-mana. Kini Obama menekankan akan meningkatkan ketenteraan di Syria dan Iraq. Tentera di Afganistan tidak jadi dikurangkan, walaupun sebelum itu ada rancangan untuk mengurangkan tentera US di Afghanistan.
Kita pun terikut-ikut untuk menghalang keganasan ini dari berlaku. Ia memang perlu pun kerana kesannya melibatkan ramai nyawa dan harta benda musnah. Tetapi kita juga seharusnya mencari satu resolusi bagaimana untuk menghalang mereka yang membiayai dan ,merancang keganasan itu sendiri yang akhirnya akan memusnahkan Islam dan umatnya. Kita sebenarnya tersepit di tengah-tengah isu terrorisme ini.
AlKundangi,
19.7.2016.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment