ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Wednesday, October 7, 2020

Pantun

Pantun?

Kebelakangan ini timbul beberapa grup yang menjadikan pantun sebagai mediumnya. Percambahan grup pantun di media sosial ini menampakkan masyarakat kita khasnya Melayu mula kembali kepada akar tradisinya.
Pantun adalah tergolong dalam sastera lisan Melayu. Suatu masa dulu pantun sering digunakan dalam majlis- majlis rasmi seperti meminang, memulakan ucapan dalam majlis rasmi dan sebagainya.
Di ketika yang lain pula pantun mendapat tempat di radio Malaysia/Malaya dan mewujudkan slot berbalas pantun, sehingga melahirkan tokoh- tokoh terkenal seperti A. Karim Mohammad dan Chuari Selamat.
Percambahan grup pemantun di media sosial ini menghidupkan semula sastera rakyat itu yang selama ini sudah pun hampir tenggelam oleh benturan globalisasi. Cuma apa yang kita harap para admin grup pemantun ini dapat memberi panduan umum mengenai pantun pantun yang baik dan menepati genre pantun itu sendiri.
Kita melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif untuk masyarakat dan budaya Melayu. Sekaligus kita berharap orang Melayu kembali kepada akarnya yang penuh sopan dan beradap dan kembali kepada agamanya iaitu lslam dan akan ada pula usaha untuk memartabatkan kembali tulisan jawi.
Ibnu Lazim,
3.10.2020.
23.46 PM.

No comments: