EN Siri 4
Aku menghidupkan enjin kereta. Handbreak kulepaskan . Aku harus segera pulang kerana pada waktu-waktu begini jalan raya agak sesak. Perlahan-lahan aku melalui jalan sempit itu. Dulu jalan ini agak meriah dan penduduknya agak ramai. Namun tarikan kehidupan bandar menyebabkan anak-anak kampung berhijrah mencari kehidupan yang lebih baik.
Peluang pekerjaan di kampung juga berkurangan. Ladang getah dan sawah padi sudah ditinggalkan. Anak-ansk muda lebih suka bekerja di kilang-kilang atau memohon kerja dengan kerajaan. Orang-orang tua ramai yang sudah tiada. Sudah kembali ke pangkuan lillahi. Ayah ibuku sudah lebih sepuluh tahun kembali ke alam abadi.
Tanpa sedar aku sudah hampir melintasi rumah pusaka En. Terlalu banyak kenangan yang tinggalkan di situ. Biasanya setiap hari raya aku mengunjungi rumah itu. Ketika melalui zaman remaja, Enlah yang sering melayaniku. Ayah ibunya meninggalkan kami berdua menikmati biskut raya. Seolah-olah mereka memberi laluan kepada kami berdua.
Aku terbayang-bayang En sedang melambai-lambaiku mengajak singgah di rumahnya. " Engkaulah itu En?" bisik hati kecilku. Atau akukah yang sedang dilanda oleh kenangan yang tidak berkesudahan?
Seawaktu cuti semester , aku sering pulang dan menolong ayah ibuku mengerjakan sawah ladang dan menoreh getah. Kadangkala aku bertanam sayur untuk menampung keperluan harian keluarga. Oleh kerana terlalu banyak mencurahkan tenaga , suatu hari aku dilanda demam panas yang sukar untuk kebah. Setelah puas berubat di kampung akhirnya aku ke hospital dan terus dimasukkan ke wad.
Petang itu seperti biasa pada jam lima petang, para pesakit dibenarkan menerima pelawat. Aku jua tidak ketinggalan. Ramai sahabat handai dan rakan taulan datang melawat. Tiba-tiba dari jauh aku tenampak kelibat wajah En menuju ke katilku. Aku menggosok-gosok mata yang tidak gatal. Memang benar Enlah itu. Tidak salah penglihatanku ini. Tetapi En diiringi oleh seorang lelaki yang tidak pernah kukenal, Hatiku berdebar-debar. Siapakah lelaki itu. Namun aku kuatkan semangatku untuk menerima kunjungan En bersama lelaki yang tidak kukenal itu.
"Agaknya kawan sekuliah," aku memberi jawaban kepada diriku sendiri. Namun debaran di dada kian kencang. Siapakah dia? Adakah En sudah memiliki teman baru yang lebih kacak dan bergaya?
"Siapakah dia?'" Soalan itu bergema di dalam kepalaku."Siapa"?
2,10.2020.
BTP.
No comments:
Post a Comment