Sesekali
Sesekali
seperti malam ini
sambil menunggu, budak penghantar cepat, sempat kuselami hatimu
namun tak kutahu
ke mana arahnya, kerana kausebut
semua arah
tinggal aku
tanpa arah.
Sesekali
seperti malam ini
kukenang mimpi
semalam
kaudatang
tanpa kata
lalu Aku
mencari arah kaudatang
dan bila terjaga
aku masih tidak tahu
dari mana arah itu
Sesekali,
kukukira
arah itu di hatimu, maaf kalau aku, salah meneka.
Sesekali,
tanpa kuduga, aku
kehilangan arah.
Ibnu Lazim,
24.3.2022.
No comments:
Post a Comment