ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Monday, August 28, 2023

Ulasan Puisi5

 Selebriti Sasterawan Di Medsos- Siri 13 bhg.1


Ulasan puisi dalam siri ini kini sudah mencapai angka ke 13. Apakah siri-siri terdahulu meninggalkan kesan kepada pembaca dan selebriti terlibat tidak saya ketahui dan jangkakan. Begitupun saya  cuba meneruskan siri ini sehingga ke satu titik Yang belum diketahui. Puisi kadangkala tidak difahami oleh audien terutama yang terlampau banyak analogi dan majaz serta metafora sehingga sulit untuk memahaminya.


Dengan begitu ia memerlukan ulasan dan kritikan, ulasan untuk pembaca dan kritikan dan pandangan adalah untuk penulis juga pembaca.


Tokoh kali ini adalah LiaKesuma, nama yang sudah lama saya temui sewaktu memulakan ulasan di Medsos ini, sejak 2021. Lia menggarap tema yang agak pelbagai menerusi puisi-puisinya. Menurut Lia, ia menulis perkara-perkara yang berlaku dalam masyarakat kita, dengan mengambil pengajaran darinya, dengan menyampaikannya dalam bahasa yang indah terutama puisi. Memang puisi itu dipenuhi keindahan dan perbandingan yang baik dan kadangkala mempesona di samping berirama dan agak muzikal (Muhammad Hj Salleh). Namun ia tidaklah berbicara semuanya dan tidak untuk semua orang (Baha Zain).


Kita lihat dulu sebuah puisi Lia yang agak pendek, tetapi agak filosofis :


nyiur


yang sudah pergi

tidak apa-apa untuk ditangisi

tapi bukan untuk diratapi

Tuhan tidak mengizini


persis setandan nyiur

yang komeng agar gugur

yang bugar akan subur

begitu alam mengkias  luhur


Liakesuma

23/8/23


Sajak ini bertajuk Nyiur, atau dalam bahasa persuratan disebut kelapa. Sajak ini menyentuh orang yang sudah kembali ke alam abadi, namun kenapa dikaitkan dengan Nyiur?.


Tulis Lia; 

Yang sudah pergi tiada apa untuk ditangisi

tapi bukan untuk diratapi..


Ya, yang sudah pergi tidak akan kembali, tidak perlu diratapi..lni adalah kitaran hidup. Dan Lia membandingkannya dengan setandan kelapa. Yang sudah cukup komeng( Tua) akan gugur,  yang bugar terus subur. Demikian alam menunjukkan kitaran hidup ini. Manusia tidak hidup selamanya, yang muda akan menggantikannya. Begitulah sunnah alam. Atau kehendak Tuhan. Hidup silih berganti. Itulah sebenarnya hidup. Kesementaraan, kata Muhammad Hj Salleh. Dalam lslam ia adalah ujian , dan tidak perlulah mengumpul harta bertimbun untuk 'kesementaraan' ini.


Dari segi teknik Lia banyak menggunakan rima akhir yang sama. Pada rangkap pertama huruf i digunakan dan di rangkap kedua huruf r. Demikian Lia, dalam sebuah sajak sederhanan  yang mula meminati puisi sejak di bangku sekolah lagi. Kita akan cuba melihat sajak-sajaknya yang lain pada siri akan datang.


Ibnulazim ,

28.8.2023.

No comments: