Sesusun Kata kata Sekuntum Bunga
Di tengah malam sepi begini
kususun kata demi kata, untuk sebuah puisi, tak seberapa kerana hubungan belum akrab, namun janji perlu dilunasi.
Kukenal dirimu, lewat media ini, jarang bicara apa lagi seloroh gurau senda demikian puisi tak sampai ke jiwa.
Kau seorang insan sopan
kukenal lewat laman ini, menjalin persahabatan di kesibukan putaran hari dan masa depan yang tak pasti.
Mawar, puisi ini untukmu dengan jarak usia berbeza, sebagai tanda persahabatan, semoga kenal ke hujung zaman.
Mawar, kau seputih namamu, sehingga Aku rasa malu, kerana Aku manusia biasa, berwarna, tak seputih hatimu yang bersih dan suci.
Ibnulazim,
13.9.2024.
No comments:
Post a Comment