ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Tuesday, June 15, 2010

10 perkara jamin kepentingan orang Melayu Kampung Baru

KUALA LUMPUR: Kepentingan orang Melayu di Kampung Baru terjamin menerusi 10 perkara mengenai kaedah pelaksanaan pembangunan di kawasan itu yang dikemukakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB).

Kaedah pelaksanaan itu turut dipersetujui oleh 18 tokoh anak tempatan Kampung Baru yang mewakili pemilik dan pewaris tanah pada sesi penerangan Cadangan Kaedah Pelaksanaan Pembangunan Kampung Baru bersama Menteri KWPKB, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, semalam.
Raja Nong Chik berkata, perkara yang mendapat kata putus adalah pembangunan secara komprehensif dipersetujui di 55.5 hektar (222 ekar) kawasan emas yang dikekalkan sebagai hak milik orang Melayu manakala 20 hektar (80 ekar) lagi kawasan dimiliki oleh kerajaan, yang boleh disewakan kepada orang bukan Melayu dengan kadar 60:40.“Dalam hal ini, nisbah 60:40 akan diguna pakai di atas kawasan milik kerajaan iaitu orang bukan Melayu boleh menyewa dengan nisbah 40 di kawasan 20 hektar yang dimajukan ini. Hak milik tanah emas yang dianugerahkan oleh Sultan Selangor kepada orang Melayu akan dikekalkan,” katanya.

Permintaan pemilik atau pewaris untuk menukar status tanah pertanian kepada tanah komersial juga dipersetujui dengan mengekalkan pemilikan tetap kepada Bumiputera dan ciri kebudayaan Melayu turut dipastikan terus dipelihara.

Bagaimanapun, katanya, pembangunan yang dimajukan termasuk di kawasan emas boleh disewakan kepada sesiapa saja tanpa mengira kaum untuk jangkamasa ditentukan pemaju.

“Pemaju terpilih untuk memajukan kawasan ini diberikan tanggungjawab mendapatkan harga yang adil kepada pemilik dan membangunkan kawasan berke-naan secara sama rata tanpa mengira statusnya sama ada bangunan bertaraf hijau atau untuk tujuan komersial,” katanya.
Turut dipersetujui, permintaan pemilik dan pewaris tidak dipertanggungjawabkan dengan bayaran premium apabila tanah mereka dimajukan.

Laman web khas kwp.gov.my//kampungbaru boleh dilayari orang ramai untuk memberi maklum balas berhubung pelan khas berkenaan.

Sumber: Berita Harian, 15 Jun,2010.

TIADA ISTILAH BERDAMAI DENGAN ISRAEL-WAKIL HAMAS

Sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-56, Ahli Jawatankuasa Kerja Hamas dari Palestin, Dr Munif Said turut dijemput hadir menyertai perjalanan muktamar tersebut

Dalam ucapannya dalam Muktamar Pemuda PAS Pusat ke-56 yang diterjemahkan oleh Ust Khalil Abd Hadi, "HAMAS memberikan penekanan terhadap 3 perkara iaitu:

1. Hamas tidak sekali-kali mengiktiraf Israel, tidak sekali-kali berdamai dgn Israel

2. Hamas percaya bahawa sekiranya umat Islam seluruh dunia bersatu, umat Islam akan berjaya membebaskan Palestine daripada Zionis

3. Hamas sentiasa wujud selagi ada umat Islam untuk memastikan Yahudi Zionis hancur sama sekali."

Pernyataan ini disambut dengan laungan takbir oleh para perwakilan.

Beliau juga menegaskan bahawa, "Hamas bukanlah semata-mata pergerakan Palestin, tetapi pergerakan seluruh umat Islam. Hamas merupakan kesinambungan kepada perjuangan Hizbullah di Lubnan dan umat Islam di Iraq juga sebagaimana kesinambungan kepada perjungan saudara-saudara sekalian juga."

Beliau juga menekankan bahawa sebagaiaman mereka menganggap HAMAS sebagai musuh, mereka Yahudi Zinois juga musuh utama HAMAS. Orang Yahudi yang datang ke Palestin, mereka bukan sahaja mahu menakluk Palestine tetapi mahu melihat umat Islam terhapus sama skali.

Oleh kerana itu, mereka berusaha untuk mencari jalan memecah belahkan umat Islam ini agar tidak dapat bangkit skali-kali.

"Anda sekalian telah melihat beberapa hari lepas, umat Islam dari seluruh pelusuk dunia menaiki kapal untuk rakyat Palestin di Gaza, mereka datang dari Turki, Palestin, saudara dari Malaysia, Indonesia, Pakistan dan bahkan dari kalangan dari orang bukan Islam."

"Ini risalah yang ditujukan kepada pemuda-pemuda untuk membebaskan bumi Palestin supaya mereka bangkit dan membebaskan al-Quds. Halatuju yang ditetapkan oleh Nabi, Allah menjanjikan berita gembira untuk golongan yang berjihad.

"Yakinlah bahawa sesunguhnya HAMAS akan terus cekal mempertahankan bumi Palestine, Gaza dan kami sgt yakin bahawa Allah akan memberikan kemenangan kepada kami."

Sumber:http://greenboc.blogspot.com/

USTAZ HASSAN SHUKRI MENINGGAL





Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri, 71, meninggal dunia di Hospital Selayang dekat sini kira-kira jam 1.50 petang semalam, akibat sakit jantung. Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiologi pagi semalam selepas mengadu sakit dada sejurus pulang dari menghadiri Sidang Muktamar PAS ke 56, di Kota Bharu malam kelmarin.

2. Hassan yang meninggalkan seorang isteri, dan enam anak berada di Kota Bharu sejak 9 Jun lalu kerana menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS selain perasmian Sidang Dewan Pemuda PAS sebelum pulang ke Ibu Negara malam kelmarin.

Sumber:Berita Harian,15.6.2010.

Monday, June 14, 2010

MENGAPA YAHUDI BIJAK?

MENGAPA YAHUDI BIJAK?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon,
14.6.2010
kiriman: Mansor Mohammad,
bye: Emel.

Friday, June 11, 2010

MUKTAMAR PAS-BLOGGER GIGIT KUKU?

(2) Muktamar PAS - Blogger gigit kuku ?
By albanjari at Wednesday, June 9, 2010, 11:40 AM

Cerita setahun yang lalu. Cerita Muktamar. Cerita blogger.



"..Sumbangan media baru khususnya media siber termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini di cengkam oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan UMNO BN telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, " kata Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Sebenarnya, walaupun tiada majlis penghargaan khusus untuk para blogger dan wartawan internet pada majlis muktamar pada tahun ini.

Namun pengiktirafan yang diberikan oleh Presiden PAS itu telah lama ditunggu oleh para blogger sekalian yang telah bertungkus-lumus selama ini memperjuangkan kebenaran dan keadilan melalui alam siber membantu Pakatan Rakyat mencapai kemenangan.

Moga-moga ibadah dan perjuangan kita ini dapat membantu kita berhadapan dengan ALLAH SWT di akhirat kelak.

Tapi betul ker pimpinan atas menghargai bloggers ni..tapi hakikatnya blogger tetap dipandang sebagai 'nobody'...kalau benar seperti yang TGHH sebut..blogger ini diiktiraf, kenapa bila kita nak mintak pas media dari urusetia tak dilayan.
'' kami tak berikan pas media kepada blogger..hanya media perdana sahaja diberi pas media muktamar''..alasan mereka,"kalau beri kat sorang blogger nanti semua blogger nak.." susah sangat ke kalau berikan untuk 2 @ 3 orang blogger pas media..? blogger bukan nak mintak keistimewaan apa sangat..dapat masuk semasa PC pun dah cukup la.

Kalau kita dengar ucapan dari perwkilan negeri Melaka disebut bagaimana media perdana ini mensensasikan akhbar mereka dengan memburukkan pimpinan PAS..tapi mereka2 ini juga la yang diiktiraf..blogger2 yang membawakan liputan yang benar tak diberi keistimewaan seperti media perdana..apa ni ?

Bila saya tanya ada wifi ke? pakai password ke..?..."ha'ah ada password..hanya unit IT aje yang boleh guna line wifi ni..orang lain tak boleh.

"hangin tol saya bila dia jawab macam tu...tapi sebagai muslim kita telah ditarbiyyah supaya bersabar...takpa lah saya tetap ucapkan terima kasih...bukan kebuluq sangat pun, pasal saya ada bawak broadband sendiri..cuma saya saja tanya tapi jawapan memang menghanginkan hatiku.

Saya telah mengikuti 2 program besar oleh 2 parti..satu semasa Kongres PKR di tempat yang sama Stadium Melawati Shah Alam...dan yang terkini Muktamar Tahunan PAS ke 55...2 parti yang besar. Saya sebagai ahli PAS tapi tidak menjangka ini cara pengurusan PAS, berbanding dengan PKR..kami blogger mendapat tempat bersama media perdana.

Memang saya kecewa dengan pengurusan PAS..untuk mendapat pas media kami telah ditolak mentah2 apatah lagi untuk mendapat liputan di dalam sidang media ... kami memang tak dapat..nak mintak letak recorder pun tak kasi..hina sungguh blogger ni rupanya.

Saya tunjuk kad media yang saya dapat dari kerajaan Pakatan Rakyat Perak oleh DS Nizar sendiri..tapi tetap tak diiktiraf. "akak ni ada pas media.., tapi pas yang bukan dari media perdana.." kata petugas.

"Ini pas dari kerajaan PR Perak. DS Nizar yang iktiraf blogger sebagai media kerajaan PR"

"kami tak kisah siapa yang beri..Nizar ke siapa ke..tapi akak bukan dari mana2 yang boleh kami beri pas media" Padan muka aku, aduiii hangat hati betul la dengar ayat tu...kalau nak bukak cerita dalam kain PAS ni memang banyak sungguh..tapi disebabkan sayangkan jemaah ummi tak sanggup nak bukak buruk parti sendiri..seperti bukak pekung di dada la pulak.

Tapi ummi luahkan ketidakpuasan hati ummi kerana perkara in tak sepatutnya berlaku terhadap blogger jemaah sendiri, kerana pimpinan sendiri telah memberi pengiktirafan kepada blogger kerana sumber berita yang kita sampaikan tidak seperti media arus perdana yang bermuka2.

Bak kata MSK sapa suruh gatai jadi blogger...sendiri tanggung la...kalau Topeng Perak pulak cakap..blogger ni dapat apa..dapat maki aje..kalau Cenangau kata pulak..blogger ni macam daun kari, untuk menyedapkan bau masakan hang buh la..masa nak makan hang daun tu kena tolak ketepi dan buang terus ke longkang.

Saya mengharapkan agar perkara ini diberi ruang sedikit untuk dipertimbangkan..permintaan blogger tidaklah besar sangat..tidak minta dilayan seperti media perdana pun sekurang2nya beri sedikit ruang untuk kami blogger berdiri dibelakang para media perdana pun tak apalah..jangan dihalau terus jauh2.

Sebelum para blogger rasa bosan dengan layanan yang begini harap ada sedikit perubahan minda dalam pengurusan pada majlis besar yang akan datang. Wallahualam. (sumber asal dipetik dari tulisan UmmiAnni blog)

Sumber:
http://politikbanjar.blogspot.com

Wednesday, June 9, 2010

CERAMAH YAHUDI & JUDI DIPINDAH LOKASI

Ceramah Yahudi & Judi Dipindah Lokasi, Empat Ditahan Polis
Wednesday, 09 June 2010 10:28 AM
Oleh Noor Safinas.

KUALA LUMPUR : Empat orang ditahan dalam satu sesi ceramah‘Yahudi dan Judi’ yang melibatkan pemimpin utama Pakatan Rakyat di Kompleks Muhibah Taman Bolton, di sini, malam semalam, selain dihalang pihak keselamatan dengan alasan dibuat di tempat terbuka.

Majlis yang sepatutnya dibuat di sebuah dewan tidak dapat diadakan kerana pihak penganjur tidak mendapat kuncinya.

Beberapa orang yang ditahan itu adalah dua anggota Unit Amal, Alfian dan Damanhuri, Ketua Pemuda Selangor, Ustaz Hasbullah dan Ketua Pemuda Gombak, Ustaz Sharhan.

Sumber dipetik media berkata, keempat-empat yang ditahan tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di Selayang.

Majlis ceramah yang melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Datuk Mahfuz Omar dipindahkan ke Stadium Selayang.

Turut menyampaikan ceramah ialah sukarelawan misi bantuan kemanusiaan Gaza yang ditahan tentera rejim Israel iaitu Mustafa Mansor (Mapim) dan Jamuliddin Elias (Yayasan Amal) pada majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad itu.

Walaupun tempat ceramah terpaksa dipindahkan, sekitar 5,000 orang sudah berada di dalam stadium pada kira-kira jam 10.30 malam semalam.

BEKAS SPEAKER DUN PERLIS MENINGGAL DUNIA

Bekas Speaker DUN Perlis Meninggal Dunia

Wednesday, 09 June 2010 12:43 PM
Oleh Noor Safinas (Emel penulis ini)


KUALA LUMPUR : Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Fadzil Mahmood, meninggal dunia di rumah di Kampung Surau, Utan Aji awal pagi ini, kira-kira sebulan selepas isteri beliau kembali ke rahmatullah.

Allahyarham yang berusia 73 tahun menghembuskan nafas terakhir di hadapan kesemua empat orang anaknya pada jam 3.30 pagi setelah dibawa pulang dari Hospital Tuanku Fauziah Kangar pada 6 petang semalam.

Beliau dirawat di situ sejak 2 Jun lalu kerana masalah jantung.

Anak ketiganya, Faisal, 35, berkata kematian ayahnya adalah 33 hari selepas ibunya, Datin Fatimah Ismail, 71, meninggal dunia.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Surau selepas zohor hari ini.

Fadzil menjadi Speaker dari 9 Sept 1986 hingga 4 Okt 1990 semasa Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh menjadi Menteri Besar.

Antara yang menziarahi jenazah alahyarham ialah Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Yazid Mat dan Anggota-anggota Exco Kerajaan negeri

MISI KE GAZA- IKAN LUMBA-LUMBA IRINGI KAPAL SEBELUM SERANGAN

Ikan lumba-lumba iringi kapal sebelum serangan



Peristiwa sedih, lucu, pelik tersirat pengajaran buat aktivis kemanusiaan ke Gaza

(Catatan peristiwa sebelum dan selepas diserang komando Israel)

KAPAL Mavi Marmara umpama madrasah bagi kami kerana di situlah semua sukarelawan yang terbabit dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza menerima pendidikan yang sangat berguna, sekali gus melatih jiwa dan hati kami untuk lebih dekat kepada Allah.

Perjalanan itu, meskipun tidak sempat menghabiskan misi kerana diserang komando Israel, cukup bermakna dalam membuka pelbagai pintu rahsia. Semua petugas umpama baru tamat dalam satu proses pendidikan mengenali erti kemanusiaan dan kehidupan sebenar sebagai hamba Allah.

Empat bulan lalu, hampir setiap hari saya membaca petikan Surah Al‘Imran yang bermaksud: “Para syuhada dianggap hidup di sisi Allah dan sentiasa meminta izin daripada-Nya untuk balik ke dunia dan bertemu dengan pejuang yang masih hidup bagi mengirimkan pesanan supaya jangan takut serta sedih.”

Ketika ayat itu dibacakan setiap hari, sebenarnya saya masih menaruh harapan supaya dibenarkan menyertai misi itu dan Alhamdulillah, berkat izin-Nya, saya akhirnya mendapat kesempatan itu sebagai rombongan terakhir bersama beberapa rakan lain selepas lapan petugas sudah pun bertolak lebih awal ke Istanbul.

Pada 22 Mei, kami bersama dua wakil media Astro Awani, tiba di lapangan terbang di Istanbul dan terpaksa bergegas, berlari ke kaunter tiket untuk mendapatkan pesawat ke Antalya, sebuah pelabuhan di Selatan Turki.

Keadaan kelam-kabut itu semata-mata untuk mendapatkan pesawat domestik dan ketika itu mulut ini tidak berhenti berzikir dan berdoa supaya kami berpeluang dan dapat tiba ke destinasi tepat pada masanya kerana tidak mahu terlepas kumpulan rombongan dan akhirnya, melegakan apabila kami dapat masuk ke pesawat lima minit sebelum ia berlepas.

Dalam pesawat itu, saya duduk di sebelah jurukamera Astro Awani, Samsul Kamal Abdul Latip yang jelas kelihatan masih terpinga-pinga dan seakan belum tahu apa kemungkinan bakal dihadapi dalam misi ini sedangkan dalam pemikiran saya sudah terbayang beberapa perkara yang boleh berlaku termasuk diserang oleh tentera Israel.

Hanya doa yang mampu dipanjatkan semoga kami semua tabah menghadapi sebarang kemungkinan terutama apabila membayangkan kapal kami mungkin dibom, ditawan atau diheret sekiranya memasuki perairan Israel.

Di Antalya, kami ditempatkan di sebuah kompleks sukan selama empat hari iaitu sejak 23 hingga 27 Mei kerana terpaksa menunggu rombongan dari Eropah dan sepanjang tempoh itu, semua sukarelawan terpaksa tidur bertilamkan lantai di ruang terbuka.

Subuh pertama kami di kompleks itu, azan dilaungkan oleh sukarelawan dari Malaysia untuk mengajak semuanya bersembahyang jemaah kerana sebelumnya dilihat kebanyakan orang hanya solat sendirian dan ia juga menjadi detik pemula di mana semuanya bersatu, malah saya sendiri berkesempatan menyampaikan kuliah Subuh dalam bahasa Arab di depan semua orang.

Masih saya ingat, ketika kuliah itu, saya membacakan sepotong ayat – “Hasbunallah Wanikmal Wakil” yang bermaksud memadailah Allah sebagai wakil kami. Ayat itu juga yang dilihat sentiasa disebut di mulut, menjadi zikir ramai orang termasuk mereka dari negara lain sepanjang memijakkan kami di kapal Mavi Marmara.

Masih jelas terbayang di mata saya, begitu ramai masyarakat dari serata dunia termasuk Eropah yang datang sendiri ke kompleks sukan itu dan merayu mahu turut serta dalam rombongan itu tetapi khabarnya hanya sebahagian dibenarkan.

Sebenarnya, banyak kisah menarik untuk dikongsi bersama sepanjang kami di kompleks sukan itu termasuk jeritan seorang warga tua dari Turki ketika dikatakan rombongan itu bakal ditangguh lagi – “Tiga tahun pun akan kami tunggu!”

Di kompleks sukan itu, sempat juga saya berbual dengan anak, Syaima Amatullah, menerusi laman facebook dan dia ada bertanya – “Abah takut tak?” dan jawab saya ketika itu – “Bukankah abah selalu baca ayat dari Surah Al-Imran.” Kenyataan saya itu dipanjangkan anak saya kepada hampir semua rakannya dalam laman web itu.

Tanggal 27 Mei, bermulalah perjalanan jihad kami apabila dibawa menaiki bas yang diiring polis serta disambut meriah oleh ribuan penduduk bandar Antalya dengan memenuhi tepi jalan, melambai serta mengibarkan bendera Turki dan Palestin, selain sebahagiannya membunyikan hon, riuh rendah sama seperti suasana ketika majlis perkahwinan di negara itu.

Terpegun seketika apabila tiba di kapal Mavi Marmara kerana berbeza sekali dengan gambar yang saya lihat. Tak sangka rupa-rupanya kapal setinggi empat setengah tingkat itu begitu besar. Pemeriksaan kastam untuk masuk ke kapal begitu ketat sehinggakan kabel pengecas telefon bimbit tiga pin turut dirampas kerana dilihat berbeza dengan kabel dari negara lain yang hanya ada dua pin.

Masuk saja dalam kapal, saya bersama beberapa rakan lain membuat sujud syukur. Sebahagian yang lain kelihatan masih terpaku kerana seakan tidak percaya akhirnya dapat memijakkan kaki di kapal itu. Ketika itu, ada seorang ahli tarikat berusia 84 tahun berkata - “Aku ke sini untuk turut serta dalam perjuangan Palestin. Apa guna sekadar berzikir jika tidak berjuang bersama.”

Kami diberi makan ala kadar. Sebenarnya jika tak diberi makan pun tak apa sebab tak langsung rasa lapar. Kami makan sekadar untuk mengelakkan lemah dan tidur pun sekadar untuk memastikan badan bertenaga.

Perjalanan kami terhenti di Cyprus pada 28 hingga 30 Mei kerana menunggu kapal lain untuk menyertai konvoi. Sepanjang tiga hari itu, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk ceramah oleh ulama di dalam kapal. Apabila kapal bergerak kembali, satu amaran sudah diberi pada malam 30 Mei kerana mereka nampak ada lampu berkelip di udara yang disyaki helikopter.

Kami juga nampak seakan ada lampu kapal lain bagaikan cuba menghampiri. Ketika itu kami diminta berkumpul dalam kumpulan 15 orang dan dibekalkan jaket keselamatan serta satu topeng gas untuk dikongsi sesama ahli kumpulan.

Jam 1 pagi, keadaan kembali tenang kerana tiada lagi tanda kapal berhampiran, namun kami diminta tidur di luar untuk bersedia terhadap sebarang kemungkinan. Jam 3 pagi, kami dikejutkan dengan sorakan takbir lantaran kumpulan di belakang kapal melihat ada sekumpulan ikan lumba-lumba mengiringi kapal.

Episod serangan bermula sejurus selepas solat Subuh yang ketika itu dirasakan Subuh terakhir kami. Kelihatan beberapa bot menghampiri kami dan helikopter yang berlegar melemparkan bom asap pemedih mata, namun peliknya ia langsung tidak menjejaskan kami kerana tiap kali bom dilempar, ketika itu juga angin akan bertiup kencang menolak asap.

Meskipun keadaan huru-hara dan seakan tidak terkawal, kebanyakan kami tidak terasa gentar. Saya sendiri ditembak di bahu kanan dengan peluru getah tetapi sakitnya hanya sekejap. Malah, ketika ditawan, beberapa kali saya dipijak dan ditendang oleh komando Israel dengan kuat, namun tak pula terasa sakit atau ada kesan lebam.

Selepas ditawan dan diikat dengan tali kabel selama lebih 15 jam, ada di kalangan kami yang berpuasa, namun tidak pula terasa lapar atau lemah. Ketika itu kami hanya ingat Allah. Kekejaman komando Israel bukan sekadar tak beri makan minum, malah tak juga benarkan ke tandas sehingga ada yang terkencing dalam seluar.

Air pun hanya diberi sebotol untuk dikongsi beramai-ramai. Itupun dalam keadaan tangan diikat. Bayangkan betapa kuatnya talian persaudaraan di kalangan kami, meskipun ada yang berlainan agama apabila sesama kami menuang air ke mulut rakan yang lain bersilih ganti.

Di Ashdod, pelabuhan di Israel, kami tidak lagi menerima layanan seburuk di kapal kerana ketika itu kami diuruskan oleh pegawai dari Kementerian Dalam Negeri Israel yang nyata terpaksa melayan dengan baik lantaran sudah menerima tekanan dari kedutaan lain.

Dibawa ke penjara yang masih baru, kami ditempatkan dalam sel besar dengan empat orang sebilik. Ketika itu, sesuatu yang sangat melegakan apabila kami dapat mandi dan membersihkan diri. Tidak berapa lama ditahan kerana akhirnya kami dibebaskan selepas dikunjungi wakil kedutaan Jordan yang memang ditugaskan untuk membebaskan sukarelawan Malaysia dan Indonesia.

Teringat lagi bagaimana berani sekali seorang Ahli Parlimen Kuwait ketika menaiki bas untuk ke Jordan. Sempat dia turun semula ke tangga dan menjerit minta dia dibawa kembali ke sel dengan alasan tidak mahu dibebaskan. Jelas sekali dia seakan mencabar pegawai Israel.

Lucu pula melihat akhirnya pegawai Israel itu pula yang merayu meminta dia naik semula ke dalam bas. Itu semua akibat tekanan kuat yang diberikan kedutaan negara lain yang begitu ramai berkumpul di situ.

Masih sebak di hati ini apabila mengenangkan rakan dari Turki yang tak dibebaskan ketika kami sudah menaiki bas kerana kedutaan mereka belum tiba. Salah seorang warga Turki ada memanggil saya, memeluk dan menangis sambil menawarkan duit poket kerana beranggapan semua barang termasuk dompet saya sudah dirampas.

Sejak dibebaskan pada jam 4.30 petang, Subuh keesokan harinya baru kami sampai di sempadan Israel – Jordan, dan sesuatu yang sangat mengujakan apabila terpandang bendera Malaysia dikibarkan. Ketika itu terasa betapa pemimpin negara kita begitu mengambil berat, malah ketika kami menghubungi Perdana Menteri yang berada di Laos pada jam 2 pagi, beliau masih berdaya menjawab telefon dan menitip pesan kepada kami.

Orang pertama yang saya hubungi sejurus tiba di Jordan dan diberi hadiah sebuah telefon bimbit jenama Nokia dengan kredit panggilan sebanyak sembilan dinar ialah isteri yang kedengaran masih tenang meskipun dalam beberapa laman web sudah beranggapan saya sudah tiada.

Banyak sebenarnya pengajaran yang diperoleh daripada semua kejadian ini di mana ia pasti menguatkan iman kami selain sedar kita hanya insan kerdil yang sudah diaturkan Allah nasibnya serta bersatu seluruh bangsa dunia untuk menentang kekejaman Israel.

(Penulis, bekas Pensyarah UTM yang juga Pengerusi Aqsa Syarif adalah antara 10 sukarelawan Malaysia dalam misi keamanan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui kapal yang diserang Israel baru-baru ini).


Best regards
Zuleffa Nur Zolkapli
Statutory & Management Reporting
Finance Division


dikirim oleh:
Mohd Fadzli Yamani,
9.6.2010.

Tuesday, June 8, 2010

BEBERAPA PERKARA YANG MEROSAKKAN AMALAN

BEBERAPA PERKARA YANG MEROSAKKAN AMALAN

Di dalam Islam, setiap ibadah mempunyai daya pendorongnya, atau tarikannya untuk kita melaksanakan sesuatu ibadah itu. Tetapi setiap ibadah itu ada pula yang merosakkannya, bahkan membatalkannya. Atau seperti orang yang sedang berpuasa, puasa itu sendiri boleh mendorong dirinya untuk berbuat baik, membaca Alquran, sembahyang tarawih, sembahyang witir dan sebagainya. Di samping itu seseorang yang sedang berpuasa akan menjaga tingkahlakunya yang baik dan sopan, tidak banyak bercakap,tidak mengumpat dan tidak melakukan perbuatan yang keji. Tetapi apabila ia membicarakan hal orang lain, istimewa keburukan seseorang, hal itu boleh mengurangi pahala puasa berkenaan. Bahkan dalam sesetengah keadaan, seseorang itu hanya memperolehi rasa lapar dan dahaga sahaja dalam tempuh dia berpuasa itu.
Demikianlah dalam setiap amalan, ada yang menambahkan pahala dan ada pula yang menguranginya.


Demikianlah, jika amalan yang ikhlas itu mendapat ganjaran di sisi Allah, amalan yang tidak ikhlas, atau disertai dengan niat yang lain, atau kerana yang lain seperti manusia dan sebagainya, semuanya itu akan merosakkan amal itu sendiri. Perasaan ikhlas itu mungkin akan hilang jika ada tujuan atau motif-motif lain sewaktu melaksanakan sesuatu ibadah. Orang yang sedang berpuasa misalnya di samping menunaikan kewajiban sebagai individu Muslim, ia juga berhasrat untuk mendapatkan kesihatan tubuh badan. Sememangnya puasa diakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa ia boleh membantu dan menambahkan tahap kesihatan kita, tetapi jika niat kita itu bercampur di antara menunaikan kewajiban dan memperoleh kesihatan, dengan sendirinya keikhlasan dalam beramal itu akan hilang begitu sahaja.


Begitulah juga dengan seseorang yang menunaikan haji, di samping ia menunaikan ibadah, ia juga bertujuan untuk mengerakkan tubuh badannya untuk mendapatkan kecergasan. Seorang pelajar yang menuntut ilmu, di samping ilmu ia juga bertujuan untuk mendapat kesenangan dan keselesaan hidup, atau untuk menulis buku-buku supaya menjadi terkenal atau bersedia berdebat dengan siapa sahaja dengan ilmunya itu. Kedua-dua jenis perbuatan yang bersifat ibadah itu telah hilanglah keikhlasannya bila ada unsur-unsur lain yang menyerap dalam tindakannya itu. Dengan begitu amalan sedemikian tidak bermakna apa-apa pada pelakunya dan tidak bernilai di sisi Allah ‘Azzawjalla. Menurut AlGhazali, keikhlasan itu jika disertai oleh sesuatu yang lain seperti pelajar dan orang yang menunaikan fardu haji itu, maka keikhlasan itu menjadi batal dengan sendirinya (Arbain fi Usuliddin).

Amal ibadah juga boleh rosak jika seseorang pelakunya dilanda oleh perasaan kekaguman dan kehairanan terhadap amal yang dilakukannya. Perasaan seperti itu boleh merosakkan keikhlasan dan memusnahkan amalnya walaupun pada zahirnya amalnya itu sempurna dari sudut rukun dan syaratnya.

Selain dari itu, terdapat satu lagi perasaan yang lebih merbahaya terhadap amal ibadah yang kita laksanakan setiap hari itu. Perasaan itu tidak dapat dipastikan bentuk dan keadaannya, tetapi kita seolah-olah merasa senang bila ada orang lain melihat kita beramal seperti sembahyang, membaca Alquran dan sebagainya. Bila tidak ada sesiapa pun yang melihatnya, maka kita pun cepat-cepat ingin menyudahkannya. Perasaan seperti itulah yang dipanggil riya’. Riya’ mencari kedudukan di hati manusia dengan cara melakukan ibadah dan amal-amal kebajikan. AlGhazali mengklasifikasikan riya’ kepada enam jenis, dan setiap jenis mempunyai pola dan ciri-cirinya yang tersendiri (Arbain fi Usuliddin).


Riya’ yang pertama datang melalui anggota badan, iaitu dengan cara menampakkan kelansingan badan, agar orang menyangka seseorang itu kurang tidur (selalu berjaga malam kerana beribadat) dan banyak berpuasa, atau menampakkan rasa letih atau hiba dan sedih kerana risau terhadap urusan agama kononnya. Kedua, riya’ yang datang melalui penampilan iaitu dengan cara mencukur kumis, menundukkan kepala ketika berjalan, sangat berhati-hati dalam setiap gerak gerinya, sengaja membiarkan bekas sujud dalam solat di dahinya, memejamkan mata ketika berbicara agar kelihatan wara’ dan sebagainya.


Jenis riya’ yang ketiga datang melalui pakaian, misalnya dengan memakai pakaian yang compang-camping dan lusuh supaya dikira sebagai orang yang tidak berpaling sedikit pun dari mengingat Allah. Ia juga boleh jadi mengenakan serban dan membawa sejadah sebagaimana orang-orang tasawuf dan tarikat. Pendek kata, ia kelihatan zuhud pada zahirnya.


Riya’ juga boleh lahir menerusi kata-kata, umpama seorang muballigh atau seorang pemidato handalan. Ia berkata-kata dengan gaya yang indah dan memikat. Selalu menyebut ayat-ayat Alquran dan hadis serta kata-kata ulama dalam ucapannya. Kadangkala ia menggerakkan bibirnya seolah-olah sedang berzikir, melakukan amal makruf di hadapan orang, tetapi di hatinya jauh dari usaha untuk menjauhkan maksiat.
Riya’ yang kelima adalah riya’ yang lahir melalui amalan, seperti melambatkan berdiri dan memanjangkan bacaan dalam solat, memperbagus cara ruku’ dan sujud, tidak menoleh ke kiri ke kanan, banyak bersedekah, berpuasa, berkali-kali menunaikan ibadah haji, berjalan dengan gaya penuh khusyu’, padahal Allah Mahatahu segala apa yang ada di dalam hatinya. Bahkan jika tidak dilihat orang, ia akan berjalan cepat-cepat, serta meremehkan solat. Jika ada orang melihat, ia akan kembali tenang agar disangka khusyu’.


Klasifikasi yang terakhir dari riya’ dalam pembicaraan ini adalah riya’ kerana ramainya anak murid dan menyebut ramai guru agar dia disangka benar-benar bersahabat dengan sang guru itu. Ia juga merasa senang bila dikunjungi oleh para penguasa dan ulama, supaya dia disebut-sebut orang yang banyak barakahnya.
Semua jenis riya’ yang disebutkan di atas, adalah riya’ yang bertentangan dengan kehendak Islam, bahkan berdosa besar dan haram apabila ia bertopengkan agama dan mempunyai misi peribadi. Tetapi jika ia menyangkut tentang urusan dunia dan tidak memperalatkan agama untuk kepentingan peribadi, maka ia bukanlah tergolong dalam jenis riya’ yang dilarang, itu pun jika tidak ada unsur penipuan.Semuanya itu tidak di larang oleh agama jika bukan dengan perasaan takabur dan sifat-sifat tercela lainnya.


Sesungguhnya riya’ itu adalah pemusnah amal ibadah yang kita laksanakan setiap hari tanpa sedar. Amal ibadah yang bercampur dengan riya’ bukanlah amal yang bersih, malah ia adalah amal yang menipu diri sendiri dan mengecewakan harapan. Bahkan Rasulallah Saw menamakan riya’ adalah sejenis syirik yang paling halus dan ditakuti oleh para ulama. Sabda baginda,”yang amat aku takuti ke atas kamu ialah syirik yang paling kecil. Kemudian ditanya mengenainya, baginda pun menjawab, itulah riya’ (Riwayat Imam Ahmad).


Ibadah yang ikhlas,adalah ibadah yang bersih dari semua itu. Ianya bersih dari riya’,bersih dari ‘ujub dan bersih dari takabur dan segala perasaan lainnya yang banyak dibicarakan di dalam kitab-kitab tasawuf. Sebab itu ikhlas adalah penting bagi setiap amalan. Tanpa perasaan ikhlas, amal ibadah kita terumbang-ambing, kerana ia tidak pasti diterima atau ditolak oleh Allah ‘Azawajalla. Apa yang kita boleh lakukan ialah kita mesti terus berusaha mencapai keikhlasan dalam amal ibadah sesuci mungkin, sesudah itu barulah kita bertawakal kepada Allah, mudah-mudahan dia akan menerima segala penat lelah dan jerih payah kita. Wallahu a’lam.

AlKundangi,
8.6.2010

Thursday, June 3, 2010

GAZA - EMEL DARI SEORANG SAHABAT

Sahabat2ku sekalian,
Sama2lah kita berdoa semoga saudara2 kita yang ditindas dan dizalimi olih orang2 kufur diberi kekuatan dan terus berjihad demi menegakkan Islam ini berjalan dimuka bumi Allah. Insya’Allah. Wallahu’alam


Allah shj yang merestui perjuangan ini…..

Selemah-lemah iman apabila hanya dapat benci kejahatan dan doakan kebaikan untuk saudara seislam. Teruskan boikot barangan USA dan jangan shopping kat Singapore.

Baca dan baca lagi utk renungan kita bersama...

Salam,


Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...  "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!  Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)


Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
 Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid.  Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam.
Kiriman,
Mohd Fadzli Zamani.
3.6.2010