ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Wednesday, August 18, 2010

KESIHATAN




KHASIAT BUAH PISANG

Khasiat Buah Pisang Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi –sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan: Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS: Lupakan pil-pil hospital –makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi: Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potasium yang tinggi –garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda: Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potasium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).


Penghadaman: Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan: Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.


Panas Jantung: Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisanguntuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi: Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.


Gigitan Nyamuk: Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser: Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding

Kawalan Suhu: Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).


Seasonal Affective Disorder (SAD):Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.


Ketagihan Rokok & Tembakau:Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potasium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .


Stress: Potasium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:Mengikut kajian dalam buku „The New England Journal of Medicine„, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!


Lain-lain Penyakit Kulit: Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah . Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati. Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

kiriman Mohd Yatim Bahari,
melalui emel,
18.8.2010.

Tuesday, August 17, 2010

Anwar Dikecewakan Lagi, Mahkamah Tolak Permohonan Gugurkan Kes Fitnah II

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan dengan kekecewaan apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ketua Pembangkang untuk menggugurkan tertuduhan Fitnah II terhadapnya.

Ketika membacakan keputusannya pagi tadi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata dakwaan hubungan romantis pengadu dan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif tidak menjejaskan integriti pihak pendakwaan.

Hakim pengulangi pendirian Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail semasa memgumumkan pengguguran Farah daripada pasukan pendakwaan bahawa peranan peguam itu dalam kes tersebut hanya terhad kepada mengambil nota.

"Farah tidak ada akses pada kertas penyiasatan, maknanya Saiful pun tidak ada akses," kata Mohamad Zabidin.

Atas alasan itu kata hakil lagi dakwaan pihak pembelaan Anwar tidak mendapat perbicaraan yang adil disebabkan hubungan sulit itu tidak timbul.

Sebelum itu Anwar juga telah membuat laporan polis terhadap Saiful dan Farah mendesak agar pihak polis menyiasat dakwaan itu.

Pada prosiding perbicaraan sebelum ini Anwar juga berusaha untuk menggugurkan kes beliau dengan berhujah dakwaan itu lemah berdasarkan "tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur/rektum", namun hakim menolak permohonan beliau pada peringkat Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan akhirnya Mahkamah Persekutuan.


Perbicaraan yang disambung semula pagi ini selepas ditangguhkan pada 10 Ogos lalu bermula dengan penghujahan ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh yang menegaskan berikutan hubungan sulit tersebut, Saiful didakwa mempunyai akses terhadap kertas siasatan dan dokumen sensitif berkaitan.

Ketika menemu media du perkarangan mahkamah, peguam Sankara Nair berkata pihaknya kecewa dengan keputusan tersebut kerana sebelum ini mereka juga gagal untuk mendapatkan kebenaran menampilkan Farah dan Saiful ke mahkamah bagi menuntut mereka membuat penafian hubungan sulit tersebut.

"Keputusan pagi ini sangat mengecewakan. Namun, kami akan failkan notis rayuan dan juga permohonan bagi menangguhkan perbicaraan pada jam 1.00 tengah hari ini," kata Sankara.

Sumber:Suara Keadilan,
17.8.2010
Penyelewengan Dalam Felcra Didakwa Lebih Dahsyat Daripada Felda

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan siasatan terhadap dakwaan terdapat sekurang-kurangnya 22 kes penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) yang telah diadukan sejak 31 Januari 2009.

Mazlan juga mendesak rombakan besar-besaran harus dibuat melibatkan pegawai kanan Felcra yang didakwa terbabit secara langsung dan mengkhianati kepercayaan yang telah diamanahkan untuk mengurus agensi itu.

Justeru itu beliau mahu satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kepincangan Felcra yang dianggap lebih buruk daripada apa yang dihadapi oleh peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Bercakap kepada media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut pagi tadi, Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat berkata antara dakwaan penyelewengan yang berlaku termasuk yang membabitkan wang koperasi peserta Felcra Berhad,kepincangan di Special Business Unit Felcra Berhad dan penyelewengan dalam pelaburan pembelian bon bernilai RM17 juta yang tidak mendapat kelulusan serta elemen rasuah dalam pembekalan baja Keiserite yang tidak mematuhi spesifikasi.

Bagaimanapun menurutnya, pendedahan akan dibuat secara bersiri dan mendesak pihak Felcra menjawab semua dakwaan yang dikemukakan beliau yang diperolhei hasil aduan peneroka agensi itu.

"Kita akan dedahkan perkara ini secara bersiri seperti yang dijanjikan pada himpunan warga Felcra Kebangsaan di Felcra Bandar Seberang Perak pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu," kata Mazlan.

Program tersebut hanya berjaya diadakan selama satu hari apabila pihak polis dan anggota unit simpanan persekutuan (FRU) menggempur perhimpunan sebelum acara perasmian kemuncak pada malam 1 Ogos.

Himpunan tersebut juga mendapat tekanan hebat daripada pihak pengurusan Felcra sehingga lebih 20 ahli jawatankuasa penganjur ditangkap.

"Saya meminta masa selama seminggu untuk menyiapkan semua dokumen berkaitan peneyelewengan itu untuk diedarkan kepada media," katanya pada sidang media itu.

Katanya, Anak juga telah menubuhkan satu NGO bagi membantu peserta Felcra menyalurkan aduan mereka serta menubuhkan badan bertindak untuk menyerahkan dokumen aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

Hadir sama pada sidang media itu, Pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Felcra, Akmaluddin Mohd Noor serta Yang DiPertua PAS Lenggong, Razman Zakaria.

Sumber:Suara Keadilan,
17.8.2010.
POS MALAYSIA TURUN KADAR KAD RAYA KEPADA 50 SEN


KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Raya, Pos Malaysia tahun ini hanya mengenakan bayaran setem 50 sen bagi kad ucapan yang tidak melebihi 50 gram, berbanding harga biasa 70 sen berkuatkuasa 1 Ogos ini.

Ketua Sokongan Operasi PosMel, Zaidi Hussain, berkata kadar istimewa itu bagi semua destinasi di negara ini dan ia lebih rendah berbanding 80 sen pada tahun lalu. "Kadar itu berkuatkuasa sehingga 28 Februari tahun depan bagi meliputi perayaan utama di negara ini iaitu Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini Beliau berkata, kadar setem yang rendah ini diharap dapat menghidupkan semula amalan menghantar kad ucapan yang semakin berkurangan berikutan perkembangan teknologi masa kini yang menggalakkan penggunaan internet dan SMS.

"Kadar yang 25 peratus lebih rendah berbanding harga biasa itu boleh digunakan untuk menghantar kad ucapan dalam pelbagai saiz tetapi beratnya tidak melebihi 50 gram," katanya.

Zaidi, bagaimanapun, berkata harga setem untuk kad ucapan ke destinasi antarabangsa masih dikenakan berdasarkan caj biasa, sama ada mengikut penghantaran laut atau udara.

Beliau berkata, Pos Malaysia menjangkakan jumlah kad raya tahun ini bertambah sebanyak tiga peratus iaitu daripada 6.84 juta tahun lalu kepada tujuh juta kad tahun ini.

"Pada sambutan Hari Raya tahun lalu, jumlah terbesar yang menghantar kad ucapan ialah dari Lembah Klang iaitu sebanyak 56 peratus, diikuti Selangor (19 peratus), sementara negeri lain kurang dari 10 peratus," katanya.

Zaidi berkata, walaupun terdapat persaingan dengan kemudahan teknologi baru, orang ramai tetap menghantar kad ucapan kerana ia lebih bersifat peribadi dan boleh disimpan sebagai kenangan.

"Bagi memastikan penghantaran kad ucapan berjalan lancar, Pos Malaysia akan mengambil 50 pekerja sementara, dan penambahan akan dibuat jika jumlah penghantaran kad melebihi jangkaan," katanya.

Beliau berkata, tarikh akhir menghantar kad ucapan Hari Raya Aidilfitri ialah 6 September. - BERNAMA

Berita Harian,
17.8.2010.
UMNO BERSEDIALAH HADAPI KEHILANGAN MCA

KALAU saya merupakan ahli Umno yang mindanya bergerak dan tidak mengutamakan perut (perutisme) tentu saya akan merasa bimbang dengan perkembangan yang berlaku dalam Barisan Nasional (BN) muasir ini terutamanya mendengar kenyataan atau apa yang diistilah pembaharuan minda dalam politik MCA.

Saya jadi cukup cemas mendengar penegasan dan sikap berani tanpa menghiraukan perasaan rakan komponennya lain yang diambil Presiden MCA, Chua Soi Lek .Saya percaya Soi Lek membuat kenyataan dan pendekatan itu semua bukan bersendirian tetapi merupakan konsensus MCA atau masyarakat Cina seluruhnya.

Meneliti kenyataan-kenyataan Soi Lek tampaknya beliau tidak menoleh ke belakang lagi. MCA atau masyarakat Cina kini sudah tidak ada pantang larang lagi. MCA tidak pedulikan lagi apakah kenyataan dan pendekatan yang diambil itu menyakiti hati orang atau tidak. Iya, bila Sazali sudah besar, sudah punya wang banyak dan sudah berkuasa, Sazali akan melakukan apa saja. Bapak apa tau...! Begitulah MCA yang saya nampak dengan meneliti kenyataan dan ulah Soi Lek ia seperti Sazali dalam filem "Anakku Sazali".

Perhatikan kepada beberapa kenyataan "Sazali" akhir-akhir ini dalam usahanya untuk memastikan MCA menjadi wadah orang Cina. Semua kenyataan dibuat menggambarkan keberanian MCA dan Soi Lek mahu membawa MCA ke arah yang dikehendakinya. Cara Soi Lek bercakap hari ini sudah tidak berahsia lagi. Fenomena globalisi dipergunakan secukupnya oleh Soi Lek.

Beliau juga sudah tidak segan silu lagi. Semangat setia kawan atau perasaan ingin menjaga hati kawannya (Umno) juga sudah tidak ada lagi. Soi Lek berpegang kepada realiti dan bukannya retorik. Dalam kata mudah, Soi Lek khasnya dan MCA amnya, sudah tidak berpegang kepada semangat perpaduan dizaman HS Lee, Dr Ismail, Sambanthan, Razak Hussein dan Tunku Abdul Rahman lagi. MCA kini sudah melepas satu sempadan baru. MCA juga terlepas dari lingkaran ketegaran (chauvinis) Melayu Dr Mahathir Mohamed.

MCA mempelajari dan mengkaji akan perbezaan watak-watak ataupun naluri tokoh-tokoh Umno dari Tunku Abdul Rahaman, Tun Razak, Dr Ismail Abdul Rahman, Hussein Onn, Abdullah Badawi dan Najib Razak. MCA atau Soi Lek mengkaji semuanya. Sikap dan watak pemimpin Melayu hari ini berubah dan berbeza jauh dengan pemimpin dulu.

Begitu juga Soi Lek mengenali pasti siapa dan bagaimana Najib Razak, Hishmuddin Hussein ataupun Muhyiddin Yassin. Soi Lek juga mengenali dan mengetahui pemimpin Umno hari ini bukan lagi memilik semangat nasionalis, tetapi semuanya mengagungkan semangat pitisisme - materialistik. Jadi apabila hati dan jiwa orang Melayu sudah rosak maka itu mudahlah untuk orang Cina meruntuhkannya.

Perubahan sikap, nilai perjuangan orang Melayu itulah menjadikan MCA berani melakukan apa saja. Bagi MCA mereka sudah menanggalkan semangat Perikatan yang dibina sebelum tahun 1957. Kemerdekaan yang dicapai 31 Ogos telah diterima sebagai kemerdekaan kaum itu juga yang mana kegiatan dan sorakan kemerdekaan itu didiamkan saja selama ini sehingga kini ia boleh dilaungkan secara terus terang.

Sekiranya Soi Lek masih berpegang kepada semangat itu, setiakawan Perikatan beliau tidak akan mengganggu tidur Umno dengan meminta ekuiti 30 untuk Bumiputera dalam semua sektor dihapuskan. Kalau beliau ingin menyuarakannya juga beliau akan buat secara senyap. Tetapi semangat dan rasa hormat itu sudah tidak ada lagi. Kenapa?

BN ada majlisnya dan menerusi majlis ini beliau boleh sampaikan permintaan itu. Atas kapasitinya sebagai presiden MCA, Soi Lek boleh minta berjumpa Najib atau Muhyiddin bila-bila masa dan di mana saja. Itulah yang diamalkan oleh pemimpin MCA terdahulu kerana itu kekeliruan atau ketegangan politik tidak terlatas kepada umum.

Tetapi kenapa beliau berani mengeluarkan tuntutan itu secara terbuka malahan menegaskan akan berusaha untuk melaksanakan
12 resolusi yang diambil dalam Kongres Ekonomi itu. Jawabnya kerana MCA tidak hormati Umno lagi dan sudah tidak bimbang dengan sebarang tindakan kerana Umno sendiri kini makin menghujung. Dalam pada itu MCA sudah merasakan dia mempunyai rakan lain yang lebih istimewa dari Umno.

Soi Lek juga mengatakan dia tidak takut untuk berkongsi pandangan dengan DAP atas kepentingan Cina. Sekali lagi kenyataan ini menjadikan Perkasa senak perut. Kenyataan dan pandangan itu cukup menghiris pedihkan hati Umno. Mungkin ahli Umno yang perutnya tidak buncit menyedari isyarat Soi Lek. Perkongsian dengan DAP itu bukan saja perkongsian pandangan tetapi politik juga. Iya, Umno dan Melayu harus melihat jauh dari itu dan memahami Soi Lek.

Soi Lek atau MCA ada alasan sendiri kenapa beliau berani mengeluarkan hawa politik begitu. Beliau melihat kepada realiti politik hari. Beliau tidak mahu terkebelakang dalam memberi harapan kepada orang Cina. Politik orang Cina pula politik ada standard, ada kelas. Politik orang bukan di negara datuk nenek. Politik orang Cina politik untuk kepentingan kaum, politik bersama dan bukan politik nafsu nafsi. Juga politik perdagangan. Terima atau tidak, mereka senantiasa sedar bahawa negara ini bukan negara datuk nenek moyang mereka. Justeru mereka senantiasa berwaspada dan akan mencari seramai mungkin kawan di mana juga demi kelangsungan hidup.

Dari perspektif politik, kenyataan atau pandangan politik Soi Lek itu nampak terbuka dan hijau dan otentif. Beliau membuat perubahan berani itu kerana mengambil iktibar dari sejarah tsunami 2008. MCA cukup bimbang kalau politik BN tidak diperbaiki tsunami itu akan menenggelamkan parti itu. Dan DAP akan menjadi bahtera baru kepada orang Cina manakala MCA akan disumpah kaum itu selamanya. Ini yang hendak dielakkan Soi Lek dan untuk itu beliau sanggup menjadi tidak popular kepada orang Melayu.

Kerana itu dalam keadaan payah, mencabar dan mungkin dianggap jahat, tetapi MCA harus keluar dari belenggu itu demi menyelamatkan partinya.

Soi Lek dan MCA mengkaji kekalahana BN dan mengkaji juga kemenangan Pakatan Rakyat. Dalam kajian inilah menemukan beliau dengan solusi-solusi politik yang menyakitkan Umno. Tetapi sebagai kaum yang optimis MCA akan menyelamatkan dirinya dulu sebelaum mengambil kira atau simpati kepada rakannya itu.

Itulah MCA yang tidak seperti Umno yang terus bernostalgia dan menganggap kepada mitos Umno selamanya akan mendapat sokongan Melayu dan menjadi kepala kepada kaum lain di negara ini. Pegangan Umno itu adalah pegangan yang tidak bersendikan kebenaran dan satu kepercayaan lapok yang bidaah. Kerana berpegangan kepada fahaman bidaah politik itulah makanya Umno kini sedang karam.

Perkembangan dan sikap baru MCA harus diberi perhatian serius oleh Umno. Umno tidak lagi perlu berpegang kepada piagam Perikatan. Piagam itu juga sudah lapok dan tidak relevan. Dikhuatiri kalau Umno masih gah dan bernostalgia dan merasakan mampu bertahan dengan kebendaan sekarang, parti itu bakal kecewa besar. Keangkuhan Umno yang memandang kecil dan hina kepada rakan sejenisya yang lain, akan membawa padah.

Tanpa persediaan dan kesedaran itu terutamanya bijak menebak arah yang difokuskan MCA kini, saya merasakan Umno akan ditinggalkan kawan bernama MCA. Tidak musathil berdasarkan kenyataan Soi Lek itu kalau MCA akan bergabung dengan DAP kemudian membina kekuatan baru orang Cina dalam Pakatan Rakyat. Sedang buat masa ini Umno pula terkial-kial mencari kekuatan yang hilang untuk ditawarkan kepada Umno.

Dan saya kira desakan atau ugutan yang dibuat Soi Lek atas nama perubahan politik MCA itu tidak akan terlayan oleh Najib dan cabaran itu tidak akan tersambut olehnya. Jadi, apa yang akan jadi, Najib perlu mencari ikhtiar dan tali pergantungan baru. Sayang KLCC puncaknya tinggi, Melayu hanya merenung dari kejauhan!

Oleh:Mohd Sayuti Omar,
17.8.2010
Label:penulis tamu

(maaf saya tak berkesempatan untuk menulis sendiri buat masa ini atas sebab tertentu-alkundangi).

Monday, August 9, 2010

AWANG SELAMAT TERUS MEROYAN-MAHFUZ

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Penulis ruangan Bisik-Bisik Mingguan Malaysia, Awang Selamat sudah merasa tidak selamat dengan kuasa politik Umno sehingga terpaksa menghentam PAS dan pemimpinnya, kata Datuk Mahfuz Omar (gambar).Awang Selamat katanya, sudah mula merasai dan menjangka bahawa Umno bukan sahaja akan hilang kuasa politik malah hilang sokongan Melayu itu sendiri.

"Saya tak nak layan sebab dia tengah meroyan, kita biar dia tenang dulu."Apapun ini menunjukkan Awang Selamat sudah rasa tak selamat kerana dia tahu Umno akan hilang kuasa politik," katanya kepada Harakahdaily.Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia semalam menyifatkan Mahfuz sebagai pemimpin yang 'angkuh dan paling menjijikkan' kerana didakwanya suka menghina orang Islam.


PAS pula didakwanya sebagai parti dayus kerana menolak permuafakatan dengan Umno tetapi sanggup bekerjasama dengan DAPMahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata Awang Selamat digunakan Umno sebagai orang upahan atau lebih tepat 'juak Umno' untuk menghentam PAS dan Pakatan Rakyat.Ianya juga kata Mahfuz, sebagai bukti pemimpin Umno sudah takut sehingga terpaksa menggunakan juak-juaknya."Pemimpin Umno dah tak ada yang berani bersuara, dia hantar juak-juak dia sahaja untuk berkokok termasuk Awang Selamat.


"Saya nak bagitahu Awang Selamat, InsyaAllah Melayu Islam termasuk kaum lain akan lebih selamat tanpa Umno," tegasnya lagi.Awang selamat juga mendabik dada kononnya Umno terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berbanding PAS.Bagaimanapun, tulisannya dilihat banayk pihak lebih kepada melahirkan perasaan kecewanya ekoran penolakan PAS untuk bekerjasama dengan Umno.Terbaru, Presiden PAS,


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya semalam, sekali lagi menyeru rakyat agar meninggalkan Umno kerana mendakwa parti perkauman itu diselimuti penyelewengan dan salah guna kuasa sejak sekian lama.Akibat dari itu juga katanya, orang Melayu dan Bumiputera menjadi mangsa Umno apabila parti pemerintah itu menggunakan senjata 'kedudukan istimewa orang Melayu' untuk mempertahankan Umno dan merobek harta negara.


kedahlanie.blogspot.com
9.8.2010
MAHATHIR PERTIMBANG RAMPASAN KUASA

Berikutan kepada kenyataan Mahathir , iaitu pelabur tidak ada duit dan wang yang ada digunakan oleh pelabur untuk melabur dalam negara mereka sendiri , adalah diantara ikhtiarnya bagi menyekat kejatuhan kerajaan UMNO/BN yang dikendalikan oleh Najib selaku waris terakhirnya .Walaupun idea dan pandangannya itu tidak cerdik , dan tidak ada pakar – pakar ekonomi boleh menghuraikan kewajarannya , hatta dengan pelbagai teori ekonomi makro atau mikro , teori – teori dahulu atau polisi – polisi regim ekonomi terkini , mereka pasti menolaknya.

Menurut berita kemerosotan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini disebabkan pelabur asing seperti dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah tidak mempunyai wang untuk dilaburkan.
Pelabur terbabit juga memerlukan wang yang mereka ada untuk dilaburkan di dalam negara sendiri berikutan keadaan ekonomi yang semakin teruk terutama di Eropah dan AS.

Keadaan ekonomi Eropah dan AS amat terjejas berikutan krisis kewangan yang melanda negara terbabit sehingga ramai rakyatnya tidak mempunyai pekerjaan.Kebanyakan pelabur terpaksa menumpukan kepada pelaburan di dalam negara masing-masing kerana ia amat diperlukan di sana, ini bermakna mereka tidak akan membuat pelaburan besar di negara lain . 1Malaysia projek Najib juga sudah dihentam Mahathir , disahut pulak oleh Muhyidin.

Catatan

Implikasinya sangat buruk. Dengan kurangnya wang baru masuk , ianya bukan saja memberikan kesan kepada kadar pertumbuhan ekonomi secara makronya , ia merencat pelbagai sektor seperti runcit , atau kesan langsung lain seperti kadar pengangguran akan meningkat , kadar jenayah akan bertambah. Manakala kesan mikronya pulak secara langsungnya poket rakyat 1Malaysia kering , kuasa beli menurun , dan sebagainya.
Kesan yang paling ditakuti oleh Mahathir , ialah bila mana kecairan wang dalam pasaran kurang , sehingga khabarnya BNM terpaksa mencetak lebih banyak matawang dengan tidak mengikut kadar rezab emas atau wang negara sebagai cagaran.


Berita ini adalah suatu yang paling ditakuti oleh Mahathir , imbas kembali setelah beliau dipaksa melepaskan jawatan tahun 2003 , ekoran prestasi buruk PRU 10 pada 1999 yang memungkinkan 2004 iaitu PRU 11 UMNO/BN sekiranya berdegil , so terpaksa lah menyerahkan Putrajaya , iaitu ini adalah kesan penolakan dalam negeri oleh rakyat sendiri , dan kini penolakan oleh orang luar khususnya pelabur – pelabur asing yang sangat diharapkan olehnya bagi merealisasikan Wawasan 2020 melalui pengekalan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 8 % setahun secara purata menerusi kemasukan FDI , yang kini sudah tidak menjadi , maka beliau sudah tidak mempunyai pilihan lain , kecuali menarik keluar Najib dari Perdana Putra.


Ini adalah pilihan yang ada dalam kepala Mahathir kini. Tentangan rakyat dalam negara lebih mudah untuk dikendalikan secara langsung olehnya. Nyata Najib lembab dan lambat bertindak dan sudah dibuktikan gagal dalam banyak langkah. Hanya melalui rampasan kuasa sahaja yang mampu menyelamatkan UMNO , dan seterusnya kerajaan BN. Selamat berjaya Mahathir !!!

p/s

Sekiranya ini terjadi , ia adalah suatu berita buruk untuk DSAI , TGHH , LKS dan Pakatan Rakyat.
Betul ke , ada yang beranggapan Najib diarah dan dipaksa bercuti selama 10hari , memikirkan tawaran Mahathir 'U step down , or ,,,,,,,,," - Mahathir

tranungkite,
5.8.2010.

Sunday, August 8, 2010

THE END IS NEAR.

Putin sows controversy with Russia grain ban
AFP
AFP - Sunday, August 8

* Send
* IM Story
* Print

[Wheat awaits a harvester at the Kubankhleb farm in Tikhoretsk, in Russia's southern Krasnodar region...] Wheat awaits a harvester at the Kubankhleb farm in Tikhoretsk, in Russia's southern Krasnodar region near the Caucasus mountain range in July. Top wheat exporter Russia, Russian Prime Minister Vladimir Putin said, would from August 15 ban the export of grain until December 31 to keep prices down at home amid the worst drought to hit the country in decades.

MOSCOW (AFP) - – "I would like to inform you about one more decision," Russian Prime Minister Vladimir Putin told his cabinet at the end of a government meeting as he prepared to drop one of his trademark bombshells.

Top wheat exporter Russia, Putin said, would from August 15 ban the export of grain until December 31 to keep prices down at home amid the worst drought to hit the country in decades.

The announcement catapulted wheat futures in Chicago and Europe up 10 percent to new two-year highs and prompted a warning from the UN food agency of a "serious" situation on world food markets.

While markets knew the drought had destroyed 10 some million hectares of land in Russia, days earlier a deputy agriculture minister had given assurances exports would be at a similar level to last year's 21.4 million tonnes.

As if that was not enough, the decree signed by Putin stipulated that fellow major grain producer Kazakhstan should also match Russia's move due to their joint membership in a regional customs union.

The decision showed Russia was prepared to temporarily sacrifice its ambitions to hugely boost its presence on the global grain market in favour of keeping stable prices for its population at home.

"We must not allow an increase in domestic prices and must preserve the headcount of our cattle," explained Putin bluntly.

Abdolreza Abbassian, economist and secretary of the Intergovernmental Group on Grains at the UN Food and Agricultural Organisation (FAO) said "a situation which was not serious has now become serious."

For Vladimir Petrichenko, director of the Prozerno agricultural analytical firm, "there can only be one comment -- shock."

"We will only be able to return to the global markets with a tarnished reputation, with losses," he told the Interfax news agency.

Bread and flour could now see price rises and the impact on global markets even fed into shares of brewing firms, with shares in Carlsberg and Diageo, the Guinness brand owner, tumbling as well as those in foodmaker Nestle.

Barclays Capital analyst Sudakshina Unnikrishnan said with weather forecasts pointing to the continuation of the drought in Russia meant the market would closely monitor the situation in the weeks ahead.

"The market focus remains on Russian wheat export potential and how lowered supply prospects will feed into global wheat production and trade balances," she said.

The world is still haunted by the global food price crisis of 2007-2008 when food prices rocketed on the back of droughts in developed countries and concerns about rapidily expanding global demand.

Putin's powerful deputy Igor Shuvalov told Russian radio Friday that the decision "could be revised depending on the harvest" but he did not give further details.

Russia's state railways (RZhD) meanwhile announced it would halt all transport of Russian grain exports from August 7.

Crucially for the domestic market, Putin also announced that government grain auctions would be shelved this year and the state's 9.6 million tonnes of grain stores would instead be distributed to the Russian regions most in need.

Analysts at UBS said Putin was seeking to milden the impact of a situation that had seen global wheat prices rise by 70 percent since mid-June with Russian domestic wheat prices showing "pretty much the same dynamics,"

"The export ban is clearly an attempt to break the link between domestic Russian prices and global prices," they said in a note to clients.

"This is partially politically motivated but there are also global experts who believe that the world market has shot up too quickly, driven by speculation."

Some analysts have cast doubt on whether the ban would even help keep down domestic prices.

"We are not convinced that this move will have a positive impact on the local grain market," said Natalya Orlova, chief economist at Alfa Bank in Moscow.

"We doubt the move will compel (Russian exporters) to sell this grain domestically. Only if the government buys the grain from exporting companies and intervenes on the domestic market will the move help stabilize prices."

Forum Gerak Reformasi,
8.8.2010.

Friday, August 6, 2010

Umat Islam Malaysia Jangan Leka
Oleh: A Kadir Jasin



AMAT elok kita berbahas mengenai perpaduan umat Islam di negara kita kerana tanpa perpaduan, umat Islam tidak akan mampu bertahan.

Sekarang mungkin mudah kita mengamalkan Islam. Jika dibandingkan dengan banyak negara Islam, kita di Malaysia cukup bernasib baik.

Tetapi janganlah kita sekali-kali menganggap keselesaan itu datang bergolek dan akan kekal selama-lamanya.

Percubaan mengawal kebebasan umat Islam Malaysia dan menguji akidah mereka sudah pun berlaku cuma tidak secara terbuka atau dihebohkan.

Misalnya sudah ada masjid dan surau di kawasan bercampur yang “terpaksa” merendahkan bunyi azan. Cadangan membina masjid dan surau di kawasan seperti itu semakin dipersoalkan. Kini, penggunaan kalimah Allah di seluruh pelosok negara turut dituntut oleh Kristian Roman Katolik.

Umat Islam Malaysia Bertuah

Sebenarnya, sebagai umat Islam, kita di Malaysia amat bertuah. Hatta kedudukan negara kita di segi geografi pun membantu. Waktu solat dan berpuasa hampir tidak berubah. Kalau berganjak pun, beberapa minit sahaja.

Adakah terfikir oleh kita untuk bangun Subuh jam 3.46 pagi kerana jam 6.02 pagi habis waktu atau tunggu hingga jam 11.09 malam untuk menunaikan sembahyang isyak?

Di mana saya berada sekarang di Eropah, itulah kedudukannya. Masuk zuhur 1.33 petang dan Asar 5.37. Kini musim panas, jadi siang hari panjang. Maka sebab itulah jam 9.02 malam baru Magrib. Kalau puasa pun macam itu – dari jam 6 pagi hingga 9 malam.

Tetapi, alhamdulillah Islam tidak tercorot macam dulu lagi walaupun terus tercabar. Masa saya awal-awal menjelajah dunia menjalankan tugas bermula tahun 1970an, kesedaran mengenai Islam amat terhad.

Kalau bukan dalam kapal terbang negara Islam, tidak ada makanan halal. Hari ini naiklah kapal terbang milik siapa pun, kecuali dari tempat terpencil, kita boleh pesan “Muslim meal” (makanan Islam).

Kebetulan, kesedaran mengenai Islam di kalangan syarikat penerbangan khasnya dan negara-negara bukan Islam bermula sekitar pertengahan tahun 1970an.

Ia dicetuskan oleh sekatan pengeluaran minyak oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Petroliam Arab (OAPEC) pada bulan Oktober, 1973 sebagai membantah perbuatan Amerika menggantikan senjata tentera Israel yang musnah dalam perang “Yum Kippur”.

Pada mulanya tentera negara Zionis tewas dan wilayah Palestin dirampas tentera Arab. Tetapi apabila senjata mereka yang musnah diganti oleh Amerika, tentera Zionis menyerang balas dan menakluki banyak wilayah Arab.

Tindakan OAPEC menyekat bekalan hingga Mac, 1974 itu menyebabkan harga minyak naik 70 peratus dan mengancam kemelesetan ekonomi global. Dengan serta merta Amerika bertindak memerintahkan Israel berundur dari wilayah Mesir yang ditaklukinya. (Pada waktu itu, minyak mentah berharga tidak sampai AS$3 satu tong.)

Negara Islam Tidak Lagi Bersatu

Sejak itu, negara-negara Arab tidak lagi bersatu menghadapi Israel dan harapan mendapatkan balik bumi Palestin secara ketenteraan sudah tidak wujud lagi. Amerika dan sekutunya tidak akan membenarkan kemungkinan itu berlaku. Apatah lagi, banyak sekutu Amerika hari ini adalah negara-negara Arab.

Jadi, kita di Malaysia janganlah seronok sangat berpolitik dan berpolemik hingga apa yang kita kendung berciciran dan apa yang kita kejar tak dapat. Jangan lupa, tak sampai 60 peratus penduduk Malaysia adalah Islam.

Di negara tempat saya berada ini (untuk melawat cucu – tiga orang), pada bulan November tahun lalu mereka mengadakan pungutan suara dan berjaya mendapat sokongan mengharamkan pembinaan menara di masjid-masjid.

Gerakan anti orang Islam semakin menjadi-jadi di Eropah berpunca daripada kebimbangan meningkatnya bilangan penduduk Islam di benua ini. Ia adalah reaksi politik Judeo-Christian Eropah (termasuk Amerika) terhadap Islam sejak zaman berzaman.

Inilah akibatnya apabila orang Islam tidak ada kuasa dan menjadi kelompok minoriti. Walaupun mereka hidup secara aman dan menyumbang kepada negara mereka menetap, hak mereka tetap dikawal dan dihadkan.

Berbaik Tapi Ada Had

Tetapi kita di Malaysia tidak tegah penganut agama lain membina tempat ibadat hingga ada yang melampau-lampau membina tempat ibadat tanpa kebenaran dan secara haram.

Jadi ingatlah, jangan kerana gilakan kuasa, tak kira kuasa politik atau ekonomi, kita memperjudikan hak dan kedudukan kita sebagai orang Islam.

Jangan kita jadi macam umat Islam di banyak negara Islam yang sudah dicucuk hidungnya oleh imperialis ekonomi dan ketenteraan Barat, atau diperkotak-katikkan oleh Muslim liberal yang mengamalkan konsep kebebasan Judeo-Christian Eropah.

31.7.2010

MB Kedah

SAMAN EKOR: BN hutang RM390,000 saman ekor kereta Exco

ALOR SETAR - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah kesal kerana terpaksa menjelaskan tunggakan saman ekor RM390,000 yang ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selagi tunggakan itu tidak dijelaskan, Kerajaan Negeri tidak boleh mendaftarkan lima kereta rasmi kerajaan yang baru.

"Kita terpaksa gantikan kereta Proton Perdana V6 yang selama ini digunakan Exco Kerajaan Negeri kerana sering rosak. Kita beli lima kereta Toyota Camry tetapi kereta yang baru dibeli ini tidak boleh didaftarkan kerana ada masalah tunggakan saman ekor RM390,000 oleh kerajaan yang terdahulu. Ini satu pembaziran yang nyata," katanya.

Azizan berkata, lima kereta Toyota Camry itu dibeli untuk kegunaan Exco atas keperluan pentadbiran.

"Ini tidak membazirkan wang rakyat. Kereta Perdana V6 yang kita ambil alih daripada kerajaan terdahulu kini tidak lagi begitu elok, selalu rosak. Kos baiki akibat kerosakan yang kerap boleh jadi banyak kerana kereta semakin lama semakin teruk dan kosnya akan meningkat, manakala nilainya juga akan semakin jatuh.

"Kerana itu kita perlu tukar dan kereta ini sudah dibeli bulan lepas," katanya.

Azizan berkata, penggantian kereta rasmi ini akan dilakukan secara berperingkat, dan akan diserahkan kepada Exco berkenaan mengikut keutamaan keperluan.

“Saya bersyukur kerana setelah Pegawai Kewangan Negeri berunding dengan pihak berkenaan, segalanya dapat diselesaikan segera. Kereta - kereta itu kini dalam proses untuk didaftarkan dan kemungkinan dapat digunakan dalam bulan ini juga,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri agak terkilan kerana wang yang diperuntukkan mencecah ratusan ribu ringgit, walhal peruntukan itu dapat disalurkan untuk kebajikan rakyat dan pembangunan negeri, bagaimana pun pihaknya terpaksa akur dengan situasi kerana tidak mahu menanggung beban hutang. -SH

Kedahlanie,
5.8.2010.