ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Monday, December 16, 2019


ADAKALANYA

Adakalanya
Tidak ada apa apa itu
Lebih baik dari
Ada apa apa
Kerana ada apa apa itu
Seringkali merunsingkan.
Adakalanya
Hujan itu lebih baik
Dari panas, kerana panas
Menaikkan tekanan darah.
Adakalanya
Sendirian itu
Lebih dari beramai ramai
Kerana dengan sendirian itu
Kita lebih memahami
Diri sendiri.
Kadangkala
Adakalanya
Lebih baik
Dari tidak ada
Kalanya.
Zainal Lasim,.
Bandar Tasik Puteri
13.11.2019

DARI DRAMA TANPA PENTAS; KUTULIS PUISI INI



DARI DRAMA TANPA PEMTAS; KUTULIS PUISI INI

Sementara hari masih pagi
Matahari belum tegak di ubun ubun,
Bunga yang kau siram tiba tiba tersentap
Terkulai layu entah kerana apa
Tak jadi bercambah seperti adanya
Demikian benih yang ditanam
Disentap layu oleh entah apa
Lalu tak jadi tumbuh seperti adanya.Akukah yang terlambat atau kaukah yang terlewat,
Tiba tiba waktu memutarkan jarum jam
Berpusing kebelakang
Demikian aku pada saat ini
Yang terpesona dengan drama pembukaan,
Terpaksa bangun meninggalkan pentas
Kerana cerita telah berakhir sebelum para watak beraksi,
Begitulah kita terpaksa mengundur diri
Kerana ia tidak jadi dipentaskan
Sebaik saja dimulakan.

Namun pada saat yang lain
Kita kembali ke pentas
Dan menonton kembali
Cerita yang belum dapat dibayangkan
Apakah penamat apakah kesudahan.

Pada titik ini
Kita kembali ke pentas
Untuk kembali menonton
Rama dan Sita
Beraksi kembali.

Zainal Lasim.
Bandar Tasik Puteri,
11.12. 2019.

Wednesday, August 29, 2018

DI ANTARA KOTAK-KOTAK ITU

DI ANTARA KOTAK-KOTAK ITU


Kadangkala
Di antara kotak2 itu 
Ada duka tersirat di sebalik rezeki 
yang bakal diterimanya 
dalam pencarian itu 
Dia pencarian rezeki 
Di antara kotak
Dan bahan bahan terbuang
Bersama teman sepencarian 
Bergerak di antara tong sampah. 
Dan mini market Dan kedai runcit 
Yang seiring melemparkan bahan buangan 
Ada duka Ada suka. 
Di balik kehidupan. 
Yang tidak tertafsirkan.
 Dari rahsia Alam.

Di sana manusia lain bernafas. 
Dalam dingin penghawa dingin. 
Yang terpisah oleh dunia lain. 
Yang Tak dikenalinya. 

Di antara dia Dan kotak2 itu. 
Ada rahsia yang dalam. 
Dari putaran hidup. 
Dan membahagikan dunia 
dengan kekayaan Dan kemiskinan. 
Di antara dia Dan kotak2 itu. 
Ada rahsia yang dalam. 
Yang hanya diketahui. 
Di antara dia Dan Tuhan. 


Zainal Lasim.
28 ogos 2018
BTP, Rawang

Thursday, December 21, 2017

Amerika Guna Kuasa Veto


Disebabkan kegagalan mendapatkan sokongan untuk mengiktiraf  Jurusalem sebagai ibu kota Israel, Amerika menggunakankan kuasa vetonya semalam untuk mencapai apa yang dicita-citakannya. Jurusalem adalah kota Islam dan padanya terletak Masjidil Aqsa, Kiblat pertama umat Islam. Justru itu orang-orang Islam dan negara-negara umat Islam perlu menghalang cita-cita Amerika itu. Tidak ada negara yang menyokong pendirian Amerika itu.Bahkan sekutu-sekutunya juga menentang  keinginan tersebut.

Memanglah Amerika kuasa besar, tetapi tidakkah kuasa besar itu boleh dikalahkan. Ancaman Korea
Utara dalam isu penggunaan senjata nuklear telah pun memanaskan kerusi empuk Trump. Kini isu Baitulmaqdis sekali lagi membuatkan Amerika hilang akal lalu menggunakan kuasa vetonya.Namun seluruh dunia menentang keinginan Amerika itu. Sekiranya Amerika berkeras, tidak mustahil ia mendapat tentangan dari seluruh dunia Islam dan juga rakan-rakan sekutunya seperti Britain, Perancis dan sebagainya. Perang boleh jadi meletus jika Amerika meneruskan keinginannya.

Memang Amerika kuasa besar dan polis dunia, tetapi tak mungkinkah ia boleh dikalahkan?
Amerika tetaplah Amerika. Namun umat Islam harus bersatu menentang niat Amerika itu.

alkundangi.
21.12.2017

Wednesday, December 20, 2017

Jurusalem-Baitulmaqdis






Baitulmaqdis adalah tempat suci Islam, Yahudi dan Kristian. Namun bagi Islam ia adalah kiblat pertama, sebelum Allah memerintahkan nabi bertukar kiblat ke arah Kaabah. Pertukaran itu sudah dapat dibaca hikmahnya sekarang. Jadi pandangan Islam itu mendahului zamannya. Apa akan jadi kalau kiblat kita masih masjidil Aqsa? Tentu masalah bukan.? Trump pula menyokong Israel dalam hal Jurusalem ini. Itu sudah di ketahui kerana Amerika adalah di bawah telunjuk Yahudi. Negara2 Islam harus bersatu menghadapi isu ini. Ada pendapat mengatakan hantarlah tentera, bukan kutukan dan demonstrasi. Ada juga yang mengatakan Yaumul Qiamah sudah hampir berdasarkan hadith2, di atas tertakluknya Jurusalem. Salah satu tanda kiamat adalah Jurusalem ditakluki..bangun berjihadlah umat Islam. Kita diancam dari setiap sudut ,politik, ekonomi, aqidah, tatasosial, hiburan melampau, dan sebagainya..


alkundangi,
20.12.2017


Saturday, August 5, 2017

Rumah Terbuka PM



Rumah terbuka PM

Ahli parlimen Pokok Sena dalam sidang Parlimen yang baru lalu menanyakan tentang berapakah kos rumah terbuka PM pada sambutan 'aidulfitri baru-baru ini. Namun Azalina Othman yang bertanggungjawab ke atas perkara tersebut tidak menjelaskan dengan terperinci seperti yang diminta oleh Mahfuz Omar. Beliau menegaskan semuanya mengikut undang-undang dan peraturan perbendaharan yang sedia ada. Sebelum itu Anthony Loke juga bertanya soalan yang sama kepada Azalina Othman. Azalina memberi jawaban yang sama seperti yang diberikan kepada Mahfuz.

Memang menteri-menteri dan PM ada peruntukan keraian menurut perbendaharaan dan pekeliling yang berkaitan. Tetapi jawaban yang kabur diberikan, sedangkan wang yang digunakan adalah wang rakyat. Apa salahnya Azalina berterus terang saja dalam soal ini, berapa juta dihabiskan supaya rakyat tahu ke mana wang negara dibelanjakan. Kenapa mesti sembunyikan sesuatu yang rakyat berhak tahu mengenainya?




alkundangi.blogspot.com

5.8.2017.

Sunday, June 11, 2017

Kapitalisme Terbuka




Kapitalisme terbuka,kata PM kita amalkan yang itu.Saya tidak dapat fahami apa maksudnya kapitalisme terbuka. Kapitalisme adalah satu asas ekonomi yang dabangunkan oleh Karl Mark secara terorinya. Tidak ada terbuka atau tertutup. Kapitalisme sentiasa wujud di banyak negara.Kaum yang banyak wang, atau pemodal (capitalist) akan menggunakan modal/wang mereka untuk mencipta kekayaan yang lebih besar dengan mendirikan perusahaan dan kilang-kilang, atau pelbagai jenis perniagaan.

Dalam praktikalnya mereka akan menggaji buruh atau pekerja dengan bayaran yang biasa-biasa, yang tidak membolehkan meraka beralih ke zon yang lebih selesa.Dengan demikian mereka kana terus bekerja dengan para "capitalis" itu yang mengekalkan untung dan mengekalkan kekayaan mereka dan menambahjarakkan jurang kemiskinan. Para rakyat marhaen memerlukan mereka untuk kesinambungan hidup. Mereka terpaksa bekerja dan berpuas hati dengan bayaran yang sederhana. Mereka boleh teruskan hidup.Tetapi mereka tidak boleh jadi kaya kerana gaji dibayar cukup sekadar menampung  keperluan hidup. Dengan semikian ekonomi bercorak kapitalisme akan terus hidup. Di sesetengah keadaan, para kapitalis mencari negara yang lebih murah menawarkan harga buruh, untuk melipatgandakan kekayaan. Jadai kekayaan hanya dikawal oleh para kapitalis, selain orang politik yang mendapatkannya secara tidak sah.

Oleh yang demikian kemiskinan sentiasa diwujudkan untuk menegkalkan kesinambungan kekayaan para kapitalis.Inilah ekonomi kapitalisme.


alkundangi.blogspot.com

11.6.2017.    

Thursday, June 1, 2017





KAMI MASIH DI SINI
(BUAT ALLAHYARHAM KAMAL,AHLI JEMAAH ASSIDDIQIN)


Terlalu segera engkau berangkat
tanpa tanda tanpa alamat
sedang aku sudah lama menanti
di tebing ini; cepat atau bangat
dengan susah payah
keluar masuk wad
dan ubatan yang bercupak
aku masih di sini
berdiri dan menanti
waktu disambar hari.

Terlalu segera engkau berangkat
tak sempat kuucapkan kata
hanyalah mendengar berita
seorang kawan telah berlepas
meninggalkan jemaah yang tertanya-tanya
siapakah sebenarnya engkau
selang tak berapa lama
menyertai kami 
dalam solat, tazkirah dan kuliah
di sepanjang perjalanan
hidup berjemaah.

Kau berangkat
terlalu segera
sehingga kami
tertegun tak sangka.

Zainal Lasim,
26.5.15
Bandar Tasik Puteri. 

Wednesday, May 31, 2017


DI BANDAR INI

Di bandar ini
hidup bagaikan berputar
sekejap di atas sekejap di bawah
hari ini; seorang kawan dapat tender
lalu menukar kereta
volvo baru; setahun kemudian
kutemui dia menjual nasi lemak bungkus
kerana kontrak tidak disambung
nasi lemak ditumpang di kedai-kedai kopi
menampung keperluan.

Di bandar ini
hidup dengan pencen
di bawah garis kemiskinan
(entah siapa yang menggariskannya)
sambil sesekali mengambil upah
menggantung iklan rumah lelong
atau mencari penyewa rumah kosong
demi membeli sedikit roti
sambil minum-minum di La Boheme
AEON Anggun dengan menikmati
sisa-sisa kegembiraan
yang hampir padam
tinggal kenangan
sejak persaraan.

Di bandar ini
hidup bagaikan roda
turun naik ke atas ke bawah
meneruskan kehidupan
sebelum dinoktahkan
oleh kematian.

Zainal Lasim.
16.3.13

http://alkundangi.blogspot.com

Tuesday, May 30, 2017

MENGENANGMU II
(sempena kepulangan Azmi Yusof ke rahmatullah).

Mi
tatakala aku mengenangmu
istimewa pada ramadhan ini
terasa pilu di hati
tiada siapa yang menulis tentangmu
sementara kau pergi tanpa diduga
aku tak sempat bertanya
apakah engkau rasa akan pergi,
tapi puisi mu membaqyangkan kau kan pergi
buat selamanya
meninggalkan kami.

Kau menyair dari muda sampai ke tiada
malah sajak mu disiarkan setelah kau pergi
gruppemuisi 40 tahun tak sempat kau siapkan
kau pergi tiba-tiba
kami tertegun tanpa kata.

Mi
hanya sahabat rapat yang mengerti
nilai sebuah puisi, adalah nilai kehidupan
yang kita lalui, dalam susah senang hidup ini
negara tidak perlukan puisi
tetapi teknologi
yang menyebabkan generasi y
hilang pedoman dan jati diri
dan terlupa Malaysia mereka punya
berangsur tergadai ke tangan orang
kerana lahapnya pemimpin
menggadai negara.

Kalau kau masih ada
tentu terkejut proton telah dijual
kepada Cina, dan anak cucu kita
bakal hidup di bawah naungan mereka.

Mi, damailah engkau di sana,
sementara itu aku terus memerhati
kedaulatan negara
tergadai satu-satu.

Zainal Lasim,
30.5.2017