ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Sunday, May 17, 2009

Abdul Hadi Tidak Dilawan- Mohd Sayuti Omar


Hadi Tidak Dilawan


MSO

MENURUT senarai calon yang layak bertanding pelbagai jawatan dalam muktamar Pas pada Jun depan yang dikeluarkan hari ini, Abdul Hadi Awang adalah satu-satu nama yang layak bertanding jawatan Presiden.

Senarai yang dikeluarkan oleh jawatankuasa pemilihan hari ini nama Abdul Hadi Awang dicalonkan untuk mengekakan jawatan itu oleh 136 kawasan daripada 137 kawasan yang menghantar pencalonan ke jawatankuasa berkenaan.

Ini sekaligus menjadikan Abdul Hadi menang jawatan itu tanpa bertanding dan usaha untuk melonjakkan Nik Abdul Aziz Nik Mat kerusi presiden tidak berjaya. Nik Aziz hanya mendapat satu pencalonan saja dari Bukit Bintang.

Untuk jawatan timbalan presiden pula lima nama disenaraikan layak untuk bertanding. Mereka ialah, Nasharudin Mat Isa, Azizan Abdul Razak, Mohammad Sabu, Haron Din dan Husam Musa.

Bagi jawatan naib presiden sebanyak 16 yang layak bertanding. Antara mereka ialah; Sallahuddin Ayub, Mohd Amar Abdullah, Kamaruddin Jaaffar, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mahfuz Omar, Ahmad Awang dan lain-lain.

Selain itu seramai 86 orang telah disenaraikan sebagai layak untuk bertanding jawatan jawatankuasa kerja Pas. Manakala untuk jawatan pengerusi tetap dua nama, iaitu Abu Kassim Abdullah dan Hussein Ismail.

Bagi jawatan timbalan pengerusi tetap pula enam nama yang layak bertanding. Menurut pengerusi jawatankuasa itu Mustafa Ali, calon-calon yang layak bertanding akan dihubungi bagi mengesahkan samada mereka akan berhajat bertanding atau tidak.

Perebutan untuk jawatan timbalan presiden sudah pasti sengit, ia dijangka berlaku samada ada di antara Nasharudin dengan Mohammad Sabu ataupun dengan Husam Musa. Haron Din dan Azizan Razak walaupun menerima pencalonan dijangka akan menarik diri.

Nasharudin yang dikatakan sudah mendapat lebih 60% pencalonan dibayangkan akan melalui jalan terbuka bagi mengekalkan jawatan itu untuk penggal ketiga. Kecuali sekiranya ada kompromi antara Mohammad Sabu dengan Husam ini menyebabkan peluang Nasharudin berubah. Ada tanda-tanda kedua mereka berkompromi menandang jumlah pencalonan keduanya hampir sama banyak di bawah 25%.

Manakala bagi kerusi Naib Presiden pula, peluang Ketua Pemuda Pas, Sallahuddin Ayub, Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Tuan Ibrahim Tuan Man diramalkan cerah. Peluang ketiga-tiga mereka ini bertambah cerah sekiranya dua naib pressiden Husam dan Mohammad Sabu akan menumpukan pertandingan jawatan timbalan saja.

Sallahuddin yang dilihat sebagai tokoh pelapis Pas yang perlu diberi perhatian memandangkan kejayaanya meletakkan saf pemuda sebagai entiti yang prihatin dan berjaya membawa pendekatan dan stail politik baru dalam politik Pas mutakhir ini.

Manakala Tuan Ibrahim yang disebut-sebut akan menjadi pilihan perwakilan sebagai memenuhi kouta ulama bagi mengambil alih tempat Ahmad Awang. Peluang Nik Amar pula lebih terbuka sekiranya Husam Musa bersedia untuk melonjak ke atas bertanding timbalan presiden kerana sudah pasti beliau akan mendapat sokongan padu dari Kelantan.

Manakala nama-nama lain, Kamaruddin Jaaffar, Mujahid Yusuf Rawa, Mohd Hassan Mohd Ali dan Harun Taib dijangka akan menarik diri. Harun Taib dikatakan dikembalikan semula ke jawatan lamanya selaku Ketua Dewan Ulama. [wm.kl. 2:00 pm 16/05/09]


17.5.2009

No comments: