ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Tuesday, July 28, 2009

DAPATKAH UMNO-BN BEKERJASAMA DENGAN PAS?

Kerjasama UMNO-BN dan PAS?


Keceriaan pimpinan UMNO-BN jelas terbayang melalui laporan-laporan yang dikeluarkan oleh media arus perdana yang dikuasai UMNO-BN berhubung soal hasrat PAS untuk berbaik-baik semula dengan UMNO-BN melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Abd.Aziz, Menteri Besar Kelantan.

2. Namun kenyataan TG Nik Abd Aziz itu telah disalahtafsir atau memang sengaja ditafsirkan sedemikian. Maksud Tuan Guru itu hubungan baik antara UMNO dan PAS itu bukanlah di peringkat parti, tetapi di peringkat kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat. Mungkin Tuan Guru mengingatkan pengalaman-pengalaman lalu yang pahit ketika bersama-sama UMNO-BN di zaman Dato' Asri. Dan sebagai sebuah Parti Islam adalah tidak mungkin satu hubungan baik dari segi politik dengan UMNO-BN yang berlandaskan sekularisme dan nasionalisme. PAS adalah sebuah parti yang berasaskan Islam yang sehaluan dengan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Sudan dan sebagainya. PAS juga sealiran dengan Jamaat Islami di Pakistan. Jadi, adalah tidak mungkin kedua-dua pasrti berkenaan duduk semeja memerintah Malaysia, dan amat tidak sesuai dengan dasar PAS.

3. Namun UMNO-BN yang kehilangan sokongan sejak PRU12 memainkan isu ini, khasnya kenyataan TG Nik Abd. Aziz yang diputarbelitkan demi untuk meraih sokongan dari bangsa Melayu. Tetapi orang-orang Melayu kini di era siber ini sudah memahami sepak terajang politik UMNO-BN. Mereka juga faham kenapa kematian Beng Teoh begitu dikhuatirkan oleh kerajaan sehingga menubuhkan satu Suruhanjaya untuk menyiasat kes berkenaan. Yang sebenarnya itu hanyalah mainan dan sandiwara politik semata. Di sebalik semua itu, misi menawan kembali Selangorlah yang sebenarnya menjadi titik tolak kepada kejadian ini. Namun ia tidak dapat disembunyikan oleh pihak berkuasa. Setakat mana mereka dapat menutup kes ini sebagai kes politik, hanya masa dan keadaan yang bakal menentukan.

4. Dengan begitu, Pakatan Rakyat haruslah berhati-hati dengan isu ini, dan UMNO-BN pula sudah menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan misi menawan kembali Selangor dari Pakatan Rakyat. Misi itu tidak akan berhenti sehingga PRU ke 13. Mantapkanlah barisan kita, dan janganlah emosional dengan isu-siu sensitif yang dimainkan oleh UMNO-BN dalam memperdayakan barisan Pakatan Rakyat.


AlKundangi,
28.07.2009.
http://alkundangi.blogspot.com
4.

No comments: