ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, July 30, 2009

TG NIK ABD AZIZ ABAI PERPADUAN MELAYU?


Tuan Guru Nik Abd Aziz Abai Perpaduan?
TG Nik Abd Aziz yang dikatakan mengatakan "pergi jahanam UMNO" adalah satu sikap mementingkan politik semata-mata, bukan mementingkan rakyat. Tuduhan itu dilemparkan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim.
2. Demikianlah pendirian para pemimpin UMNO-BN apabila berhadapan dengan sikap dan kenyataan yang tidak sehaluan selera mereka. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, perpaduan atau kerjasama antara UMNO-BN dan PAS adalah kerjasama di antara kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri. Itu adalah pendirian MB kelantan itu. Beliau menolak perpaduan antara UMNO-BN dan PAS. Itu adalah satu hal yang berlainan. Tentunya sukar bagi PAS dan UMNO-BN bersatu, walaupun perkara itu pernah berlaku dalam sejarah.
3. Sebagai sebuah Parti Islam, PAS semestinya lebih mementingkan dasar perpaduan yang menjadi asas kepada parti itu sendiri, iaitu Islam. Perpaduan dalam Islam berbeza dengan perpaduan yang dimaksudkan oleh UMNO-BN, walaupun orang-orang Melayu dalam UMNO-BN juga beragama Islam. Perpaduan dalam Islam adalah berdasarkan akidah dan kepercayaan kepada Islam itu sendiri. Hal ini bermakna jika UMNO-BN ingin bersatu-padu dengan PAS, UMNO hendaklah menerima Islam sebagaimana PAS menerimanya.
4. Dalam PAS, Islam adalah asas perpaduan, bukannya bangsa. Sekiranya bangsa, ia sudah menjadi satu fahaman yang berasaskan bangsa, berasaskan nasionalisme. Sedangkan perpaduan dalam Islam jauh lebih universal, tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Yang penting Islam diterima secara menyeluruh, samada dari segi ekonomi, politik, undang-undang, kenegaraan dan sebaginya mestilah berasaskan Islam. PAS tentu tidak dapat menerima ekonomi negara yang berasaskan kapitalisme, undang-undang yang berdasarkan Perlembagaan Persekutuan yang direkacipta oleh bekas penjajah Inggeris, dan segala macam asas bernegara yang tidak berdasarkan kepada Islam. Dengan begitu, adalah mustahil PAS akan kembali bersatu dengan UMNO-BN.
5. Namun isu ini akan terus dimainkan oleh UMNO-BN demi untuk meraih kembali sokongan rakyat yang kian hilang. Kenyataan yang menyatakan UMNO-BN kembali diterima oleh rakyat hanyalah kenyataan yang bersifat politik semata-mata. Kekalahan demi kekalahan dalam PRK sebanyak 6 kali sejak PRU ke12 membuktikan kenyataan tersebut tidak benar. Jika benar, tentunya UMNO-BN yang menang 6-1. Tetapi keadaan sebaliknya berlaku. UMNO-BN akan berbuat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat marhaen, namun rakyat semakin celik berpolitik dan tidak mudah ditipu seperti dekad-dekad 60an,70an dan 80an dahulu. Era siber mengubah segala-galanya, termasuk pandangan hidup atau worldview manusia Melayu itu sendiri. Ia adalah sesuatu yang bersifat global dan tidak dapat dielakan dari terjadi. Globalisasi telah mengubah segala-galanya termasuk cara berpolitik orang Melayu, orang PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP sendiri. Hakikat ini harus diterima oleh UMNO-BN, dan mereka tidak harus berkhayal dengan kedudukan yang ada setakat ini.
AlKundangi,
31.7.2009.

No comments: