ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Saturday, October 23, 2010

Keperibadian Dr Zul diyakini mampu tarik pengundi Galas


KOTA BHARU – Banyak faktor yang menjadi bonus pemilihan Dr Zulkefli Mohamed sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas 4 November ini termasuk keperibadian bersih, disenangi rakyat, rekod pencapaian cemerlang dalam Pas dan berjiwa besar.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya yakin calon itu yang lebih dikenali masyarakat sebagai Dr Zulkefli mampu mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas berikutan peribadinya yang tiada masalah.

“Masyarakat pelbagai kaum termasuk Cina dan India di Galas menyenangi Dr Zul kerana hubungan rapatnya dengan penduduk tempatan tambahan pula beliau memiliki klinik sendiri dan tidak asing kepada penduduk Galas.

“Berdasarkan rekod pencapaian dalam Pilihan Raya Umum 2008, walaupun keseluruhan kalah di Parlimen Gua Musang tetapi di DUN Galas beliau dapat undi terbanyak. Dr Zul juga aktif dalam Pas sejak pemuda lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, beliau kalah kepada Tengku Razaleigh Hamzah merebut kerusi Parlimen Gua Musang ketika itu dengan majoriti 4,394 undi namun di Galas jumlah undinya melebihi Ketua UMNO Gua Musang itu.

Katanya, beliau juga aktif sepanjang menyertai Pas sejak Pemuda lagi dengan memegang jawatan Yang Dipertua Pas Gua Musang dan ketika itu Timbalannya arwah Chek Hashim Sulaima.:

Namun, Abdul Latif berkata, beliau memberi laluan kepada Chek Hashim.

“Jiwa besarnya itu memang tidak dapat dinafikan dan terlatih dalam politik tambahan pula latar beliau anak bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Guchil, Mohamed Awang pada 1974,” katanya.

sinarharian,
23.10.2010

No comments: