ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, October 21, 2010

UMNO ATAU SISTEM DUA PARTI

(Tulisan ini merupakan respon kepada tulisan Datuk Abd Kadir Jasin bertajuk Sebuah Hiburan Murah Untuk PAU 2010 dalam blognya yang gagal dipost dalam ruangan komennya kerana agak panjang)

Kelima-lima cadangan Datuk itu amat relevan dalam keadaan UMNO sekarang. seperti mana yang kita tahu, Umno sedang di peringkat yang sangat lemah.

Kelemahan ini adalah berpunca dari sikap ahli-ahli dan pemimpin UMNO yang meentingkan diri sendiri dalam soal ekonomi, membelakangkan bahasa sendiri dal soal pendidikan, membelakangkan agama sendiri akibat terlalu taksub dengan pendapat sendiri serta terikut-ikut dengan budaya Barat yang menjurus kepada falsafah nihilisme dan hedonisme.

Masyarakat Barat kembali kepada era jahiliyyah, dengan mengamalkan sikap hidup yang sama dengan sikap hidup zaman jahiliah, di mana mereka menolak agama dan moral sebagai tunjang kehidupan. Moral adalah penting dalam mengukuhkan nilai hidup dan yang penuh dengan tatasusila. Dari situlah timbul rasa hormat dengan orang lain, bangsa lain dan kepercayaan yang berbeza. Namun inilah ciri tamadun Barat yang sedang menuju keruntuhan moral yang amat dahsyat itu.

UMNO tidak akan dapat kembali memperkuatkan bangsa, agama dan negara, kerana ahli dan pemimpinnya yang korup, dan mengamalkan sikap hidup sepertimana masyarakat Barat yang disebutkan di atas.

Oleh itu, hanyalah satu mitos untuk mengharapkan UMNO membimbing Malaysia maju ke hadapan mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Maju bukan sahaja bermakna dari segi ekonomi, tetapi juga dalam akhlak, moral dan peradaban sepertimana keunggulan masyarakat Islam suatu ketika dulu.

Oleh yang demikian, saya merasakan sudah sampai masanya UMNO digantikan dengan parti lain yang lebih mampu dan lebih baik dari UMNO yang kian nyanyuk dengan korupsi dan amalan nepotisme.

Satu-satunya pilihan yang ada bagi rakyat Malaysia adalah memilih Pakatan Rakyat yang ternyata lebih berjaya dalam memperkasa bangsa, agama dan keadilan, di samping agihan ekonomi yang lebih seimbang berbanding UMNO. Kini sudah tiba masanya rakyat Malaysia berubah kepada sistem dua parti, suapaya amalan-amalan buruk itu tidak terus-menerus berlaku. Untuk memilih UMNO bukanlah jawabannya. Kita perlu bersikap lebih realistik denagn keadaan semasa yang sentiasa berubah selaras denagn era globalisasi. Mengapa kita perlu takut untuk mencuba menukar kerajaan, sedangkan Selangor, Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan lebih berdaya saing dan lebih adil dalam soal agihan ekonomi di samping mengurangkan rasuah,amalan nepotisme dan kronisme yang sedang membarah dalam kerajaan kini.

Sistem ekonomi kapitalisme juga menambahparahkan lagi keadaan rakyat, khsanya golongan bawahan. Golongan bawahan ini tidak terbela nasibnya, bahkan ditipu oleh kerajaan sendiri sepertimana yang berlaku kepada masyarakat FELDA yang akhirnya memenangi saman terhadap kerajaan. Bagaiamankah kerajaan sanggup menipu rakyat sendiri?

Saya melihat sistem dua parti dapat mengimbangi masalah-masalah yang timbul dari sistem satu parti dan terlalu lama berkuasa. Rakyat Malaysia haruslah memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membukttikan kemampuannya. Jika setelah diberi peluang, Pakatan rakyat gagal melaksanakan gagasannya, kita boleh kembali menyokong BN/UMNO. Bagaimanapun sampai bilakah baru kita berani mencuba? Sampai bilakah kita sanggup tertipu,ditipu,tertekan dan ditekan oleh keadaan hidup yang kian sempit akibat kenaikan harga barang dan pelbagai cukai. Itu belum lagi GST dilaksanakan. Bagaimana selepas GST dilaksanakan? Hanya orang-orang yang berani sahaja yang akan mendapatkan keadilan dan kesaksamaan. Sampai bila kita harus hidup dengan konsep survival for the fittest?

alkundangi,
21.10.2010

No comments: