ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Wednesday, October 28, 2020

 Menanggapi "Menyikapi Pertemuan"

Dalam mengambil sikap terhadap satu-satu pertemuan Dr Faridah sebagai pemuisi mengambil sikap bahawa takdirlah yang mempertemukan antara sesama insan. Ini terbayang dalam bait-bait awal puisi ini dengan menyebut
Tuhan tidak pernah keliru
Ketika mempertemukan kita
Dengan siapa pun
Ini membawa maksud pertemuan adalah di tangan Tuhan sepertimana yang telah ditakdirkannya.
Pertemuan itu pula boleh jadi antara lelaki dan perempuan bila beliau memataforakan lelaki sebagai pemilik tulang rusuk. Manakala pertemuan itu boleh jadi di antara sepasang kekasih, atau pertemuan sebagai kawan yang mesra.
Ada juga pertemuan itu adalah pertemuan antara murid dan guru, yang menjadi pembimbing hidup seperti katanya
Ada sebagai guru
Penunjuk arah.
Pertemuan juga boleh jadi di antara dua sahabat yang boleh jadi akrab "seiring sejalan".
Ada juga pertemuan sesama insan itu menjadi teman seperjuangan atau " senasib" sepenanggungan.
Namun adakalanya kita manusia ini tersalah tafsir umpamanya, sepatutnya sebagai kawan tetapi ada pula yang ingin berkasih sayang, mahu bercinta dan sebagainya, walhal Tuhan mempertemukan dua makhluk itu hanya sebagai kawan atau teman sepenanggungan, bukan pasangan kekasih.
Dengan demikian beliau pada bait berikutnya menulis;
Hanya kadangkala
kita tersasar
Dalam Menyikapi pertemuan
Yang ditakdirkan itu. Menurutnya lagi Tuhan hanya mempertemukan insan sesama insan, namun kitalah yang mewarnakan pertemuan itu. Dan kita tidak seharusnya menyalahkan Tuhan dalam menanggapi pertemuan yang sudah ditakdirkan.
Puisi ini agak panjang untuk dijadikan satu rangkap, bagaimana pun itu adalah pilihan penyair sendiri. Acapkali beliau menulis puisi prosa namun kali ini adalah puisi biasa yang kebanyakannya ditulis oleh penyair kita.
Tidak ada gaya bahasa yang muluk-,muluk dan puitis atau bahasa berirama dalam puisi ini. Cuma ianya banyak dipenuhi oleh unsur-unsur pengulangan vokal dan konsonan dalam penulisannya. Dengan kata lain puisi ini dipenuhi oleh unsur-unsur alisterasi dan asonansi. Simili, ambiguiti, personafikasi tidak kelihatan dalam puisi ini.
Demikian tanggapan pertemuan olah Dr.Faridah. Tuhan merancang pertemuan, manakala kita pula memaknainya atau mewarnainya mengikut citarasa kita. Namun Tuhan adalah perancancang sebenar dalam menentukan hidup ini.
21.10.2020

No comments: