Puisi-puisi Fb- Februari 2021- Satu Analisa- 4
Di bawah ini sebuah puisi dari seorang aktivis yang tidak asing lagi, iaitu Dr.Fj yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Puisi berjudul Maghfirah ini pendek sahaja dan ditulis dalam bentuk puisi prosa. Dari tajuknya sahaja kita sudah dapat menebak bahawa ia membawakan tema ketuhanan.
MAGHFIRAH
MaghfirahMu Tuhan
kami harapkan
jadikan kami antara insan
dalam daftar pengampunan
agar terlerai segala kekusutan
dan jadikan kami dalam kalangan
jiwa-jiwa yang tenang
(Dr. FJ, PPPJJ, USM, PP, 5 Februari 2021)
Perkataan maghfirah berasal dari kata kerja ghafara ( غفر) dalam Bahasa Arab bermaksud dia telah diampunkan.
Perkataan ini sering kita jumpa dalam alQuran seperti dalam ayat
أن الله لا يغفر ان يشرك به ويغفر دون ذالك لمن يشاء.
(maaf, saya tiada app nak letak baris). Bermaksud Allah tidak sekali-kali mengampunkan dosa syirik, namun Dia mengampunkan dosa selain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakkinya. Perkataan yaghfiru bermaksud mengampunkan. Manakala maghfirah dengan penambahan mim di depan membawa maksud pengampunan.
'Maghfirahmu Tuhan
kami harapkan'
bermaksud keampunanmu Tuhan kami harapkan. Mengikut ulama tasawwuf harap itu harus disertai dengan takut, takut ia tak diperkenankan, harap ia diterima.
'jadikan kami antara insan, dalam daftar pengampunan'. Penyair berharap permohonan/ doanya diterima. Persamaan bunyi hujung pada ayat ini iaitu kan san nan, memberi kesan muzikal pada bait tersebut.
Mudah- mudahan permintaanya diterima dan hilanglah rasa bersalah itu (guilty consious). 'Agar terlerai segala kekusutan.' Rima akhir yang sama menjadikan diksinya lembut berbanding prosa.
'Dan jadikan kami
dalam kalangan
jiwa- jiwa yang tenang.'
Tenang atau muthmainnah. Tuhan adalah tempat terakhir segala harap, kata seorang penyair dari seberang.
Kita lihat lagi sebuah puisi Pena Bayu yang bertentangan dengan tema Dr. Fj.
Puisi Jelita Malam karya Pena Bayu mengisahkan seorang wanita yang menjual tubuhnya untuk mendapatkan wang. Berikut adalah puisinya;
JELITA MALAM
Wajah - wajah cantik
tanpa cahaya neon
pucat di bawah cahaya bulan
hilang dipekat malam
semalaman menjadi bintang
bertabur tanpa nama
Duhai Jelita malam
semalam engkau kehilangan mimpi
di pentas yang menghayutkan keinsanan
keringat menitis kau halalkan
ketika ringgit menggoda dalam dakapan
engkau mula terlupa
keindahan cahaya di pagi hening
yang selalu menyapa
"Selamat pagi"
Jelita malam
malammu amat gelita
bila hilang pesona
hanya tinggal dirimu
memadam jelaga dosa.
Pena Bayu
06.02.21
Menanam Sabah
'Wajah-wajah cantik
tanpa cahaya neon
pucat di bawah cahaya bulan
hilang di pekat malam
semalaman menjadi bintang
bertabur tanpa nama.'
Wanita-wanita cantik itu hilang di pekat malam, mereka menjadi bintang memuaskan nafsu laki-laki yang inginkan kepuasan hidup. Rima akirnya juga sama atau seakan sama. Apakah mereka menjadi bintang?
Pena Bayu seharusya memilih perkataan lain yang lebih sesuai dari 'bintang'. Umpamanya 'kupu-kupu malam', namun ia sudah terlalu lumrah digunakan. Gunakan kretiviti anda dalam memilih kata yang sesuai.
Pada rangkap selanjutnya beliau menulis ' engkau kehilangan mimpi
di pentas yang menghanyutkan keinsanan.' Di sini penyair melihat mereka ini sudah kehilangan sifat manusiawi dengan profesyen yang mereka pilih.
Jelita Malam menitiskan keringat dengan menganggap kerja mereka halal demi wang untuk meneruskan kehidupan. Hidup dengan cara ini menjadikan malam mereka amat gelap, hanya tinggal diri mereka sendiri untuk 'menghapus jelaga dosa'.
Sesuaikah dosa dikaitkan dengan jelaga? Jelaga dikaitkan dengan api. Mungkin 'bintik- bintik hitam' lebih sesuai. Atau ada perkataan lain yang boleh digunakan untuk dosa seperti ini.
Satu permasaalahan lain ialah kenapa mereka tercebur di lembah ini. Adakah secara sukarela atau desakan hidup tertentu. Memang kata ahli ekonomi 'women bor n with capital' dan profesyen ini boleh digunakan, namun akhlak dan maruah adalah penting untuk keseimbangan hidup manusia.
Zainal Lasim,
13.2.2021.
02: 35.
No comments:
Post a Comment