ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, June 4, 2020

ULASAN PUISI- PEMBERSIHAN-3




ULSASAN PUISI; PEMBERSIHAN- Karya Prof. Dato' Rahman Shaari- Bgh.3

Pada rangkap selanjutnya Prof. Rahman menyatakan keperihatinannya terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan yang merampas secara kasar seorang penjual air tebu akan peralatan perniagaannya. Menurut penyair 'kehadiran' penjual tersebut telah mengotorkan (pandangan) masyarakat kota berkenaan. Jelas penyair;

'Seorang penjual air tebu
Telah dirampas baling rezekinya
Ia mengotorkan kota;
Ini jalan bukan untukmu.'

Demikian pembersihan yang dilakukan oleh pihak PBT demi untuk kebersihan kota pada pandangan pengujung dan pelancong asing yang bakal menarik wang masuk ke negara ini.

Tindakan pihak PBT itu amat kasar dan rakus seperti yang ditekankan penyair dalam ayat berikut;
Telah dirampas baling rezekinya.' Sudahlah dirampas perkakasan mencari rezekinya. Penyair menambah baling setelah perkataan rampas. Ini menguatkan lagi perbuatan rampas itu. Seolah olah peniaga air tebu tidak layak untuk berniaga di situ. Penyair menegaskan 'ini jalan bukan untukmu.


Zainal Lasim,
31.3.2020.
Rawang.

ULASAN PUISI-PEMBERSIHAN





Di celah rimbunan kemajuan iniULASAN PUISl; PEMBERSIHAN- Karya Prof. Dato' Rahman Shaari-Bhg 2.

Tapi lihatlah
Betapa kering daun peribadi
Rebah budaya pada kasar kota.

Demikian rangkap kedua puisi Pembersihan.

Penyair pada rangkap ini seolah menyatakan sesalnya dan merasai kehilangan jati diri bangsa akibat kehidupan kota yang rakus dan mementingkan kebendaan sahaja.Betapa kering daun peribadi, iaitu betapa sikap lemah lembut bangsa ini hilang ditelan olek kekasaran hidup kota.

Budaya santun dan lemah lembut yang menjadi tonggak bangsa kita hilang oleh kekasran hidup di kota.

Zainal Lasim
Rawang
26/3/2020.

ULASAN PUISI- PEMBERSIHAN-DATO RAHMAN SHAARI





ULASAN PUISl; PEMBERSIHAN- karya Prof Dato' Rahman Shaari - Bhgn 1.

Saya belum pernah membaca puisi ini, kecuali sesudah Dato'
Zurinah Hassan
menyebutnya dalam satu tulisan di FB. Saya tertarik untuk membicarakannya, kerana temanya yang agak berlainan dari realiti hidup ini. Puisi ini saya mohon terus dari penulisnya, dan kemudian menghantar satu salinan di FB.

Saya bukanlah seorang penulis kawakan untuk membicarakan puisi seorang profesor dan penggiat sastera di negara ini. Namun minat untuk membicarakannya lebih kuat dari segalanya. Maka dengan itu tertulislah tulisan ini.

Saya lebih berminat untuk membicarakan temanya, kerana dari segi bentuk dan struktur ia tidak banyak berbeza dengan puisi puisi semasa.

Pembersihan. Itulah judul puisi ini. Kenapakah Prof. Rahman memilik tajuk 'pembersihan'. Bersih dari segi apa? Kalau dalam Islam disebut thoharoh; suci dari najis besar dan kecil, barulah boleh mengangkat air sembahyang dan solat.

Namun bersih yang dimaksudkan penyair. adalah bersih dari kekotoran, bersih dari pandangan yang menyebabkan kita senang dan lapang fikiran bila melihatnya.

Mereka perjuangkan kebersihan kota
Mengimbangi cantiknya bangunan batu
Dan banyaknya kenderaan lalu.

Sebuah kota memang selalu kotor oleh sampah sarap yang kurang terurus, sesak oleh kenderaan yang banyak dan bangunan baru dan lama yang kurang tersusun, menyebabkan pandangan kita terjejas untuk melihat kota impian. Apa lagi kalau kota itu dibangun tanpa perancangan.


Zainal Lasim,
23.03.2020.
Bandar Tasik Puteri,
Rawang.

SEDIKITT TENTANG KOMUNIKASI





Reaksi seorang sahabat maya menyebabkan saya tulis ini; komunikasi. Apakah tujuan sebenarnya kita berkomunikasi dengan orang lain? Tak kira apa saluran yang digunakan, komunikasi adalah interaksi kita dg orang lain, melalui saluran tertentu supaya orang faham apa yang ingin kita sampaikan.

2. Komunikasi ditakrifkan sebagai 'who speak to whom with what channel and what effect. Umumnya komunikasi ada yang sehala seperti berceramah dan ada yang dua hala seperti berbual dengan rakan.

3. Tujuan komukasi adalah untuk memberi faham apa yang kita mahu/ atau fikirkan. Jika seseorang itu tidak dapat memahami apa yang ingin disampaikan, maka terjadilah kegagalan dalam proses komunikasi.

3.Banyak sebab komunikasi itu gagal. Antaranya bahasa yang tidak difahami, masalah psikologi seperti hilang tumpuan dan sebagainya.

4. Di media sosial ini selalu terjadi bila pembicara menggunakan bahasa sukuan seperti bugis, jawa, minang dan sebagainya.

5. Untuk mengelakkan kegagalan itu
saya menyeru warga maya agar tidak menggunakan bahasa sukuan apabila ingin berbicara/menulis.

6. Kegagalan komunikasi menyebabkan apa yang ingin kita sampaikan tidak difahami oleh sasaran, atau tersalah tafsir apa yang ingin kita sampaikan.

Maaf jika menyinggung perasaan.

ULASAN PUISI- PERGINYA SEBAGAI BINTANG YANG TERANG



PERGlNYA SEBAGAI BINTANG YANG TERANG
(Buat penulis E-SASTERA, As Syramy)

Di awal pagi yang sunyi
Bintang yang terang di langit E-SASTERA
Di situ dia terus bersinar menerangi langit
Sejak lahirnya karya
Kerana sentiasa dia mengetahui
Yang dinilai akhirnya bukan karya
Di atas kertas atau di alam maya
Yang dinilai Allah hanyalah niat suci
Di dalam hati.

Dia wujud di dunia sastera untuk
Menerangi langit E- SASTERA
Datang dia untuk menumpang terang
Dan untuk menerangi
Kini dia pergi terus tetapi cahayanya kekal menyinari
Abadi di langit dan di jiwa jiwa bintang yang setia.

Kami semua tentu sekali akan
Bersamamu nanti ustaz Ramy
Namun setelah engkau pergi
Cahaya terangmu masih sinar di langit
Dan tidak padam di hati.


IRWAN ABU BAKAR,
Presiden E- SASTERA MALAYSIA,
K.Lumpur, Jumaat,
3.4.2020.

ULASAN PUISI- DI PENGKALAN INI -1




Ulasan Puisi: Berdiri Di Pengkalan- karya Dato' SN
Zurinah Hassan
(Bhgn. 1).


Pada awalnya saya tertanya tanya apakah maksud Berdiri Di Pengkalan. Namun mengingat ianya sebuah puisi ia. boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna. Marilah kita lihat rangkap pertama dahulu;

Aku telah berdiri di Pengkalan
Melepaskan satu demi satu
Perahu
Ke sungai usia
Ke laut kebidupan

Aku telah berdiri di pengkalan. Mungkin penyair bermaksud berdiri di pengkalan adalah memulakan sebuah kebidupan berkeluarga. Dia melepaskan perahu yang boleh jadi seorang anak bersama sedikit sebanyak bersama pengalaman dan pembelajaran. Perahu boleh dimuatkan dengan berbagai keprluan asas untuk belayar mengharungi kautan luas.

Agak sukar bagi saya mencari makna perahu selain apa yang telah saya tulis. Almaklum puisi ini ditulis oleh sasterawan negara. Sewaktu antologi pertamanya diterbitkan, sajak saya yang pertama baru diterbitkan di akhbar.

Perahu itu dilepaskan ke sungai usia. Ia mengalami perubahan usia sejajar dengan peredaran masa. Ia menempuh pengalaman yang menatangkan usianya. Ia menempuh kebidupan sebagaimana lazimnya seorang manusia.ltulah kitaran hidup kita.


Zainal Lasim.
Rawang.
21.4. 2020
00.07am.

ULASAN PUISI-DI PENGKALAN INI




Ulasan Puisi; Di Pengkalan lni; karya SN Dato' Zurinah Hassan (Bhgn.2)

Pada rangkap ke dua penyair menulis begini

Di pengkalan itu aku berpesan
Berhati hati anakku
Pilihlah pelabuhan terbaik
Perahumu hanya satu
Layarmu jangan tertarik.

Penyair berpesan kepada anak anaknya yang dilepaskan ke dunia kehidupan agar berhati hati dalam menempuh hidup ini yang penuh cabaran dan dugaan. Beliau menggunakan perkataan ' tercarik' yang mungkin bermaksud tergelincir dari landasan hidup. Perahumu hanya satu, kalau rosak tiada gantinya.

Seterusnya beliau menulis

Aku. berdiri di pengkalan
Dan berpesan
Lautan adalah pengajaran.

Penyair menegaskan, dia berdiri di pengkalan kehidupan sambil berpesan kepada anak anaknya bahawa dalam hidup ini terlalu banyak cabaran. Hidup ini ibarat lautan yang ada kalanya bergelora, berombak dan ada kalanya tenang. Hati hatilah dalam menghadapi hidup ini agar layarmu tidak terkoyak.

Ada beberapa imej yang digunakan dalam puisi ini seperti pengkalan, perahu ,
lautan, layar, tercarik' dan sebagainya. Ini memperlihatkan kematangannya dalam memilih kata kata untuk menyampaikan maksudnya.

Penggunaan tekniknya sama dengan puisi komtemporer yang tidak terikat pada gaya tradisional. Ada sedikit penggunaan rima seperti pantun khasnya pada rangkap kedua.

Selain itu , puisi ini boleh dijadikan contoh oleh penyair penyair baru dalam mengasah bakat kepenyairan mereka.


Zainal Lasim,
Rawang,
24.4.2020,
21.45pm.

Pantun Dulu-dulu




21 Mei pada 2:50 PAGI 
Dikongsi dengan Awam
Awam
Pantun dulu-dulu


Apa diharap padi seberang
Entahkan berisi entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
Entahkan jadi entahkan tidak.

Pantun dikategorikan sebagai puisi. Melayu lama atau tradisiol. Keistimewan
Pantun terletak pada persamaan bunyi/riima. Dua baris pertama adalah pembayang maksud. Baris ketiga dan ke empat adalah maksud yg ingin disampaikan.

Perkataan apa diulang pada bait pertama dan ketiga. Padi pula hampir sama bunyinya dengam berisi.

Perhatikan perkataan alkhir di Setiap baris. Generasi muda seharusnya memberi perhatian wajar kepada pantun ini. Ia juga boleh dijadikan asas kepada penulisan puisi moden.

Seberang
Tidak
Orang
Tidak

Demikian ada persamaan Rima pada hujung baris iaitu a,b a b. Inilah keistimewaan genre puisi trdisional.

Zainal Lasim.
Rawang ,
21. 5.2020
02.58am.

Thursday, February 20, 2020

SEJAMBAK BUNGA YANG LAYU - BGH 3



SEJAMBAK BUNGA YANG LAYU - BHG 3

Persoalan yang saya bincangkan terdahulu ialah kepenyairan adalah lesen untuk tidak mentaati tatabahasa. Memang ada sebilangan mereka berbuat demikian. Namun tatabahasa penting dalam penulisan.

Pada bait berikutnya Wan Zai menulis ' merah sejambak mawar', pernah kukirim. Maksudnya penyair pernah mengirim sejambak mawar merah' kepada seseorang yang mungkin dianggap kekasihnya. Namun begitu sejambak mawar merah itu juga ditulis terbalik. Merah didahulukan, baru diikuti dengan sejambak mawar. Teknik begini bertujuan untuk memberi kesan mendalam kepada khalayak atau pembaca.

'Namun tidak bernilai di matamu adalah bait berikutnya. Penyair merasakan pemberiannya itu tidak mendapat perhatian sewajarnya dari penerima bunga berkenaan. Atau boleh juga dikatakan kasihnya tidak bernilai kepada orang yang diserahkan kasih itu.

Demikian maksud yang tersurat dan tersirat dalam karya Wan Zai ini.

Puisi ini tidak terikat kepada puisi tradisional seperti syair dan pantun. Tidak ada persamaan rima di hujungnya seperti karya tradisional yang sering menggunakan Rima akhir aaaa atau abab.

Kesimpulannya puisi ini agak baik dan berjaya menyampaikan mesej kepada audiennya. Ia mungkin lebih baik jika ditulis dua rangkap atau lebih.

Zainal Lasim,
17.2.2020
http://alkundangi.blogspot.com

Thursday, February 13, 2020

SEJAMBAK BUNGA YANG LAYU-BHG. 2

Sejambak Bunga Yang Layu

Ulasan [BHG. 2]

Agak sukar mengulas bahagian ini kerana puisi ini agak pendek , dengan itu tidak ba nak yang dapat diperkatakan. Namun satu huraian boleh dikemukakan.

Penyair memulakan puisinya dengan perkataan ini waktu. Mengapa dia tidak menulis waktu ini? Tentu ayat sebegini kita lihat terbalik dari biasa. Adakah penyair boleh membelakangkan tatabahasa? Sesetengah pemgkritik menyebut kepenyairan adalah lesen untuk tidak terikat dengan tatabahasa.

Ini waktu dan waktu ini mempunyai makna yang sama. Namun kesan yang ditimbulkan berbeza.

Zainal lasim,
13.2.2020.
bersambung.